Masya Allah!
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, December 29, 2024
Thursday, December 26, 2024
Doa untuk bayi
اللهم اجْعَلْهُ بَارًّا تَقِيًّا رَشِيْدًا وَأَنْبِتْهُ فِي الْإِسْلَامِ نَبَاتًا حَسَنًا
(Allahummaj'alhu barran taqiyyan rasyîdan wa-anbit-hu fil islami nabatan hasanan)
Ertinya: Ya Allah, jadikanlah dia (bayi) orang yang baik, bertakwa dan cerdas. Tumbuhkanlah dia dalam Islam dengan pertumbuhan yang baik.
Friday, December 13, 2024
Ramalanku Benar Belaka (Umbrella / Zarul)
Hingga ke saat ini
Berbagai persoalan tak henti melanda
Buntu kumemikirkannya
Kau memilih diriku di atas dasar apa?
Apakah kerna cinta?
Atau pelepas sepi cuma?
Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku?
Andainya benar
Maka tepatlah apa yang kuramalkan
Waktu bersamamu
Banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya ungkapan syahdu bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah kubina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta
Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan detik-detik terindah
Dan berkesudahan aku parah
Kesudahan aku parah
Tun Jana Khatib dalam filem Melayu klasik
Setelah sekian lama dan beberapa kali daku cuba mendapatkan sebuah filem Melayu klasik bertajuk Singapura Dilanggar Todak di internet, akhirnya pada pagi ini iaitu 13 Disember, lelaman Daily Motion telah menunaikan hasratku.
Hati terusik kerana pada minit ketujuh, telah terbina satu konteks bahawa rakyat Singapura atau Temasik yang diwakili oleh watak Penghulu belum memeluk Islam. Manakala tiga orang pemuda dari Pasai yang baru sampai di dermaga sebuah pantai di Singapura pula beragama Islam. Lantas, ucapan salam serta huluran tangan untuk bersalaman pemuda itu tidak disambut. Namun, tutur bicara Penghulu menyambut kedatangan mereka tetap sopan.
Bukankah sedia maklum bahawa salah seorang daripada pemuda ini akan dibunuh secara zalim? Nama beliau ialah Jana Khatib.
Tuesday, November 26, 2024
Central America
A bridge between North America and South America.
Sunday, November 24, 2024
Terowong Masa
Drama Korea 'My Perfect Stranger' yang kutonton pada tahun lalu (2023) dan 'Tunnel' yang kutonton pada ketika ini (2024) bergenre fantasi jelajah masa dan bertemakan jenayah.
Persamaan yang ingin kuketengahkan antara kedua-dua karya ialah kewujudan terowong yang merealisasikan fantasi jelajah masa itu terjadi.
Thursday, November 21, 2024
6 Drama Korea
Sunday, November 17, 2024
Signal: Episode 1
Masya Allah.
I cried listening to how truthful, hurtful and intense the dialogue of the lead male character (whom I do not know his name at the moment) as he confronted the lead female character.
The feeling of being helpless and hopeless due to the fact that the character was unheard and dismissed by the police / detective is exactly the same experience as the lead female character from Catch The Ghost.
