1) Hari pertama (Isnin 13 Februari 2012)
Tersua dengan Abu Bakar dan Syafix di foyer. Abu Bakar memberiku bayaran duit kek dan memulangkan kepadaku lebihan duit sewa kereta daripada program ke Bukit Broga.
Menemui Khaidir, Safirah, Nabila, Faraliyana dan Hafiz di meja bundar.
Berbincang dengan Hafiz di meja bundar dan melanjutkan perbincangan ke meja empat persegi di Restoran Sahur.
Alhamdulillah.
2) Hari kedua (Selasa 14 Februari 2012)
Mendapatkan surat pengesahan pelajar di ofis untuk tujuan pendaftaran pas pelajar antarabangsa.
Alhamdulillah, surat pengesahan sudah ada dalam genggaman.
Hafiz dan Khaidir sudah memang ada di dalam ofis kerana mereka berdua ingin dan akan bertemu dengan Prof Zahir.
Aku duduk di sofa yang mereka duduk.
Seperti yang telah aku bincangkan sepintas lalu dengan Hafiz, aku sampaikan hasratku tentang program usrah untuk Keluarga Bahagia.
Alhamdulillah.
Khaidir berpendapat bahawa program itu boleh dilaksanakan dan mereka berdua sependapat program itu dijalankan di luar APM.
Setelah mereka memasuki pintu kaunter untuk bertemu dengan Prof Zahir, aku pun meninggalkan APM.
3) Hari ketiga (Isnin 20 Februari 2012)
Minggu kedua.
Masih dalam minggu 'add and drop' iaitu minggu mendaftar dan menggugurkan kursus.
Hari pertama aku memasuki kelas Dr Ibrahim iaitu kelas Leksikografi memandangkan aku tidak hadir ke kelas pada minggu lalu.
Tidak aku sangka bahawa kesayanganku, Unaizah turut mendambil kursus ini.
Gembira!
Sedangkan beberapa jam sebelum pagi ini, terlintas di fikiranku bahawa aku dan Unaizah tidak akan lagi bersua muka di dalam sebarang kelas.
Akhirnya, kami sekelas jua.
Alhamdulillah.
Aku tertarik dengan isi pengajaran yang disampaikan oleh Dr Ibrahim.
Kamus dan perkamusan.
Kami berdua sempat bergambar di dalam kelas menggunakan kamera daripada telefon bimbit Unaizah.
Sejurus selepas kelas, Abu Bakar dan Awg Azhar menjelaskan bayaran tiket pergi balik (Singapura-KL).
Kami berempat iaitu Abu Bakar, Awg Azhar, Mazwan dan aku sendiri berbincang tentang produksi kecil kami.
Objektif produksi kecil kami yang diberi nama Produksi Kecil oleh Mazwan ialah untuk menghasilkan rakaman untuk dijadikan kenangan bersama memandangkan kami akan berpisah tidak lama lagi.
Tentunya kenang-kenangan untuk anggota Keluarga Bahagia (di FB) yang merupakan mahasiswa/mahasiswi sesi 2009/2010 yang telah hampir tiga tahun bersama dalam pengajian.
Selain itu, produksi kecil juga mempunyai objektif untuk menghasilkan klip video berupa dokumentari atau filem pendek yang mempunyai nilai murni serta bermutu tinggi.
Filem pendek TOMATO menjadi inspirasi kami.
Sewaktu perbincangan di dalam bilik kuliah, Zakaria dan Redzuan memasuki bilik kuliah.
Bergurau senda seperti biasa.
Senyum tawa seperti sentiasa.
Satu idea yang menarik minatku hasil daripada perbincangan kami (melambas otak) ialah tentang isu teman sebilik (room mate) yang dikaitkan dengan isu bekalan elektrik yang terputus.
Satu lagi idea yang menarik minatku, barangkali bukan kerana idea yang terkandung tetapi objek yang disebut iaitu sebatang pena.
Secara peribadi, isu teman sebilik merupakan perkara yang menguji perasaan dan mencabar kesabaranku semasa berada di Universiti Malaya.
3 bulan pertama di Kolej 11, Blok C, Tingkat 3, Unit 301.... aku sebenarnya tertekan hingga aku mengambil keputusan untuk berpindah ke (bukan kolej yang lain dan bukan blok yang lain tetapi ke..) Tingkat 4, Unit 403.
Alhamdulillah.
Aku bahagia.
Lantas, isu teman sebilik amat dekat di hatiku.
Begitu juga dengan isu bekalan elektrik yang terputus (selain daripada bekalan air yang pernah terputus).
Jika dikenangkan, lucu juga apabila bekalan air terputus.
Kerenah dan sikap rakan-rakan banyak membuka mata dan membuka minda tentang nilai kehidupan.
