Semester Kelima, Minggu Keenam
Isnin (17 Oktober 2011): Bentuk Lakon Melayu Tradisi
Kami diberitakan oleh Prof Rahmah bahawa 30% daripada markah tugasan bertumpu kepada lakonan yang mendukung tema Ilham Seni untuk semester ini iaitu perkahwinan. Menarik. Itu bererti aku secara langsung akan terlibat dengan lakonan. Namun suasana lakonan ini tentunya ceria dan meriah memandangkan perkahwinan menjadi tema. Kami telah dimaklumkan bahawa lakonan ini akan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
- bercinta
- merisik dan bertunang
- bernikah dan bersanding
Menarik. Terimbas kembali seketika ketika aku berusia 14 tahun semasa di bangku sekolah menengah. Pada waktu itu, aku dan teman-teman daripada menengah tiga ditugaskan untuk melaksanakan tugasan bertemakan perkahwinan. Sama seperti tugasan kali ini. Namun, pada waktu itu aku ditugaskan untuk menterjemahkan teks tentang perkahwinan untuk pameran dan kemudian menaip serta mencetak teks itu. Tugasan pada waktu itu mengkehendaki pelajar menengah tiga bertungkus-lumus dan bekerjasama menyiapkan tugasan itu yang turut melibatkan lakonan persandingan. Satu perkara paling menarik tentang tugasan itu adalah terciptanya ruang dan peluang perkenalanku dengan Mohamad Noor Azman. Ahakz. Kami jatuh cinta dan kemudiannya bercinta melalui tugasan ini. Bibit perkenalan kami tercetus sewaktu kami berdua sedang melilit bunga manggar. Cinta Bunga Manggar. Cinta pertamaku. Aku tersenyum sendirian apabila aku terimbas kembali kenangan lalu yang mengusik hati. Cinta yang tersimpul melalui tugasan bertemakan perkahwinan.
Encik Faizal sudah menjalankan sesi bengkel dan pada pandangan aku sejujurnya, aku berasa bosan meskipun aku tersenyum dan ketawa dengan keletah rakan-rakan. Nikmat berbengkel belum aku perolehi. Aku menjalani bengkel ini sekadar memenuhi keperluan. Aku hanya berharap aku akan memperolehi ilmu dan kemahiran yang bermanfaat terutama sekali dalam melatih diri agar fokus dan mampu berlakon dengan penghayatan. Namun begitu, memandangkan tema lakonan ini ialah perkahwinan, tentunya keceriaan itu penting sedangkan jiwa aku lebih menyukai sesuatu yang 'berat' seperti lakonan yang berkaitan dengan tema pembuangan bayi, kanser, penindasan dsb. Hihihihihi. 'Berat' tu.
Selasa (18 Oktober 2011): Semantik
Kami bertiga iaitu Shahrizal, Abdul Rahman dan aku sendiri sebagai satu kumpulan telah berbincang untuk kali kedua tentang tugasan kami. Pada minggu lalu, kami dalam proses memilih lagu. Pada minggu ini, kami telah menetapkan keenam-enam lagu yang akan dikaji bahkan membahagikan keenam-enam lagu ini kepada setiap ahli kumpulan. Aku telah memilih untuk menganalisis lagu kegemaranku iaitu Merindu Kepastian, nyanyian Art Fadzil bagi lagu yang berbentuk analogi manakala bagi lagu berbentuk bukan analogi, aku telah memilih untuk menganalisis lagu Di Saat Aku Mencintaimu, nyanyian Dadali....juga lagu kegemaranku.
Sejujurnya, aku masih belum pasti apakah kami berada di landasan yang betul memandangkan kuliah berkaitan dengan tugasan kami belum diajarkan kepada kami. Prof Indira berada di Beijing. Kami hanya bergantung kepada nota namun begitu, kami agak bingung bagaimana hendak mengaplikasikan pengetahuan yang kami baca daripada nota sewaktu menganalisis lirik lagu itu. Hmmm... Kami sebenarnya masih belum memahami kandungan nota itu.
