Friday, June 26, 2026

Cheese In The Trap: Komik Digital (Webtoon)

Aku telah membaca komik digital Cheese In The Trap sebanyak 16 episod daripada jumlah 301 episod.

Sejauh ini, terdapat perbezaan yang ketara antara versi drama dan versi komik digital.

Sejauh ini, aku lebih menyukai versi drama.

Sepanjang pembacaan sebanyak 16 episod daripada komik digital, aku hanya melihat seorang watak utama iaitu Seol yang selalu overthinking dan terlalu judgemental terhadap Jung sedangkan sejauh itu, Jung tidak memberikan gambaran kepadaku bahawa dia seorang pemuda yang seperti difikirkan oleh Seol.  

Watak gadis seperti itu memberikan getaran kepadaku bahawa sebenarnya Seol yang tertarik dengan Jung dalam versi komik digital.

Watak Seol dalam versi drama lebih likeable dan apabila Seol overthinking serta judgemental, perkara itu tidak keterlaluan dan bersebab.

Atas dasar itu, aku harus mengatakan Syabas kepada penulis skrip Cheese In The Trap versi drama iaitu Kim Nam Hee kerana aku lebih suka olahan drama CIIT sejak awal aku menonton drama ini.

Berbanding dengan pembacaan 16 episod daripada 301 episod komik digital CIIT yang tidak menarik minat aku atau meyakinkan aku untuk menyebelahi watak Seol.

Oleh sebab aku tidak dapat meneruskan pembacaanku untuk komik digital, maka aku tidak dapat menilai karya komik digital ini secara keseluruhan.

Aku sedang terfikir jika kejayaan CIIT versi drama adalah berasbabkan penulisan skrip Kim Nam Hee atau penulisan yang bersifat kerjasama antara kedua-dua Soonkki dan Kim Nam Hee.

Setahu aku, versi drama hanya mengambil buah fikiran Soonkki pada peringkat awal sebelum Soonkki dikesampingkan dalam penulisan skrip tersebut.

Walau bagaimanapun, aku terlalu menghargai versi drama Cheese In The Trap dan berharap dapat menonton versi filemnya pula serta dapat menyambung pembacaan versi komik digitalnya secara percuma.



No comments:

Post a Comment