Secara peribadi sekali lagi, objek sebatang pena juga amat dekat di hati kerana sampai ke hari ini, aku masih menyimpan sebatang pena yang tidak mahal pun harganya tetapi aku sangat menghargainya.
Sebatang pena itu bukan hadiah.
Sebatang pena itu bukan pemberian.
Sebatang pena itu merupakan pertukaran.
Mungkin tidak perlu aku lanjutkan tentang peristiwa peribadi itu.
Namun aku tertarik untuk mengolah idea berdasarkan objek sebatang pena itu.
InsyaAllah.
4) Hari keempat (Selasa 21 Februari 2012)
Sewaktu berada di dalam perpustakaan, Dr Ibrahim menghampiriku yang sedang duduk bersama dengan Swee Kim.
Dr Ibrahim bertanyakan pendapat kami tentang bentuk pembentangan yang boleh dijalankan di dalam kelas Bahasa Melayu Lisan.
Kelas Kesenian Islam pula tidak sebosan yang aku sangkakan.
Aku tidak menjangkakan kelas ini penuh.
Ramai pelajar junior yang merupakan muka-muka baru mengambil kursus ini.
Dua tajuk tugasan telah diberikan.
Alhamdulillah.
Sejurus keluar daripada bilik kuliah, pembentukan kumpulan telah ditetapkan iaitu Cenderawasih bergabung semula dan ditunggangi oleh seorang anggota baharu yang merupakan pelajar junior iaitu Hasanah.
Khaidir, Hafiz dan aku berhasrat ke kafeteria.
Namun, aku singgah ke kelas Sastera sebentar untuk meminta tolong daripada Zakaria merakam video di dalam bilik kuliah.
Akhirnya, aku ke dalam kelas untuk meminta kerjasama mereka menyanyikan sebahagian daripada dua buah lagu yang berunsurkan persahabatan dan perpisahan.
Selain daripada meminta suara ramai mengujarkan ucapan perpisahan.
Sesudah itu, aku ke kafeteria untuk bertemu dengan Khaidir dan Hafiz.
Antara perkara yang dibincangkan ialah Kenduri Rakyat.
Akhir sekali, kami bertiga iaitu Nur Hakimah, Nur Khairiyyah dan diriku sendiri ke Restoran Sahur untuk menjamu selera sebelum ke ofis First Coach untuk membeli tiket pergi balik (KL-SIngapura).
Alhamdulillah.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Monday, February 27, 2012
Saturday, February 25, 2012
Produksi Kecil bersama Nur Ain dan Nur Farhah
23 Februari 2012.
12 tengah hari.
Akademi Pengajian Melayu.
Alhamdulillah.
Produksi Kecil telah menjalankan penggambaran kami yang pertama dengan menemubual sepasang sahabat karib dalam kalangan pelajar sesi 2009/2010 yang sejauh ini telah mampu memelihara perhubungan mereka sejak semester pertama (Tahun 1) hinggalah ke semester keenam (Tahun 3).
Abu Bakar, Azhar, Mazwan dan Zakaria hadir pada penggambaran pertama kami ini dengan mengambil peranan dan menjalankan tugas masing-masing.
Setelah selesai penggambaran, kami makan tengah hari di kafeteria.
Kemudian, kami letakkan beg di perpustakaan sebelum menunaikan solat fardhu Zuhur di surau.
Kurang perancangan dan kurang pengalaman.
Namun, kami mempunyai motivasi yang tinggi dan minat yang mendalam untuk menghasilkan produksi yang terbaik.
Perkongsian klip video TOMATO oleh Mazwan telah menjadi inspirasiku.
Sememangnya aku meminati bidang merakam video.
Pernah aku ikuti kursus penyuntingan video secara peribadi suatu masa dahulu.
Jika tidak silap tahun 2005.
Pernah juga aku ikuti kursus penyuntingan video yang diwajibkan bagi guru-guru di sekolahku pada tahun 2009.
Namun, ilmu dan kemahiran yang tidak diaplikasikan secara berterusan lazimnya akan menjadi satu perkara yang tidak memberi manfaat.
Sememangnya juga, aku pernah meminati bidang menulis skrip suatu masa dahulu.
Pernah juga aku ikuti kursus penulisan skrip yang diwajibkan bagi guru pelatih-guru pelatih di Institut Pendidikan. (Jika tidak silap, pada tahun 2001).
Pernah juga aku ikuti kursus penulisan skrip yang dianjurkan oleh Berita Harian. (Jika tidak silap, pada tahun 2005).
Pernah juga aku ikuti kursus penulisan skrip yang dianjurkan oleh FINAS pada tahun 2010.
Namun, ilmu dan kemahiran yang tidak diaplikasikan secara berterusan lazimnya akan menjadi satu perkara yang tidak membawa manfaat.
