Aku tidak mendaftar kursus Pengajaran dan Pendidikan Seni dalam minggu pertama dan kedua di APM iaitu minggu 'add and drop'.
Lantas, aku hanya menghadiri kursus Pengajaran dan Pendidikan Seni pada minggu ketiga dan Dr Hamid telah pun memulakan pembentangan berbentuk Pengajaran Mikro selama 12 minit untuk setiap pelajar.
Salah seorang daripada pelajar yang memainkan peranan sebagai guru telah menjalankan kelas mewarna untuk pelajar sekolah rendah.
Layan...
Pada minggu keempat pula, aku sangat tertarik dengan pengajaran seorang pelajar tentang pembikinan rama-rama menggunakan cat warna.
Mudah sekali tetapi amat menghiburkan.
Penyampaiannya juga persis seorang guru yang berpengalaman.
Barangkali dia mempunyai anggota keluarga sama ada ibu, bapa atau adik-beradik dalam kalangan guru.
Aku tidak mengambil gambar hasil seni berupa rama-rama yang tercipta oleh pelajar si guru itu.
Sekadar bergambar dengan origami berbentuk burung jenjang yang dihasilkan oleh pelajar si guru yang lain.
Giliranku akan menjelang tiba.
Namun, aku belum ada idea mahupun 'mood' untuk menjadi guru Pengajaran Mikro apabila tiba giliranku apatah lagi menjadi guru sekembali aku di Singapura pada Jun ini.
Aaarrrggghhh!!!
Entah mengapa....
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, March 11, 2012
Program Wisata Ke Kota Singa 1 (1 Mac 2012 - 3 Mac 2012)
Perancangan demi perancangan sebelum ini akhirnya terlaksana jua sebagai sebuah program wisata yang boleh dikatakan lancar, Alhamdulillah.
Tidak mampu rasanya melaksanakan program wisata ini tanpa dua orang yang telah bersamaku memerah otak dan tenaga untuk program ini iaitu Nur Khairiyyah dan Nur Hakimah.
Sahabat karibku pula, Mahirah telah membantu dalam proses pendaftaran rumah penginapan di Aloha Changi, khususnya Banglo Cranwell 2 yang terletak di Cranwell Road.
Kesudian Mahirah untuk membuat pendaftaran bagi pihakku memandangkan aku tidak berstatus kakitangan awam, Alhamdulillah telah menyebabkan ongkos penginapan tidak begitu mahal.
Pada asalnya, program wisata ini dijadualkan 4 hari 3 malam tetapi entah mengapa, pengurusan Aloha Changi tidak dapat menyediakan penginapan untuk malam ketiga.
Atas dasar itu, program wisata ini disingkatkan kepada 3 hari 2 malam sahaja.
Pada asalnya juga, kami bertiga telah memilih Banglo Cranwell 1 tetapi sewaktu pendaftaran, Mahirah telah ditetapkan dengan Banglo Cranwell 2.
Alhamdulillah, ternyata Banglo Cranwell 2 lebih molek dan lebih sesuai kerana mempunyai 4 bilik tidur memandangkan jumlah peserta ialah 16 orang sedangkan Banglo Cranwell 1 hanya mempunyai 3 bilik tidur.
Alhamdulillah, terima kasih sistem pendaftaran!
15 orang adik-adik Akademi Pengajian Melayu ini terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki iaitu Abu Bakar, Awg Azhar, Ahmad Nazif, Kamarulzaman dan Zakaria manakala 10 orang pelajar perempuan ialah Fauziah (Jee), Nur Hanim, Nor Azreen (Yeyen), Khadijah (Nini), Rubiah (Ruby), Nadia, Hidayatul Hajar, Sarah Najwa, Wan Nur Nadiah dan Waheda.
Syamimi meskipun bukan dari Akademi Pengajian Melayu, merupakan rakan sebilik dan kawan rapat Yeyen, Nini dan Ruby di Kolej 11.
Aku selaku pengurus program wisata ini telah menginap di Banglo Cranwell 2 bersama dengan mereka.
Aku sekamar serta sekatil dengan Nadia dan Hidayatul Hajar.
Secara peribadi, antara perkara yang membahagiakan diriku adalah kemesraan yang terjalin antara kami bak sebuah keluarga terutama sekali apabila duduk sebumbung meskipun hanya 2 malam dan tatkala kami duduk bersembang.
Rindu akan suasana itu.
Bersembang bak keluarga ketika kami makan kiriman Mc Donalds.
Bersembang bak keluarga ketika kami makan sarapan.
Seronok bukan andai mempunyai keluarga besar yang rukun dan harmoni... pada masa hadapan?
Impian yang entah ya entah tidak akan menjadi kenyataan pada masa hadapan.
Ternyata diriku bahagia walaupun nikmat itu seketika cuma.

