Thursday, February 16, 2012

Hari pertama dalam semester keenam

Isnin

12 Februari 2012

Kelas Sosiolinguistik pada jam 3 petang dibatalkan.

Oleh sebab aku telah berjanji untuk bertemu dengan Hafiz di meja bundar berdekatan dengan surau, aku perlu ke APM juga.

Aku tidak mahu bertangguh lagi memandangkan janji temu pada 19 Januari 2012 yang lalu tidak kesampaian.

Dari foyer, kelihatan Hafiz bersama dengan Khaidir di meja bundar dengan gadis-gadis APM yang lain.

Tersua dengan Syafix dan Abu Bakar di foyer.

Mereka menyapaku.

Kami berbual seketika.


Abu Bakar melunaskan hutang kek sempena sambutan hari meningkat usia Zakaria dan juga hutang ongkos kenderaan ke Bukit Broga tempoh hari.

Aku memaklumkan mereka tentang program bercuti ke Singapura pada 1 Mac hingga 4 Mac.

Nazif yang mendekati kami turut dimaklumkan tentang program bercuti kerana sehari sebelum, dia memberi komen di FB tentang hasratnya mengikuti program ini.

Tidak sangka Nazif berminat kerana sebelum ini dia tidak pernah menyebut atau menyatakan apa-apa tentang hasratnya ke Singapura.

Alhamdulillah.

Meramaikan jumlah pelajar lelaki.

Dari jauh, Khaidir melambaikan tangan agar ke tempat mereka sedang duduk.

Safirah, Faraliyana dan Nabila ada di situ juga.

Kami bersalaman.

Aku memaklumkan mereka perkara yang sama tentang program bercuti ke Singapura.

Setelah selesai segala urusan dan adik-adik beredar, barulah dapat bertemu empat mata dengan Hafiz untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu dibicarakan.

Apabila APM mulai lengang, kami ke Restoran Sahur pula untuk menyambung perbincangan kami.

Dalam perjalanan ke Restoran Sahur, Ahmad Fouad yang menunggang motosikalnya memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

Kami bertegur sapa seketika.

Di Restoran Sahur pula, Hafiz terlihat Faraliyana dan Syafix di meja makan.

Aku yang berada di belakang Faraliyana dan Syafix mengutip batu-batu kecil dan mencampakkan batu-batu kecil itu ke arah mereka.

Hihihihi.

Perbincangan dengan Hafiz di meja makan Restoran Sahur berakhir lebih kurang jam 7 malam.

Aku berjalan kaki pulang ke Kolej 11.

Sesampainya di perkarangan Kolej 11, hujan pun turun.

Maka aku berjalan di dalam hujan menuju ke Blok C.

Hari pertamaku dalam semester keenam iaitu semester terakhir telah bermula.

Tidak ramai yang aku temui di APM pada petang ini.

Bermula dengan Syafix dan Abu Bakar.

Diikuti dengan Hafiz, Khaidir, Safirah, Faraliyana dan Nabila.

Kemudian Ahmad Fouad.

Akhir sekali dengan Munira pada jam 9 malam di Aras 2.

Tengah malam barulah buat pertama kalinya aku makan.

Makan pada waktu tengah malam?!

Makan burger iaitu Double Prosperity.

Aku betul-betul kebuluran kerana pada siangnya, aku tiada selera dan tiada mood untuk makan.

Aku menahan lapar kerana pada malamnya pula, aku perlu menyelesaikan urusan penting.

Apabila Edi Farid menyapaku di ruang FB, aku tidak dapat berinteraksi dengan lebih panjang kerana sedang sangat kebuluran.

Terlalu ramai yang menegur bahawa aku semakin kurus.

Entah mengapa tiada selera makan dan tiada mood untuk makan.

Walau apa pun, hari pertama dalam semester keenam telah pun bermula.

Kenalan Indonesia

Posku yang berjudul 'Penelope Brown dan Stephen Levinson' pada 3 Januari 2012 rupa-rupanya telah dibaca oleh seseorang daripada Makassar, Indonesia.

Alhamdulillah.

Beliau telah meninggalkan komen dalam posku pada 6 Februari 2012.

Komennya baru sahaja aku baca beberapa minit yang lalu.