Wednesday, November 13, 2024
50 buah negeri di Amerika Syarikat
Negeri-negeri Amerika Syarikat
(1) Alabama
(2) Alaska
(3) Arizona
(4) Arkansas
(5) Connecticut
(6) California
(7) Colorado
(8) Delaware
(9) Florida
(10) Georgia
(11) Hawaii
(12) Idaho
(13) Iowa
(14) Illinois
(15) Indiana
(16) Kansas
(17) Kentucky
(18) Lousiana
(19) Maine
(20) Maryland
(21) Massachusetts
(22) Mississippi
(23) Missouri
(24) Michigan
(25) Minnesota
(26) Montana
(27) Nebraska
(28) Nevada
(29) North Dakota
(30) North Carolina
(31) New Jersey
(32) New Hampshire
(33) New Mexico
(34) New York
(35) Ohio
(36) Oklahoma
(37) Oregon
(38) Pennsylvania
(39) Rhode Island
(40) South Dakota
(41) South Carolina
(42) Texas
(43) Tennessee
(44) Utah
(45) Vermont
(46) Virginia
(47) West Virginia
(48) Wyoming
(49) Washington
(50) Wisconsin
Antara 2 Realiti
Antara Realiti Maya dengan Realiti Tambahan
Realiti Maya merujuk kepada Virtual Reality (VR) dalam bahasa Inggeris. Teknologi ini membolehkan pengguna menyaksikan persekitaran atau lingkungan berdimensi tiga yang diwujudkan di hadapan atau di sekeliling kita. Namun, persekitaran atau lingkungan itu hanyalah paparan dan tidak wujud dalam alam nyata. Dunia sebenar kita telah digantikan dengan simulasi yang dihasilkan oleh teknologi untuk jangka masa tertentu.
Realiti Tambahan pula merujuk kepada Augmented Reality (AR) dalam bahasa Inggeris. Teknologi ini membolehkan pengguna menyaksikan dunia sebenar yang telah ditokok tambah, dikurangkan, digabungkan atau diubah suai dengan elemen-elemen tertentu. Dunia sebenar atau alam nyata menjadi lapisan utama bagi teknologi ini berfungsi untuk jangka masa tertentu.
Saturday, November 9, 2024
Young Sheldon 9 November 2024
Tontonanku untuk drama bersiri Young Sheldon berakhir petang tadi.
Setelah berhari-hari, bermalam-malam dan berpagi-pagi menonton drama bersiri yang terdiri daripada 7 siri / musim, aku tidak menduga bahawa siri ketujuh iaitu siri terakhir hanya mempunyai 14 episod.
Sejak daripada mula, aku memang tahu watak George iaitu bapa kepada watak Sheldon dimatikan dalam siri terakhir tetapi aku tidak menduga bahawa peristiwa itu berlaku dalam episod 12 memandangkan aku menjangkakan bahawa setiap siri mempunyai lebih daripada 20 episod.
Sudah tentu pemergian watak George mengundang sebak di dada dan linangan air mata.
Aku terkejut seperti anggota keluarganya apabila dua orang rakan sekerja George muncul di hadapan pintu rumah Mary untuk memaklumkan berita yang terlalu memilukan itu.
Seperti watak Sheldon, aku dapat mengerti dan berempati akan perasaan terkilan dan kesal yang Sheldon alami kerana hingga ke hari ini, aku masih mempunyai perasaan terkilan dan kesal dengan pemergian Bapak pada 18 September 2018.
Al Fatihah untuk Bapak.
George meninggal dunia pada usia Sheldon dan Melissa 14 tahun.
George 'pergi' sebelum Sheldon pergi ke Caltech sedangkan rancangan asal Sheldon ialah melanjutkan pelajaran di MIT.
Seolah-olah perubahan pada rancangan asal Sheldon berserta penangguhanan sedikit masa lagi sebelum kemasukan ke Caltech memberi peluang bersama yang lebih bermakna kepada kedua-dua beranak itu.
Apakan daya, pemergian George adalah secara tiba-tiba dek serangan jantung.
Oleh sebab terkejut dan terkilan, minda dan perasaan Sheldon berulang-ulang kali mengimbas detik-detik terakhir sebelum bapanya melangkah keluar dari rumah.
Detik itu...
Terkilan dan kesal..... jiwa seorang anak.
Wednesday, October 30, 2024
Empat Imam
Friday, October 18, 2024
Dua pelakon utama: Kim Seon Ho dan Lee Sun Kyun
Dua orang pelakon utama yang berbakat besar dalam dua buah drama yang bagus.
Kim Seon Ho melakonkan watak seorang pegawai polis yang bertugas di stesen kereta api gerak cepat manakala Lee Sun Kyun melakonkan watak seorang jurutera struktural di sebuah syarikat binaan.
Kedua-dua drama iaitu 'Catch The Ghost' dan 'My Mister' mempunyai jalan cerita yang bagus.