Entah bagaimana, Mazwan yang menghasilkan klip video yang terdiri daripada gambar-gambar untuk kenangan pelajar sesi kami telah menyuntik motivasi kepadaku untuk bekerjasama dengannya dalam mencari pengalaman memulakan sebuah produksi kecil.
Alhamdulillah, Mazwan mempunyai matlamat yang lebih jauh iaitu menghasilkan dokumentari atau filem pendek.
Sesuatu yang pernah terdetik di hati kecilku suatu masa dahulu tentang pembikinan klip video yang boleh memberi dan membawa manfaat tetapi tidak pernah direalisasikan seolah-olah kini mendapat laluan untuk dilaksanakan.
Semangat dan matlamat Mazwan selaku ketua produksi kami mengagumkanku.
Bahkan Mazwan telah membina grup Produksi Kecil di Facebook untuk kemudahan kami berinteraksi.
Alhamdulillah, daku gembira dan bersyukur!

Saturday, February 18, 2012
Muzik Video MUNGKIN
Muzik video MUNGKIN yang baru sahaja aku temui di Youtube.
Berkonsepkan komik Jepun.
Lain daripada yang lain.
Nikmati.
'Mungkin kan bersama dua jiwa ini?
Dalam mencari cinta sejati'
Berkonsepkan komik Jepun.
Lain daripada yang lain.
Nikmati.
'Mungkin kan bersama dua jiwa ini?
Dalam mencari cinta sejati'
Kekecewaan seorang anak perempuan dan kekesalan seorang ayah
'Untuk tahun-tahun yang sudah terlanjur hilang.'
Itulah ayat yang tertulis rapi dengan dakwat hitam di atas kertas nota kecil yang berwarna putih.
Kertas nota empat persegi mengiringi hadiah dalam kotak yang dihadiahkan khas daripada seorang ayah untuk anak perempuannya, Lara.
Ayat seringkas itu menyentuh hatiku.
Memahami kekecewaan seorang anak perempuan yang cukup dimanjakan dengan perhatian dan kasih sayang kemudian ditinggalkan oleh si ayah kerana ayahnya telah menghamilkan wanita lain yang bukan isterinya...
Memahami kekesalan seorang ayah yang menghidapi barah paru-paru dan menginsafi keterlanjuran diri bahkan ingin memohon maaf kepada mantan isterinya, anak lelakinya dan anak perempuannya...
Lantas menyentuh hatiku dengan kehadiran kertas nota yang ditulis dengan ayat 'Untuk tahun-tahun yang sudah terlanjur hilang.'
Kekecewaan seorang anak perempuan dan kekesalan seorang ayah dapat ditontoni dan dihayati menerusi filem 'Kata Maaf Terakhir'.
Babak yang menyebabkan air mataku berlinang dapat dilhat dalam klip ketiga apabila si ayah menunggu anak perempuannya, Lara bersama sebakul buah mangga kerana jus mangga merupakan minuman kegemaran Lara.
Mereka mempunyai kenangan manis bersama iaitu si ayah dan Lara memotong buah mangga yang kemudiannya dibuat jus mangga.
Apabila Lara melihat ayahnya, Lara meninggalkan ayahnya dengan raut wajah dan bahasa tubuh yang marah dan benci.
Kekecewaan itu masih teguh mendinding dalam hatinya.
Babak itu sahaja sangat merobek perasaanku.
Seorang ayah yang kekesalan.
Seorang ayah yang tidak lagi sihat.
Seorang ayah yang sedang hampir dengan kematian.
Seorang anak perempuan yang kekecewaan.
Seorang anak perempuan yang masih memerlukan ayahnya.
Seorang anak perempuan yang sebenarnya sedang merindui ayahnya.
Babak merobek perasaan ini dapat ditontoni dan dihayati dalam klip ketiga menerusi filem 'Kata Maaf Terakhir' yang dimuatnaikkan di lelaman perkongsian klip video Youtube.
Friday, February 17, 2012
Azan, bekalan elektrik dan internet
Azan subuh yang pertama sedang sayup-sayup berkumandang.
Azan subuh yang kedua pula sedang berkumandang secara serentak dengan kuat lagi jelas.
Bekalan elektrik bagi lampu dan kipas angin pula telah terputus.
Semoga elektrik kembali terbekal secepat mungkin tanpa perlu berurusan dengan penyelia blok.
Aku akan sentiasa merindui suasana azan yang berkumandang.
Barangkali aku juga akan merindui episod berulang kali bekalan elektrik terputus.
Sejak minggu pertama bagi semester keenam bermula, internet pula bermasalah.
Sukar sekali aku tembusi talian internet.
Aaarrrgggghhh!

Thursday, February 16, 2012
Hari pertama dalam semester keenam
Isnin
12 Februari 2012
Kelas Sosiolinguistik pada jam 3 petang dibatalkan.