:)

Seketika aku teringat kepada seorang kenalan Indonesia yang pernah aku kenali melalui Yahoo Messenger.

Beliau banyak memberi nasihat dan membuka fikiranku dengan pandangannya yang matang.

Namun, kami tidak lagi berhubung setelah aku menghapuskan akaun Yahoo Messenger.

Aku langsung tidak ingat nama profilnya, nama sebenarnya bahkan negeri asalnya.

Aku hanya ingat bahawa kenalanku itu dari Indonesia.

Hadirnya sebagai rakan siber berwatak penasihat dalam Yahoo Messenger memang meninggalkan kesan dan kenangan.

Namun segalanya hanya untuk sementara waktu.

Bermula sudah.

Berakhir pun sudah.

Tuesday, February 14, 2012

Grup Keluarga Bahagia Tahun Tiga (2009 - 2012)

Rasa mengantuk tetapi belum mahu melelapkan mata.

Minda berfikir tentang program bercuti ke Singapura dan program usrah mingguan untuk anggota grup Keluarga Bahagia Tahun Tiga (2009 - 2012).

Maklumlah sekarang sudah semester terakhir bersama.

Kenangan indah ingin terus dilukis menjadi potret untuk tatapan bersama.

Friday, February 10, 2012

Antara Cinta Syahdu Dengan Kasih Sofia

Syahdu ialah wanita yang dicintai Irfan dek pertemuan pertama mereka di stesen kereta api.

Namun begitu, cinta yang bersemi pada pandangan dan perkenalan pertama ini tidak berkesudahan dengan pernikahan antara Syahdu dan Irfan.

Sofia pula adalah wanita yang dikasihi Irfan dek pernikahan yang disegerakan setelah Irfan patah hati apabila Syahdu bernikah dengan lelaki lain.

Sebenarnya Syahdu terpaksa bernikah dengan lelaki lain kerana terperangkap dengan situasi ibu Syahdu yang memerlukan pembedahan sedangkan bantuan kewangan itu akan hanya diberi kepada Syahdu andai Syahdu bersetuju bernikah dengan lelaki lain yang tersebut.

Kasih fitrah yang mekar menguntum sesudah bernikah antara Sofia dan Irfan ialah anugerah yang indah dalam hidup Irfan.

Manakala, Syahdu yang telah terlebih dahulu bernikah dengan lelaki yang tidak dicintai akhirnya bercerai jua.
Ikatan poligami akhirnya menyatukan Sofia dan Syahdu sebagai madu yang sama-sama menyayangi Irfan.

Namun begitu, penerimaan Sofia dan Syahdu terhadap rasa cemburu yang membungkam di jiwa tidak sama dan perkara ini merumitkan keadaan.

Andai kata aku berpoligami, tinggal serumah dengan madu bersama suami bukanlah pilihanku.... kerana seperti Sofia dan Syahdu, aku juga punyai rasa cemburu.

Sama ada aku memendam seperti Sofia atau aku memberontak seperti Syahdu.

Perasaan cemburu tentu menyakitkan hati.

Cemburu itu fitrah yang diciptakan Allah s.w.t.

Sedangkan dalam rumahtangga monogami pun, rasa cemburu pasti bergelora dalam jiwa.

Apatah lagi dalam rumahtangga poligami pula, rasa cemburu pasti bergelombang dalam jiwa.

Bukankah cemburu tanda cinta yang mendalam antara pasangan yang berkasih....?

Dengan iman dan ilmu serta kemahiran...

Dengan kasih sayang dan keprihatinan...

Dengan cinta kepada Pemilik Cinta...

Cemburu di hati yang bergelora bahkan bergelombang akan diredakan dan ditenangkan.

Mudah diperkatakan.

Sukar dilaksanakan.

Antara cinta Syahdu dengan Kasih Sofia, Irfan pada pandanganku belum mampu mengendalikan dua jiwa ini kerana ilmu dan kemahiran tentang poligami belum diperolehi.

Sofia ternyata seorang wanita yang solehah kerana punyai iman di hati.

Atas dasar itu, cemburu di hati lebih terkendali.

Syahdu pula masih bertatih dalam memiliki iman agar menjadi seorang wanita yang solehah.

