Wednesday, June 25, 2025

Sebuah drama kekeluargaan: Five Enough

Selesai sudah tontonanku terhadap sebuah drama kekeluargaan bertajuk Five Enough.

Meskipun drama ini mempunyai unsur yang tidak masuk akal dan unsur kebetulan yang terlalu banyak, drama ini tetap menarik dan bermanfaat untuk ditonton terutama sekali mengenai unsur emosi watak-watak secara zahir dan batin. 

Five Enough bermaksud Cukup Lima iaitu frasa yang merujuk kepada jumlah 5 orang anak yang disatukan dalam sebuah perkahwinan kali kedua yang diterajui Sang Tae dan Mi Jeong.

Watak lelaki, Sang Tae ialah seorang duda yang kematian isteri semenjak 5 tahun lalu dan mempunyai dua orang anak.

Watak perempuan, Mi Jeong pula ialah seorang janda yang telah bercerai dengan suaminya semenjak 3 tahun lalu dan mempunyai tiga orang anak. 

Seperti drama Korea yang lain, jalan ceritanya pasti tidak hanya berfokuskan watak utama.

Watak sampingan yang lain turut mempunyai jalan cerita mereka sendiri yang tidak kurang menarik.

Antara yang paling menarik, lucu dan menghiburkan ialah jalan cerita Jin Ju dan ibu bapanya.

Mereka bertiga ialah anggota keluarga kepada isteri pertama Sang Tae iaitu Jin Yeong yang telah meninggal dunia.

'Character growth' watak Jin Ju dan ibu bapanya adalah antara perkara yang dapat dihargai dan dipelajari.

Oleh sebab drama Five Enough terdiri ini 54 episod, banyak juga bahagian yang aku 'skip' sebenarnya kerana bagiku, bahagian tersebut kurang penting. 



Wednesday, June 18, 2025

Daripada Marriage, Not Dating kepada Queen: Love And War

Tontonanku terhadap sebuah drama Korea bertajuk Marriage, Not Dating adalah setakat 4 episod pertama sahaja kerana saluran Cereal di Youtube tidak berkongsi kesemua episod bagi setiap drama yang disiarkan.

Walaupun drama Korea ini mempunyai jalan cerita yang klise iaitu mengenai seorang lelaki berharta yang terpaksa membawa pulang seorang temanita ke rumah untuk diperkenalkan kepada ibunya, daku menyukai cerita ini.

Dalam keterpaksaan, dia pun meminta pertolongan seorang wanita yang dikenali tetapi tidak disukainya untuk memenuhi tuntutan ibunya.

Watak perempuan ini pula lucu, penuh emosi, jujur dan empati.

Oleh sebab aku tidak dapat melanjutkan tontonanku kerana drama ini tidak disiarkan di iQIYI mahupun Prime Video, aku pun menonton drama lain.

Drama ini pula bergenre klasik yang bertajuk Queen: Love And War.

Sejauh ini, aku sedang menonton episod kedua.

Aku menyukai jalan cerita dan konflik yang berlaku.

Saturday, June 14, 2025

Tarikh lahirku yang sama dengan ...

Aku sedang menonton drama Korea bertajuk Flower Boys Next Door di Youtube.

Watak lelaki bernama Enrique Geum dilakonkan oleh Yoon Si Yoon.

Yoon Si Yoon pernah berlakon dalam drama High Kick 2 dan aku menyukai watak yang dilakonkan iaitu Jeong Jun Hyeok yang berempati dengan pembantu rumahnya.

Rupa-rupanya, drama High Kick 2 ialah debut bagi Yoon Si Yoon.

Apabila aku melihat profilnya di Asian Wiki, Yoon Si Yoon mempunyai tarikh lahir yang sama denganku.

26 September.



Friday, June 13, 2025

Masya Allah, peluang dan pengalaman ...

Masya Allah tabarakallah.

Air mata bergenang dek perasaan tersentuh dan rindu kepada peluang dan pengalaman menjadi siswi di Universiti Malaya dengan izin Allah Al Wahhab.

Tahun-tahun yang direzekikan untukku berada di Universiti Malaya ialah nikmat indah yang kuhargai.

Apabila aku mendapat tahu bahawa Kidzania Kuala Lumpur terletak di The Curve, Petaling Jaya dan kemudian aku sengaja menaip di Google akan peta perjalanan dari UM yang juga terletak di Petaling Jaya ke The Curve, terbit perasaan terharu....

(Sebenarnya, aku baru pulang dari Sentosa petang tadi setelah bercuti 3 hari 2 malam di sana dan berkunjung ke Kidzania semalam).

Masya Allah.

2009 - 2012 ialah tahun-tahun aku berada di Universiti Malaya sebagai seorang siswi dari Singapura yang membawa diri, jiwa nan lara....

Pada mulanya, aku sendiri ragu-ragu setelah menjejakkan kaki di asrama Kolej Ungku Aziz.

Jangka masa seminggu dua bahkan sebulan dua yang aku tempuhi di asrama dan akademi masih lagi aku ragui.

Boleh dikatakan semester pertamaku di Universiti Malaya, khususnya Akademi Pengajian Melayu aku rempuhi dengan perasaan sangsi.

Alhamdulillah, Allah Ar Rahmaan menggantikan perasaan sangsi dengan perasaan tenang dan senang hati semenjak semester kedua hinggalah ke semester keenam.

Masya Allah tabarakallah.

Kini, segalanya hanya tinggal memori yang kian dilupakan.

Semakin lama, semakin pudar kenangan-kenangan indah yang tidak terhitung nikmatNya.

Ya Allah Ya Wahhab, aku berterima kasih atas peluang dan pengalaman meniti tahun-tahun 2009 - 2012 di bumi Malaya.

Antara nikmat terindah yang Allah s.w.t rezekikan kepada seorang Noraini Binte Mohamed Yusope ialah nikmat menuntut ilmu dan hidup di Kuala Lumpur, Malaysia sebagai siswi Universiti Malaya.