Monday, July 7, 2025

Semakin mendekat bererti semakin jauh...

Semakin kita mendekati masa tua dan tarikh tamat tempoh kita hidup di dunia ini, semakin jauh kita daripada masa lalu yang terbina sejak kita bayi, kanak-kanak, remaja, masa muda dan masa dewasa.

Masa lalu (the past) telah berlalu.

Apa yang tinggal hanya kenangan atau ingatan serta pengajaran dan pelajaran.

Daripada yang jelas kepada yang samar.

Seketika, mindaku terimbas kepada detik suatu petang ketika aku berada di dalam bilik darjah 1F pada 1993.

Aku yakin peristiwa itu ialah dalam bulan November 1993.

Bilik darjah itu pun sudah tidak wujud lagi kerana aku baru dapat tahu pada tahun ini juga bahawa bangunan lama sekolah menengah sudah dirobohkan dan digantikan dengan pembangunan baharu.

Masya Allah.

Peristiwa yang berlegar di mindaku ini merupakan satu kenangan manis yang tidak dapat daku lupakan sebagai seorang pelajar yang konsisten dan bersungguh-sungguh.

Apabila Miss Muna iaitu guru kelasku keluar dari pintu makmal komputer yang terletak bersebelahan dengan bilik darjahku lalu memaklumkan sesuatu kepadaku secara peribadi.

Ternyata itu ialah nikmat Allah yang tidak diduga.

Segala-galanya milik Allah belaka.

Andai aku tidak bersyukur pada masa itu atau pada tahun itu, izinkan aku untuk mensyukuri nikmatMu itu pada hari dan tarikh ini iaitu Isnin, 7 Julai 2025.

Tuesday, July 1, 2025

Jambu Batu & Mangga

Jambu batu.

Nama lain yang lebih popular bagi jambu batu ialah guava.

Lebih enak dimakan dengan garam asam masin.

Itulah buah yang dijual di kantin Sekolah Rendah Pe Ra.

Sekaligus, makan jambu batu menjadi rutin kegemaranku semasa bertugas di sekolah itu.

Lebih menarik lagi ialah keramahan 'uncle' yang menjual jambu batu itu.

Sehingga kini, 'uncle' dan jambu batu yang dijualnya menjadi kenangan yang aku hargai. 😊

Mangga.

Itulah buah yang dijual di kantin Sekolah Rendah Gr.

4 potong buah mangga yang dicucuk pada lidi dengan harga tujuh puluh sen.

Bagiku, inilah kali pertama buah mangga dijual di kantin sekolah.

Pada mulanya, aku terpandang buah semangka dan hendak membeli buah itu.

Namun, apabila aku ternampak mangga juga ada dijual, aku berasa teruja dengan kejutan itu.  

Aku pun berubah hati dan membeli buah kegemaranku itu! 😍