Atas dasar itu, cemburu di hati kian bergejolak seperti api yang marak.

Irfan meskipun mempunyai ciri-ciri lelaki beriman tetapi belum mampu mendidik dan memimpin isteri-isterinya ke arah itu kerana barangkali kekurangan ilmu dan kemahiran.

Poligami yang dibina barangkali berasaskan cinta dan simpati dan belum kukuh terbina di atas asas yang kukuh iaitu mencintai Allah dan menyayangi sesama insan.

Atas dasar itu, cemburu di hati mereka tidak dapat dikendalikan.


Andai kata aku berpoligami dengan mengambil peranan isteri pertama, besar harapanku wujudnya keserasian antara diriku dengan maduku sejak dari mula.

Bukan sekadar keserasian, bahkan saling menyayangi.

:)

Itulah yang kuharapkan sungguh-sungguh.

Andai tidak serasi dan tidak menyayangi, tidak mungkin aku dapat menerima rumahtangga poligami ini sejak dari mula.

:(

3 Filem Indonesia

Pagi tadi, ketika aku menonton CIN (T) A, Abu Bakar telah mencadangkan aku menonton Hafalan Shalat Delisa.



Alhamdulillah, filem yang dicadangkan itu telah menarik perhatianku sejurus menontoninya sedangkan filem CIN (T) A yang sedang aku tontoni sebenarnya membosankan namun aku cuba bertahan untuk memahami jalan cerita dan mesej yang terkandung.

Akhirnya aku tinggalkan CIN (T) A dan beralih perhatian kepada Hafalan Shalat Delisa.



Kini pada waktu malam begini, aku sedang menonton Kehormatan Di Balik Kerudung pula.


Tuesday, February 7, 2012

Mungkinkah Aku Direzekikan? Seorang Lelaki Yang....

Ingin Sentiasa Memahami

Memahami tujuan hidup dan mati, tujuan berumahtangga, tujuan mencari ilmu, tujuan mencari rezeki, tujuan... segala tujuan dalam meniti kehidupan ini. Memahami makna kehidupan yang sementara ini kerana apa dan untuk siapa. Seterusnya, kefahaman itu diterjemahkan kepada kelakuan.

Memahami isi kandungan Al Quran dan memahami cara hidup hamba pilihanNya, khususnya Rasulullah s.a.w berserta personaliti-personaliti unggul dalam sejarah.

Memahami saya, memahami kekurangan saya, memahami kelemahan diri saya, memahami mazmumah saya, memahami pemikiran, tindak-tanduk dan perasaan saya yang saya sendiri tidak fahami. Seterusnya, dapat menegur saya dengan berhikmah, membimbing saya dengan sabar dan memotivasi saya dengan prihatin.

Memahami dirinya sendiri juga kerana pasti saya ingin dia sama-sama memperbaiki diri andai kata tersilap atau tersalah dalam berfikir, bertindak atau berperasaan.

Apakah berat permintaan ciri pertama saya ni? InsyaAllah, akan jadi mudah selagi mana kita ingin sentiasa memahami dengan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai wadah. Saya pun kena ingin sentiasa memahami. Perkataan 'ingin' dan 'sentiasa' penting kerana dengan keinginan, insyaAllah pasti akan dikurniakan jalan dan dengan kesentiasaan, insyaAllah apa segala yang berlaku di sekeliling kita menjadi bahan pengetahuan.

Ya Allah, jadikan kami insan yang ingin sentiasa memahami setiap perintahMu..... Hanya Engkau yang akan mempertemukan kami bu
kan? Engkau pernah menemukan aku dengan seorang lelaki yang mempunyai ciri ini tetapi Engkau tidak mentaqdirkan lelaki ini untukku. Huhuhuhu. Aku masih berharap dan masih berdoa agar Engkau merezekikan seorang lelaki yang mempunyai ciri INGIN SENTIASA MEMAHAMI.

Sunday, February 5, 2012

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih antara Ismail dan Thollha.

Esok 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1433H.

Betapa aku terharu dan gementar.

Satu-satunya adikku, jantung hatiku akan bernikah dan melangsungkan majlis persandingannya esok.

Semoga Allah memberkahi mereka berdua dalam membina rumahtangga Islam yang benar-benar membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat.