Wednesday, September 2, 2026

21 episod drama Korea bertajuk My Dearest

Selesai sudah 21 episod drama Korea yang bertajuk My Dearest setelah aku mengambil masa 4 hari/malam untuk menyelesaikan kesemua episod drama ini melalui Netflix.

Namun, kebanyakan masa aku menonton drama ini, aku melangkau babak-babak politik yang boleh dikatakan merangkumi sebahagian besar drama ini memandangkan latar drama ini adalah pada zaman kerajaan Joseon dilanda musibah penjajahan kerajaan Qing.

Aku terpesona dengan watak romantik dan karismatik, Lee Jang Hyeon iaitu pemuda bangsawan yang bijaksana, matang, kritis, periang, lucu, sensitif, prihatin, berempati, berhikmah, tenang, teguh, penyabar, tulus, setia, pengasih dan baik hati.



Masya Allah.