Dalam 'Catch The Ghost' yang pada mulanya aku sangkakan sebuah drama bergenre seram sebenarnya mengisahkan kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh seorang pegawai polis yang bertungkus-lumus dan teliti dalam usaha menjejak kembarnya yang hilang di stesen kereta api gerak cepat.
Drama ini bergenre jenayah dan tragedi yang penuh misteri dan teka-teki yang mengujakan dan menarik.
Jalan cerita utama yang dilengkapi dengan cerita-cerita sampingan (sub-plot) dalam setiap episod yang berlatarkan stesen kereta api gerak cepat berjaya memperlihatkan pekerjaan dan cabaran yang dihadapi oleh pegawai polis sehari-hari.
Seketika, aku teringat kepada drama 'Where Stars Land' iaitu sebuah drama berlatarkan lapangan kapal terbang dengan mengetengahkan pekerjaan dan cabaran yang dihadapi oleh pegawai perkhidmatan awam dan bukan juruterbang atau pramugari/a.
Walaupun sebahagian besar drama ini berfokus kepada watak utama perempuan yang bernama Yoo Ryung, watak utama lelaki iaitu Ko Ji Seok bagiku melengkapi cerita ini.
Dalam 'My Mister' pula, kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua watak utama lelaki dan perempuan boleh dikatakan seimbang.
Watak utama lelaki bernama Park Dong Hoon menghadapi masalah di tempat kerja, dengan keluarga asal dan juga isterinya walaupun sebenarnya dia disayangi oleh anggota pasukan di tempat kerjanya, ibu, adik-beradik dan isterinya.
Watak utama perempuan bernama Lee Ji An menghadapi masalah kemiskinan dan penindasan pada masa lalu hinggalah sekarang.
Pada masa lalu, Lee Ji An telah terbunuh seorang pemiutang yang telah melakukan keganasan terhadap dia sekeluarga dan sekarang, anak lelaki kepada pemiutang itu masih terus menindas dan menderanya dek dendam dan hutang.
Park Dong Hoon dan Lee Ji An ialah rakan sekerja tetapi hubungan antara mereka adalah agak rumit.
Drama yang bergenrekan tragedi ini membentangkan isu politik pejabat dan kekeluargaan.
Friday, April 5, 2024
Surah Al Baqarah (Day 23 to Day 27) with Nouman Ali Khan
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
(Al-Baqarah 2:60)Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
(Al-Baqarah 2:61)Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al-Baqarah 2:62)Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:63)Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.
(Al-Baqarah 2:64)Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
(Al-Baqarah 2:65)Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:66)Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".
(Al-Baqarah 2:67)Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya".
(Al-Baqarah 2:68)Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya".
(Al-Baqarah 2:69)Mereka berkata lagi: "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu)".
(Al-Baqarah 2:70)Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menyiram tanaman; ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada warnanya". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
(Al-Baqarah 2:71)Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
(Al-Baqarah 2:72)Maka Kami (Allah) berfirman: "Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu" (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya.
(Al-Baqarah 2:73)Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:74)(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?
(Al-Baqarah 2:75)Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"
(Al-Baqarah 2:76)(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?
(Al-Baqarah 2:77)Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.
(Al-Baqarah 2:78)Surah Al Baqarah (Day 18 to Day 22) with Nouman Ali Khan
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
(Al-Baqarah 2:42)Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Al-Baqarah 2:43)Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
(Al-Baqarah 2:44)Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Al-Baqarah 2:45)(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(Al-Baqarah 2:46)Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).
(Al-Baqarah 2:47)Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
(Al-Baqarah 2:48)Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
(Al-Baqarah 2:49)Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
(Al-Baqarah 2:50)Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
(Al-Baqarah 2:51)Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 2:52)Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
(Al-Baqarah 2:53)Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
(Al-Baqarah 2:54)Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
(Al-Baqarah 2:55)Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah 2:56)Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
(Al-Baqarah 2:57)Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik".
(Al-Baqarah 2:58)Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
(Al-Baqarah 2:59)