Rabu (19 Oktober 2011): Kesenian Suku Kaum Sabah dan Sarawak
Aku tidak mampu menumpukan perhatian sewaktu Encik Nazzri mengajar. Salah satu sebab adalah aku tidak berminat dengan modul ini. Hingga ke saat ini, aku masih separuh hati dalam menduduki modul ini. Tanpa minat, tiada nikmat. Aku tahu aku harus melawan perasaan dan bukan melayan perasaan. Aku tahu aku harus tegas mendisiplinkan diri untuk mempelajari dengan sungguh-sungguh sesuatu yang tidak diminati kerana pastinya tentu ada ilmu dan pengetahuan yang baharu dan baik.... yang perlu aku amati dan hargai. Aku tahu aku harus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk memberi tumpuan sewaktu Encik Nazzri mengajar kerana itu adalah tanggungjawabku sebagai pelajar. Namun, minggu demi minggu, fikiranku masih menerawang dan melayang....entah ke mana. Hmmm.....
Khamis (20 Oktober 2011): Analisis Wacana
Aku tidak ada kelas pada setiap hari Khamis. Dalam kecelaruan memahami kehendak soalan dan mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan untuk menganalisis cerpen sebagai wacana pilihan, akhirnya aku langsung tidak melaksanakan apa-apa. Aku terus 'give up'. Padahal, menurut sangkaanku, aku benar-benar faham segala yang diajar pensyarah di dalam kelas. Namun, bagaimana aku harus mulakan tugasan Analisis Wacana ini sedangkan aku dalam kekaburan. Sebenarnya, aku telah menganalisis satu perenggan daripada salah satu ceraian dalam cerpen ini. Aku yakin apa yang aku analisis itu betul. Namun, setelah pensyarah mengajar tentang penanda wacana, aku seperti tidak tahu bagaimana aku harus meneruskan tugas menganalisis ini. Bukankah tugasan Analisis Wacana memerlukan kami mengkaji ciri-ciri wacana yang tujuh itu. Tentunya, penanda wacana dan ciri-ciri wacana tidak dapat dipisahkan tetapi aku tidak jelas tentang struktur yang harus kami ikuti.
Aku kecelaruan dan kekaburan. Hmmm.....
Jumaat (21 Oktober 2011): Analisis Wacana
Alhamdulillah, setelah mendapatkan bimbingan peribadi daripada Mardia tentang tugasan Analisis Wacana, fikiran yang kabus kelabu menjadi terang cerah. Aku dapat melihat perkaitan antara ciri-ciri wacana yang tujuh itu dan penanda wacana. Namun untuk tugasan menganalisis cerpen, aku harus fokus kepada penanda wacana untuk membuktikan kewujudan ciri-ciri wacana yang tujuh itu. Mudah bukan? Tidak susah. Namun oleh sebab aku kecelaruan dan kekaburan tanpa pembimbing, aku semakin hilang arah dan sesat jalan. Penerangan Mardia telah menghuraikan simpulan ini. Aku berasa lega dan gembira. Terima kasih Tuhan kerana menghadirkan seorang Mardia yang sedia membantu aku yang buntu. Sekurang-kurangnya, aku sudah jelas tentang kedua-dua konsep dan sudah tahu bagaimana aku boleh meneruskan tugas menganalisis yang telah tergendala. :)
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Saturday, October 22, 2011
Friday, October 21, 2011
Peranan Pantun Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian adat
Apa guna orang berpantun
Untuk mengingat petuah amanat
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain dan baju
Apa guna orang berpantun
Untuk mengangkat tuah Melayu
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian budak
Apa guna orang berpantun
Untuk mengajar hukum dan syarak
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain cindai
Apa guna orang berpantun
Untuk membaiki laku perangai
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat pakaian nikah
Apa guna orang berpantun
Untuk menyampaikan petuah amanah
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain pelekat
Apa guna orang berpantun
Untuk mengkaji adat istiadat
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain selerang
Apa guna orang berpantun
Untuk mengisi mana yang kurang
Apa guna orang bertenun
Untuk membuat kain dan baju
Apa guna orang berpantun
Untuk menimba berbagai ilmu
Kalau orang melabuh pukat
Carilah pancang kayu berdaun
Kalau kurang mengetahui adat
Carilah orang tahu berpantun
Kalau kayu hendak ditarah
Keratlah cabang dengan daunnya
Kalau ilmu hendak bertambah
Dekati orang dengan pantunnya
Apalah guna daun kayu
Untuk tempat orang berteduh
Apalah guna pantun Melayu
Untuk tempat mencari suluh
Pantun-pantun yang indah ini telah dipetik daripada lelaman berikut:
http://www.sungaikuantan.com/2010/02/pantun-dalam-kehidupan-orang-melayu.html

Tuesday, September 27, 2011
Rasa pilu
Suasana hujan bersama bayu yang berpuput lembut pada tengah malam ini menjentik rasa.