Saturday, March 10, 2012
Bahtera Merdeka
Berlatarbelakangkan lagu Bahtera Merdeka yang dimainkan untuk kali ke berapa... entah, hanya Tuhan yang tahu akan resah yang berombak di pantai hati.
Apabila detik waktu tidak pernah berhenti ataupun terhenti apatah lagi tidurku semakin menyingkatkan waktu.
Ibu yang kupanggil 'Emak', ayah yang kupanggil 'Bapak' dan mereka tidak mengerti dan tidak akan pernah mengerti sedangkan aku pun sudah pasrah berserah bahkan tidak lagi meminta mahupun mengharapkan pengertian.
Cukuplah seorang adik yang dihadirkan dalam hidupku dan dia mahu mengerti dan mampu mengerti.
Terima kasih Tuhan atas kurniaan itu.
Ya Allah, sesungguhnya takdir dan waktu yang Engkau tentukan akan semakin menghampiri sedangkan jiwa ini belum bersedia untuk menghadapinya.
Dalam menungku.
Dalam renungku.
Aku masih berentah-entah.
Entah bagaimana?
Bahtera Merdeka akan berlabuh dan akan pasti berlabuh.
Aku akan turun dan aku perlu turun daripada bahtera itu.
Berat hati.
Hanya Tuhan yang tahu.
Mungkinkah Tuhan mengerti?
Barangkali Tuhan sangat mengerti.
Sebab itulah, Dia membuka ruang dan memberi peluang itu untukku walaupun sekadar tiga tahun.
Tiga tahun yang penuh bahagia.
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan.
Entah mengapa...
Entah bagaimana...
Namun sebenarnya, Emak dan Bapaklah yang paling teguh mendoakan kesejahteraanku meskipun mereka tidak mampu mengerti jiwa anak mereka ini.
Huhuhu.

Friday, March 9, 2012
Mood swing
Apakah yang bermain-main dalam fikiranku dan mengusik-usik perasaanku hingga airmataku bergenang meskipun sebelum ini airmataku ini telah pun berlinang di pipi?
Terkenangkan masa lalu, masa kini dan masa hadapan.
Sejak Selasa lalu, aku sudah mula rasa tidak enak badan.
Semalam, mual dan sakit perut.
Hari ini, masih sakit perut.
Sakit orang perempuan.
Emosi terganggu apabila kesakitan tidak tertanggung.
Sesungguhnya, aku sedang mengalami 'mood swing'.

Falsafah
'Umat Islam tidak dapat mengelakkan diri daripada pergeseran dan pertembungan dengan dunia luar. Bahkan umat Islam tidak dapat bersikap memencil diri atau mengunci diri, bagaikan katak di bawah tempurung, tanpa terlibat dalam pergolakan pemikiran daripada pelbagai aliran pendapat.
Firman Allah s.w.t maksudnya:
Maka sampaikanlah khabar gembira kepada hamba-hambaKu; yang mendengar kata-kata (atau pendapat-pendapat), lalu mengikuti (pendapat) yang lebih baik. Mereka itulah orang yang diberikan hidayat oleh Allah.
(Surah Az-Zumar, 39: 17-18)
Ayat ini membayangkan bahawa salah satu daripada sifat seorang hamba Allah yang dikasihi ialah yang mendengar segala pendapat, lalu mengambil yang lebih baik daripadanya. Itulah tanda hidayat Allah kepadanya. Untuk mencapai pendapat atau kata-kata yang terbaik itu sudah pasti memerlukan kepada tiga usaha:
Pertama: Memahami dan menguasai pendapat-pendapat daripada pelbagai aliran tersebut bukan sahaja setakat taraf yang setanding, tetapi biarlah lebih daripada mereka yang ahli dalam bidang tersebut.
Kedua: Menganalisis, membanding dan menilai secara kritik dan ilmiah.
Ketiga: Mempunyai tali ukuran atau neraca timbangan yang benar dan hak.
Dengan ketiga-tiga ciri itu maka dapatlah kita mengambil pendapat yang terbaik dan segala pendapat yang wujud sebagai satu keputusan untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kita.
Islam tetap terdedah kepada pelbagai pendapat dan fikiran daripada pelbagai aliran dan ideologi. Umat Islam tidak akan dapat memencilkan diri atau mengasingkan diri, tanpa mengambil hirau tentang pergolakan pemikiran dan ideologi. Arus pergolakan pemikiran dan ideologi tetap akan melanda umat Islam, yang terpaksa dihadapi, dialami dan diterimanya. Landaan arus pemikiran dan ideologi ini menyebabkan pertembungan dan pergeseran. Dalam keadaan ini umat Islam pastilah sedar dengan penuh keinsafan dalam dua sumber ilmu:
Pertama: Ilmu al-Quran
Kedua: Ilmu al-Bayan
Dengan memahami secara mendalam akan ilmu Al Quran sebagai tali ukuran atau neraca penimbang yang hak dan mutlak, juga memahami secara mendalam ilmu al-Bayan, terutama dalam bidang pemikiran dan ideologi daripada pelbagai aliran dan trennya yang dikemukakan oleh manusia daripada pelbagai bangsa, agama dan kebudayaannya, maka umat Islam dapat menganalisis, menilai dan membuat perbandingan, sebelum mengeluarkan satu pendekatan tersendiri yang lebih sesuai dengan roh keIslaman, atau lebih tepat dengan acuan Allah dalam al-Quran.'
(Dipetik daripada buku Falsafah Pendidikan Islam, halaman 164-165.)

Thursday, March 8, 2012
Dan pusara ini menjadi bukti
Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Pelbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Dan pusara ini menjadi bukti
Menuju destinasi
Pelbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Dan pusara ini menjadi bukti
Thursday, March 1, 2012
Demam & Geram
Masih demam meskipun suhu badan tidak begitu panas.
Sudah demam sejak Ahad lalu.
Sejak itu, kepanasan suhu badan datang dan pergi.
9 biji panadol telah ditelan sejauh ini.
Sedang geram meskipun tidak segeram semalam dan pagi tadi.
Semoga geram ini tidak berpanjangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)