Saturday, September 13, 2014

F untuk Fahrenheit

Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 405 mendefinisikan 'Fahrenheit' sebagai skala suhu yang menunjukkan takat sejuk beku air pada 32 F dan takat didih 212 F.

Itulah definisi Fahrenheit sejak aku mula mengenali dan mempelajari tentang perkataan itu dari buku teks Sains semasa di sekolah menengah.

Namun, Fahrenheit bukan sekadar merujuk kepada skala suhu setelah aku menjadi seorang guru di sekolah menengah.

Fahrenheit ialah nama sebuah klinik berdoktorkan seorang lelaki Melayu iaitu Doktor Emran.

Isterinya pula bernama Puan Naziha.

Aku mula mengunjungi klinik itu pada tahun 2013.

Sebelum klinik Fahrenheit beroperasi, klinik Fitrah yang berdoktorkan seorang wanita Melayu iaitu Doktor Harlina adalah pemilik asal klinik ini.

Apabila Fitrah bertukar tangan kepada Fahrenheit, bukan sahaja doktor dan pentadbiran berubah bahkan lokasi klinik juga bertukar.

Doktor Emran seorang doktor yang bagus manakala isterinya, Puan Naziha seorang wanita yang ramah.

Pasangan yang baik hati.

F untuk Fahrenheit iaitu nama sebuah klinik.

4 comments:

  1. F untuk Fahrenheit juga tk satu kump muzik zaman 90-an dlu. Fahrenheit..jika x silap lagu berhantu mereka "Sabar Menanti"..

    Akak apa khabar? sudah lama x bertegur sapa ng kak noi..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Kak Noi sihat. Adik bagaimana? Walaupun senyap, Kak Noi membaca blog Adik. Sepertinya hanya Adik yang masih mengemaskini blog dengan perkembangan semasa. Adik-adik yang lain sudah tutup blog kiranya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi tentang nama sebuah kumpulan musik yang sama dengan nama klinik yang Akak selalu pergi

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sy baik2 aje..akak dh deactive fb k?sy pn dh lme x menulis kt blog..

    ReplyDelete