Baju kurung pesak berwarna merah jambu dan pic ini semakin membangkitkan rasa.
Rasa pilu.
Aku tahu, aku faham dan aku yakin bahawa segalanya bersifat seketika dan sementara.
Keberadaanku di sini iaitu di Malaysia, khususnya Kuala Lumpur sebagai seorang mahasiswi di Universiti Malaysia, khususnya Akademi Pengajian Melayu akan berakhir.
Minggu ketiga pembelajaran dalam semester kelima sedang aku susuri.

Sama ada aku menghitung hari atau tidak, waktu akan tetap dan terus berlalu.
Perpisahan akan berkunjung tiba untuk menjemputku pulang ke Singapura.
Perpisahan juga boleh berlaku dalam bentuk yang lain iaitu kepulanganku kepadaNya.

Friday, September 23, 2011
Asas Kesantunan Bahasa
Kesantunan Bahasa
Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun.
Bahasa Melayu sebagai bahasa yang telah beratus-ratus tahun menjadi bahasa tamadun di rantau ini dan sejak kemerdekaan pada tahun 1957 menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu di negara ini mempunyai tradisi yang mantap dalam pengungkapan dan penggunaan bahasa yang santun.
Dalam usaha kerajaan membentuk warganegara yang berjati diri, memelihara adab dan kesopanan serta bertamadun tinggi, kesantunan bahasa atau santun berbahasa sewajarnya menjadi amalan seluruh rakyat, daripada kalangan pemimpin hingga rakyat biasa. Dengan demikian, rakyat dan negara kita bukan sahaja maju dalam pembangunan ekonomi, sains dan teknologi, tetapi akan dihormati sebagai bangsa yang mempunyai maruah dan keperibadian yang tinggi.
Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni yang dilancarkan oleh kerajaan pada awal tahun 2005 merupakan usaha yang penting untuk memupuk kesedaran dan penghayatan seluruh warganegara terhadap pentingnya budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, bahkan dalam hubungan manusia sejagat. Santun berbahasa merupakan salah satu aspek penting kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni itu.
Peraturan Bahasa
Kesantunan bahasa diukur berdasarkan kepatuhan pengguna bahasa kepada peraturan yang terdapat dalam bahasa sesuatu masyarakat. Setiap masyarakat atau bangsa mempunyai peraturan bahasa masing-masing.
Sebahagian peraturan itu bersifat sejagat, seperti penggunaan panggilan hormat, kata sapaan kekeluargaan dan ungkapan bertatasusila. Ada sebahagiannya pula yang bersifat khusus bagi sesuatu masyarakat atau bangsa, seperti bentuk-bentuk panggilan kehormat menurut sistem susun lapis masyarakat, protokol dalam pentadbiran atau adat istiadat dan sistem kekeluargaan dalam masyarakat berkenaan.
Prof. Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar dalam bukunya Setia Dan Santun Bahasa (2002), merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan penggunaan bahasa iaitu
(i) peraturan linguistik
(ii) peraturan sosiolinguistik
(iii) peraturan pragmatik.
Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan itu secara bersepadu menjadi asas kesantunan bahasa. Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah orang yang sedapat mungkin berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa itu.
Peraturan linguistik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa. Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.
Peraturan sosiolinguistik pula berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat, yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat. Secara lebih luas, penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan konteks dalam masyarakat, baik disebabkan oleh faktor hubungan antara pembicara dengan khalayak, faktor suasana (misalnya antara suasana rasmi dengan suasana tidak rasmi), faktor bidang yang tertentu mahupun faktor media (lisan atau tulisan).
Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan

Monday, September 19, 2011
Remuk Dan Kecamuk
Remuk dan kecamuk.
Remuklah harapanku dan berkecamuk fikiranku.
Apabila sesuatu yang hanya terdiri daripada dua perkataan mampu menggoncang minda dan menggelombangkan hati ini, ternyata pengalaman lalu yang meninggalkan memori pilu kembali mengusik nurani.
Dua perkataan itu terlalu tinggi nilainya namun bagi aku yang belum menggapai dan mencapai penghayatan terhadap kedua-dua perkataan itu, tentunya aku rasa terpukul.
