Friday, June 26, 2026

Cheese In The Trap: Dialog Jung dalam Episod 8

Antara dialog yang menyentuh qalbu.

Seol: They think we're pushovers.

Jung: Pushover? They called me that in high school.

Seol: Really?

Jung: Hmm. People only approached me whenever they wanted something. I could tell right away but I just went along with it. It was easier that way. 

Seol: (Listening attentively)

Jung: But you like me for real, right? You're not like them, right? At first, I thought you were the same as everyone. You used to hate me. I'm not a bad guy.



Cheese In The Trap: Komik Digital (Webtoon)

Aku telah membaca komik digital Cheese In The Trap sebanyak 16 episod daripada jumlah 301 episod.

Sejauh ini, terdapat perbezaan yang ketara antara versi drama dan versi komik digital.

Sejauh ini, aku lebih menyukai versi drama.

Sepanjang pembacaan sebanyak 16 episod daripada komik digital, aku hanya melihat seorang watak utama iaitu Seol yang selalu overthinking dan terlalu judgemental terhadap Jung sedangkan sejauh itu, Jung tidak memberikan gambaran kepadaku bahawa dia seorang pemuda yang seperti difikirkan oleh Seol.  

Watak gadis seperti itu memberikan getaran kepadaku bahawa sebenarnya Seol yang tertarik dengan Jung dalam versi komik digital.

Watak Seol dalam versi drama lebih likeable dan apabila Seol overthinking serta judgemental, perkara itu tidak keterlaluan dan bersebab.

Atas dasar itu, aku harus mengatakan Syabas kepada penulis skrip Cheese In The Trap versi drama iaitu Kim Nam Hee kerana aku lebih suka olahan drama CIIT sejak awal aku menonton drama ini.

Berbanding dengan pembacaan 16 episod daripada 301 episod komik digital CIIT yang tidak menarik minat aku atau meyakinkan aku untuk menyebelahi watak Seol.

Oleh sebab aku tidak dapat meneruskan pembacaanku untuk komik digital, maka aku tidak dapat menilai karya komik digital ini secara keseluruhan.

Aku sedang terfikir jika kejayaan CIIT versi drama adalah berasbabkan penulisan skrip Kim Nam Hee atau penulisan yang bersifat kerjasama antara kedua-dua Soonkki dan Kim Nam Hee.

Setahu aku, versi drama hanya mengambil buah fikiran Soonkki pada peringkat awal sebelum Soonkki dikesampingkan dalam penulisan skrip tersebut.

Walau bagaimanapun, aku terlalu menghargai versi drama Cheese In The Trap dan berharap dapat menonton versi filemnya pula serta dapat menyambung pembacaan versi komik digitalnya secara percuma.



Wednesday, June 24, 2026

Cheese In The Trap: Masya Allah, karya yang indah dan manusiawi!

Masya Allah!

Berlatarkan lagu Suatu Masa yang dinyanyikan oleh M Nasir, betapa jiwaku tersentuh dengan karya indah dan manusiawi yang dihasilkan seorang Soonkki.

Soonkki ialah penulis dan pelukis komik digital yang menghasilkan karya asal Cheese In The Trap.

Karya komik digital ini kemudian diadaptasi menjadi sebuah drama Korea dan sebuah filem Korea yang mempunyai tajuk yang sama.

Betapa drama Korea 16 episod ini ialah sebuah karya yang bererti dan bernilai untuk diriku.

Alhamdulillah, aku sudah selesai menonton drama Korea ini pada 24 Jun.

Bayangkan... karya ini diterbitkan dalam bentuk drama pada tahun 2016 dan aku hanya menontonnya pada tahun 2026.

I found this gem only 10 years later!!!

Aku menemui harta yang sungguh berharga dan bermakna tanpa diduga pada Jun 2026 ini!

Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sedang menjawab soalan-soalan dan persoalan-persoalan yang bermain di minda mengenai diriku melalui karya ini.

Masya Allah!

Betapa keunikan watak Yoo Jung yang dirungkai dengan begitu teliti seorang Soonkki dan barangkali penulis skrip drama ini telah menyentuh nuraniku.

Lagu Syair Si Pari-Pari yang dinyanyikan oleh Zamani sedang melatari penulisanku.

Tuesday, June 23, 2026

Cheese In The Trap: Episode 12

Alhamdulillah.

Towards the end of episode 12, Yoo Jung shared about what happened in the past when he felt betrayed by Baek In Ho.

Anyone who overheard such derogatory speech from the closest person they grew up with would definitely feel hurt!

Yoo Jung is someone gentle and kind.

Yoo Jung did not deserve to be insulted by Baek In Ho behind his back when he had the purest of intention of gifting the music score book that was signed by In Ho's favourite pianist.

That was the most heartbreaking and shocking moment that Yoo Jung had to go through.

He never had the opportunity to share this pain with anyone.

5 years may have passed but the wound has never healed.

That painful moment stays as a haunting memory.

Cheese In The Trap: Yoo Jung

Masya Allah.

