Masya Allah.
Daku jatuh hati dengan Kacha sejak Disember 2024.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
اللهم اجْعَلْهُ بَارًّا تَقِيًّا رَشِيْدًا وَأَنْبِتْهُ فِي الْإِسْلَامِ نَبَاتًا حَسَنًا
(Allahummaj'alhu barran taqiyyan rasyîdan wa-anbit-hu fil islami nabatan hasanan)
Ertinya: Ya Allah, jadikanlah dia (bayi) orang yang baik, bertakwa dan cerdas. Tumbuhkanlah dia dalam Islam dengan pertumbuhan yang baik.
Hingga ke saat ini
Berbagai persoalan tak henti melanda
Buntu kumemikirkannya
Kau memilih diriku di atas dasar apa?
Apakah kerna cinta?
Atau pelepas sepi cuma?
Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku?
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang kuramalkan
Waktu bersamamu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya ungkapan syahdu bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah kubina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta
Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan detik-detik terindah
Dan berkesudahan aku parah
Kesudahan aku parah
Setelah sekian lama dan beberapa kali daku cuba mendapatkan sebuah filem Melayu klasik bertajuk Singapura Dilanggar Todak di internet, akhirnya pada pagi ini iaitu 13 Disember, lelaman Daily Motion telah menunaikan hasratku.
Hati terusik kerana pada minit ketujuh, telah terbina satu konteks bahawa rakyat Singapura atau Temasik yang diwakili oleh watak Penghulu belum memeluk Islam. Manakala tiga orang pemuda dari Pasai yang baru sampai di dermaga sebuah pantai di Singapura pula beragama Islam. Lantas, ucapan salam serta huluran tangan untuk bersalaman pemuda itu tidak disambut. Namun, tutur bicara Penghulu menyambut kedatangan mereka tetap sopan.
Bukankah sedia maklum bahawa salah seorang daripada pemuda ini akan dibunuh secara zalim? Nama beliau ialah Jana Khatib.
A bridge between North America and South America.
Drama Korea 'My Perfect Stranger' yang kutonton pada tahun lalu (2023) dan 'Tunnel' yang kutonton pada ketika ini (2024) bergenre fantasi jelajah masa dan bertemakan jenayah.
Persamaan yang ingin kuketengahkan antara kedua-dua karya ialah kewujudan terowong yang merealisasikan fantasi jelajah masa itu terjadi.