Beliau menyatakan dua perkataan itu, persis seseorang yang pernah menyatakan dua perkataan itu kepadaku suatu waktu dahulu.
Remuk dan kecamuk.
Lantas, tidur itu aku cari agar aku dapat menemui kelupaan atau kelenyapan memori pilu dek pengalaman lalu.
Betapa aku terasa diri tidak bermaya dan tidak berdaya.
Aku tidur diiringi lagu Jeritan Batinku nyanyian Jamal Abdillah dan Saleem.... di katilku sendiri (setelah kembali menghuni bilik C403).
Kemudian setelah aku bangkit daripada tidurku untuk menunaikan solat Maghrib, aku tidak dapat menyambung semula tidur yang kuperlukan.
Lantas, aku menyusun langkah ke bilik C309.
Di situ, aku dapat melelapkan mata buat kali kedua dengan harapan pengalaman lalu dapat dilupakan dan memori pilu dapat dilenyapkan.
Betapa aku memerlukan tidur itu untuk merehatkan minda dan menenangkan hati.
Remuk dan kecamuk.
Alhamdulillah, ketika aku menaip di blogku sekarang ini, aku fikir aku tenang.
Aku rasa aku tenang.
Namun, aku tidak pasti jika tenangku ini tidak akan hilang....
Betapa aku tidak berupaya sama sekali untuk menghalang dan menghadang ketentuanNya meskipun hanya melalui dua perkataan yang diungkapkan.
Aku mempunyai pilihan sama ada untuk melawan atau melayan perasaan.
Melawan perasaan bererti aku menghadapinya dengan keteguhan hati.
Melayan perasaan bererti aku menanggapi remuk dan kecamuk itu ke dalam hati.
Sejujurnya, aku tidak tahu..... kerana pada waktu ini, aku rasa aku sedang tidak mampu.
18 September 2011. Ahad.

Saturday, September 17, 2011
Persinggahan sementara: C309 dan C319
Bilik C309 dan bilik C319 menjadi persinggahan sementara sejak bilik kami didatangi masalah. Masalah yang dihadapi akan menjadi beban yang menekan perasaan atau cabaran yang meneguhkan keperibadian. Lantas, antara beban dan cabaran, aku harus membuat pilihan. Pada mulanya, aku tertekan. Itu ialah pilihanku. Kemudian, aku menukar pandanganku dengan menganggap beban ini sebagai suatu cabaran. Itu juga pilihanku. Moga-moga cabaran ini meneguhkan peribadi kami agar tabah dan matang dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Moga-moga masalah yang menimpa bilik kami dapat diselesaikan sesegera mungkin. Sudah tentunya kami berdua ingin kembali beristirehat dengan tenang di dalam bilik kami sendiri. Namun, segala yang berlaku adalah dalam pengetahuan Tuhan. Sudah tentu ada pengalaman dan pengajaran yang dapat diperolehi. Tugas kami sebagai hamba-hambaNya adalah berbaik sangka dengan ujian ini dan menanganinya dengan bijak di samping mencungkil hikmah yang tersembunyi di sebalik masalah ini.

Monday, September 12, 2011
Pemikiran Tipikal Para Penulis Skrip
Filem Ayat-Ayat Cinta merupakan filem Indonesia yang aku sukai dek jalan cerita, watak dan perwatakan, skrip, sinematografi dan isu-isu yang dikemukakan. Boleh dikatakan filem ini menerapkan ciri-ciri Islamik meskipun pelaksanaan filem ini tidak Islamik. (Mungkin dari segi pelaksanaan, filem Ketika Cinta Bertasbih lebih Islamik. Salah satu cirinya adalah wanita dan lelaki yang bukan mahram tidak bersentuhan atas nama seni lakonan.)
Drama bersiri Nur Kasih pula merupakan drama Malaysia yang aku sukai dek jalan cerita, skrip, sinematografi dan konflik yang diketengahkan. Boleh dikatakan drama ini menerapkan ciri-ciri Islamik meskipun pelaksanaan drama ini tidak Islamik.
Drama bersiri Ustaz Amirul juga merupakan drama Malaysia yang aku sukai dek watak dan perwatakan serta konflik yang diketengahkan. Seperti drama bersiri Nur Kasih, pelaksanaan drama belum boleh dikatakan Islamik namun nilai-nilai yang ingin diketengahkan dari aspek jalan cerita, watak dan perwatakan, skrip, isu-isu dan konflik yang diutarakan sudah menjurus ke arah Islamik.