A charming and charismatic introvert with a secretive and sensitive heart.

He is composed, collected and calm by nature while making calculated moves and seeking connection with Seol whom he observes as someone sincere.

He is vengeful yes but not someone vicious.

He is definitely a compelling complex character.


He is a lonely son who longs to be loved by his own father.

He seems cold because he craved to be cared by his only own flesh and blood.

His dark personality stems from his deeper unmet needs since childhood.

Masya Allah.

Cheese In The Trap

Masya Allah.

I am in love with this relatable K Drama: Cheese In The Trap.



Sunday, April 19, 2026

Payung menjadi unsur simbolik?

Apabila kedua-dua watak lelaki dalam hidup seorang watak wanita hadir bersama payung di tangan...

Payung menjadi unsur simbolik?

Watak lelaki pertama, W membawa payung ketika hari hujan untuk memayungi Y yang kurang sihat sehingga akhirnya watak Y pengsan di perhentian bas dan watak W terpaksa meninggalkan payung itu untuk mendukung watak Y ke hospital terdekat. Y menghargai kebaikan W. Itulah detik permulaan seorang Y jatuh cinta kepada seorang W.

Watak lelaki kedua, B menemukan dan memulangkan payung milik Y yang hilang. Oleh sebab payung itu ialah payung kegemaran Y, seorang Y sungguh gembira.

Inilah drama Korea yang telah aku selesaikan siri pertamanya dan kini sedang memulakan siri keduanya.

Seketika, aku teringat kepada sebuah drama Melayu yang menggunakan payung sebagai unsur simbolik. Drama Melayu itu bertajuk Gadis Masa.

Bahkan, sebuah drama Korea berlatarkan zaman silam iaitu Under The Queen's Umbrella juga menggunakan payung sebagai unsur simbolik. Pada tajuk drama itu, sudah tertera perkataan 'umbrella'. Jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu, tajuk drama Korea tersebut ialah Di Bawah Payung Sang Permaisuri.

Payung menjadi unsur simbolik?

Tuesday, March 24, 2026

Apabila perasaanku terusik...

Apabila terbaca komen seseorang di akaun TikTok dan dia pernah menjadi rakan karibku pada tahun 1998, perasaanku terusik.

Dialah S.

Apabila membaca nota lama yang ditulis pada tahun 1999 mengenai interaksi dan peristiwa antara aku dan dia, perasaanku terusik.

Dialah R.

Insan-insan daripada zaman remajaku ketika aku masih belasan tahun di Politeknik Singapura.

Subhanallaah.

'Sebuah cinta dan harapan menjadi debu berterbangan...'

Aku berdukacita... (I am grieving...)

Sunday, March 15, 2026

Surah As Syu'ara (Surah 26: Ayat 69 hingga Ayat 104) mengenai Nabi Ibrahim

A069

Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

(Asy-Syu'araa' 26:69)
A070

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"

(Asy-Syu'araa' 26:70)
A071

Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".

(Asy-Syu'araa' 26:71)
A072

Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?

(Asy-Syu'araa' 26:72
A073

"Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"

(Asy-Syu'araa' 26:73
A074

Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".

(Asy-Syu'araa' 26:74
A075

Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -

(Asy-Syu'araa' 26:75
A076

"(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?

(Asy-Syu'araa' 26:76)
A077

"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;

(Asy-Syu'araa' 26:77)
A078

"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

(Asy-Syu'araa' 26:78
A079

"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

(Asy-Syu'araa' 26:79
A080

"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

(Asy-Syu'araa' 26:80
A081

"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

(Asy-Syu'araa' 26:81
A082

"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

(Asy-Syu'araa' 26:82
A083

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

(Asy-Syu'araa' 26:83)
A084

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

(Asy-Syu'araa' 26:84)
A085

"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

(Asy-Syu'araa' 26:85)
A086

"Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;

(Asy-Syu'araa' 26:86)
A087

"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

(Asy-Syu'araa' 26:87)
A088

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

(Asy-Syu'araa' 26:88
A089

"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

(Asy-Syu'araa' 26:89
A090

"Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,

(Asy-Syu'araa' 26:90
A091

"Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;

(Asy-Syu'araa' 26:91
A092

"Serta dikatakan kepada mereka: Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -

(Asy-Syu'araa' 26:92)
A093

Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri? 

(Asy-Syu'araa' 26:93)
A094

"Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama,

(Asy-Syu'araa' 26:94)
A095

"Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.

(Asy-Syu'araa' 26:95)
A096

"Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:

(Asy-Syu'araa' 26:96
A097

"Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,

(Asy-Syu'araa' 26:97
A098

"Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;

(Asy-Syu'araa' 26:98)
A099

"Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.

(Asy-Syu'araa' 26:99)
A100

"Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapa pun yang memberi pertolongan,

(Asy-Syu'araa' 26:100)
A101

"Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.

(Asy-Syu'araa' 26:101)
A102

"Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman."

(Asy-Syu'araa' 26:102
A103

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

(Asy-Syu'araa' 26:103

A104

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.

(Asy-Syu'araa' 26:104)