Oleh sebab aku telah berjanji untuk bertemu dengan Hafiz di meja bundar berdekatan dengan surau, aku perlu ke APM juga.
Aku tidak mahu bertangguh lagi memandangkan janji temu pada 19 Januari 2012 yang lalu tidak kesampaian.
Dari foyer, kelihatan Hafiz bersama dengan Khaidir di meja bundar dengan gadis-gadis APM yang lain.
Tersua dengan Syafix dan Abu Bakar di foyer.
Mereka menyapaku.
Kami berbual seketika.
Abu Bakar melunaskan hutang kek sempena sambutan hari meningkat usia Zakaria dan juga hutang ongkos kenderaan ke Bukit Broga tempoh hari.
Aku memaklumkan mereka tentang program bercuti ke Singapura pada 1 Mac hingga 4 Mac.
Nazif yang mendekati kami turut dimaklumkan tentang program bercuti kerana sehari sebelum, dia memberi komen di FB tentang hasratnya mengikuti program ini.
Tidak sangka Nazif berminat kerana sebelum ini dia tidak pernah menyebut atau menyatakan apa-apa tentang hasratnya ke Singapura.
Alhamdulillah.
Meramaikan jumlah pelajar lelaki.
Dari jauh, Khaidir melambaikan tangan agar ke tempat mereka sedang duduk.
Safirah, Faraliyana dan Nabila ada di situ juga.
Kami bersalaman.
Aku memaklumkan mereka perkara yang sama tentang program bercuti ke Singapura.
Setelah selesai segala urusan dan adik-adik beredar, barulah dapat bertemu empat mata dengan Hafiz untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu dibicarakan.
Apabila APM mulai lengang, kami ke Restoran Sahur pula untuk menyambung perbincangan kami.
Dalam perjalanan ke Restoran Sahur, Ahmad Fouad yang menunggang motosikalnya memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.
Kami bertegur sapa seketika.
Di Restoran Sahur pula, Hafiz terlihat Faraliyana dan Syafix di meja makan.
Aku yang berada di belakang Faraliyana dan Syafix mengutip batu-batu kecil dan mencampakkan batu-batu kecil itu ke arah mereka.
Hihihihi.
Perbincangan dengan Hafiz di meja makan Restoran Sahur berakhir lebih kurang jam 7 malam.
Aku berjalan kaki pulang ke Kolej 11.
Sesampainya di perkarangan Kolej 11, hujan pun turun.
Maka aku berjalan di dalam hujan menuju ke Blok C.
Hari pertamaku dalam semester keenam iaitu semester terakhir telah bermula.
Tidak ramai yang aku temui di APM pada petang ini.
Bermula dengan Syafix dan Abu Bakar.
Diikuti dengan Hafiz, Khaidir, Safirah, Faraliyana dan Nabila.
Kemudian Ahmad Fouad.
Akhir sekali dengan Munira pada jam 9 malam di Aras 2.
Tengah malam barulah buat pertama kalinya aku makan.
Makan pada waktu tengah malam?!
Makan burger iaitu Double Prosperity.
Aku betul-betul kebuluran kerana pada siangnya, aku tiada selera dan tiada mood untuk makan.
Aku menahan lapar kerana pada malamnya pula, aku perlu menyelesaikan urusan penting.
Apabila Edi Farid menyapaku di ruang FB, aku tidak dapat berinteraksi dengan lebih panjang kerana sedang sangat kebuluran.
Terlalu ramai yang menegur bahawa aku semakin kurus.
Entah mengapa tiada selera makan dan tiada mood untuk makan.
Walau apa pun, hari pertama dalam semester keenam telah pun bermula.

Kenalan Indonesia
Posku yang berjudul 'Penelope Brown dan Stephen Levinson' pada 3 Januari 2012 rupa-rupanya telah dibaca oleh seseorang daripada Makassar, Indonesia.
Alhamdulillah.
Beliau telah meninggalkan komen dalam posku pada 6 Februari 2012.
Komennya baru sahaja aku baca beberapa minit yang lalu.
:)
Seketika aku teringat kepada seorang kenalan Indonesia yang pernah aku kenali melalui Yahoo Messenger.
Beliau banyak memberi nasihat dan membuka fikiranku dengan pandangannya yang matang.
Namun, kami tidak lagi berhubung setelah aku menghapuskan akaun Yahoo Messenger.
Aku langsung tidak ingat nama profilnya, nama sebenarnya bahkan negeri asalnya.
Aku hanya ingat bahawa kenalanku itu dari Indonesia.
Hadirnya sebagai rakan siber berwatak penasihat dalam Yahoo Messenger memang meninggalkan kesan dan kenangan.
Namun segalanya hanya untuk sementara waktu.
Bermula sudah.
Berakhir pun sudah.

Subscribe to:
Posts (Atom)