Walau bagaimana pun, satu persamaan yang jelas tentang jalan cerita yang menyorot kepada kehidupan rumahtangga poligami Fahri (dalam Ayat-Ayat Cinta), rumahtangga poligami Adam (dalam Nur Kasih) dan rumahtangga poligami Amirul (dalam Ustaz Amirul), ketiga-tiganya diakhiri dengan menamatkan riwayat hidup isteri kedua. Penulis skrip mempunyai sikap tipikal yang boleh diramal iaitu mengambil jalan mudah menyelesaikan konflik ujian rumahtangga poligami dengan mematikan watak isteri kedua. Dalam Ayat-Ayat Cinta, watak Maria dimatikan. Dalam Nur Kasih, watak Kate dimatikan. Dalam Ustaz Amirul, watak Adawiyah dimatikan. SUNGGUH MENJEMUKAN!
Apakah penulis skrip sekadar mampu membentangkan isu poligami berserta cabaran dan konflik dalam rumahtangga poligami kemudian menemui jalan buntu atau panik dengan isu dan konflik yang dikemukakan? Mengapa penulis skrip cenderung bersikap tipikal dan berat sebelah? Mengapa penulis skrip hanya berani untuk mengemukakan isu poligami berserta cabaran dan konflik tetapi takut untuk menanggapinya secara positif tanpa mematikan watak isteri kedua.
Lantas, seorang Noraini mencabar para penulis skrip untuk menghasilkan skrip yang tidak sewenang-wenangnya mematikan watak isteri kedua hanya semata-mata untuk mendramatikkan jalan cerita sebuah drama atau filem. Hakikatnya, watak isteri kedua wujud dalam realiti kehidupan. Motivasi dan panduan yang berasaskan Quran dan Sunnah harus dipaparkan dalam drama atau filem masa kini agar keluarga poligami yang sejahtera dapat dicontohkan melalui media massa. Meskipun poligami yang kecundang lebih banyak jumlahnya dalam kehidupan realiti, poligami yang cemerlang harus diberi perhatian agar formula kecemerlangannya dapat dicontohi.
Ketiga-tiga watak isteri kedua mati kerana menghidapi penyakit. Manakala watak isteri kedua dalam drama bersiri Annissa iaitu Balqis dan watak isteri kedua dalam drama Kasih Alia iaitu Zulaikha pula mati angkara kemalangan jalan raya. Secara jumlah, 5 watak isteri kedua dimatikan oleh penulis skrip. SUNGGUH MEMBOSANKAN!
Mengapa penulis skrip begitu bersikap tipikal?! Barangkali juga penerbit atau pengarah yang ingin watak isteri kedua dimatikan. Walau apa pun, ini mencerminkan bahawa drama atau filem Melayu BELUM BERANI atau BELUM BIJAK untuk menangani isu poligami berserta cabaran dan konflik yang wujud hingga dapat menjadi sumber ilmu, panduan dan motivasi kepada masyarakat.
Pesanku, usahlah kita lari daripada kenyataan. Sebaliknya, hadapilah kenyataan ini dengan matang. Sampai bila poligami harus dikesampingkan hanya semata-mata poligami membawa kecederaan emosi sedangkan poligami yang sejahtera tidak akan mencederakan jiwa sesiapa melainkan menyihatkan jiwa-jiwa manusia jika Quran dan Sunnah menjadi pegangan.
Sejujurnya, aku tidak layak membicarakan perkara ini. Namun, pengalaman secara dekat mengenali keluarga poligami yang kecundang dan keluarga poligami yang cemerlang sebenarnya banyak menjana mindaku untuk berfikir dan mengkaji buruk baik poligami. Sama ada kecundang atau cemerlang kehidupan keluarga poligami berbalik kepada individu-individu yang melaksanakannya. Suami. Isteri pertama. Isteri kedua. Apakah yang menjadi sandaran hidup mereka? Soalan yang sama pasti kuajukan kepada sepasang suami isteri yang hidup bermonogami? Namun kata-kata belum membuktikan sesuatu selagi belum terzahir dalam bentuk pelaksanaan....

Subscribe to:
Posts (Atom)