ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, November 18, 2012
Suatu masa dahulu: Novel untuk mata pelajaran Sastera (Inggeris)
The War With Grandpa adalah novel yang telah ditentukan untuk mata pelajaran Sastera (Inggeris) ketika aku berada dalam menengah satu. Cerita yang menarik tentang emosi tidak puas hati seorang remaja lelaki yang perlu berpindah daripada biliknya semata-mata untuk datuknya. Pengorbanan yang tidak mampu dilakukan dengan keikhlasan telah menyebabkan dia berdendam dengan datuknya. Maka, tercetuslah konflik demi konflik ketika mereka tinggal sebumbung.
***** Tahniah kepada penulis atas novel yang bagus dan menarik ini!
Charlotte's Web adalah novel yang telah ditetapkan untuk mata pelajaran Sastera (Inggeris) ketika aku berada dalam menengah dua. Cerita yang menarik tentang persahabatan antara seekor khinzir dan seekor labah-labah. Dalam usaha menyelamatkan nyawa si khinzir daripada disembelih, si labah-labah telah menghulurkan pertolongan yang kreatif (meskipun tidak logik) iaitu mencipta kata-kata positif hari demi hari tentang si khinzir di sarang labah-labahnya. Maka, terselamatlah si khinzir daripada disembelih kerana peristiwa yang luarbiasa itu telah menyebabkan masyarakat memberi perhatian kepada si khinzir.
*** Tahniah kepada penulis atas novel ini!
Saturday, November 10, 2012
Penantian - Zubir Ali
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
(Aku mainkan lagu ini setelah beberapa kali menonton klip video di Youtube yang memaparkan dendangan Raju Azura (K E), Salleh Yaakob (S Y) dan Khairil Rashid (Krill) iaitu tiga orang deejay Sinar FM yang ketika itu sedang bersama dengan Ajek Hassan di dalam konti. Aku pun tidak pasti siapa Ajek Hassan. Walau apa pun, dia mempunyai suara yang lunak dan boleh bermain gitar. Keletah ketiga-tiga deejay dengan sumbangan mereka ternyata tidak mengecewakan bahkan menghiburkan hati.
Kemudian, aku dengar lagu ini yang dinyanyikan oleh Zubir Ali menerusi klip video di Youtube. Lagu yang indah. Meskipun kesayuan, ada ketenangan pada lagu ini.
Beberapa ketika yang lalu, aku pernah menonton klip video di Youtube yang memaparkan Siti Nurhaliza di atas pentas mendendangkan lagu Penantian yang mengasyikkan ini.
Saksikan ketiga-tiga klip video ini yang kupaparkan dalam posku kali ini.)
Wednesday, November 7, 2012
takut
Sama ada aku harus memilih atau mencari teman hidup, satu ciri yang jarang kutemui meskipun pernah bertemu dengan insan yang memilikinya ialah ciri ini.... takut.
Takut bukan bermaksud penakut.
Apakah yang dimaksudkan dengan takut?
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1578 - 1579), perkataan 'takut' ditakrif seperti berikut:
(1) gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yang dianggap boleh membahayakan diri
(2) berasa segan dan hormat, takwa
(3) berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah
(4) tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut
Takut yang bertunjangkan tauhid bukanlah takut yang memperlihatkan sisi negatif melainkan takut yang menjangkau jauh hingga ke masa hadapan ketika perlu menghadapkan diri kepada Pencipta dan Pemilik seluruh alam semesta.
Hinggakan gentar, gerun dan ngeri menghadapi hidup yang diinsafi penuh dengan tanggungjawab.
Lantas, jika tidak menjalankan tanggungjawab itu sepanjang hidup di sini, kelak di sana bahaya pula akan menimpa diri.
Mana mungkin tidak bimbang, ragu-ragu, khuatir dan gelisah andai tanggungjawab tidak ditunaikan dengan sepenuh hati dan sesungguh hati.
Sanggupkah menghadapi bahaya dan menanggung derita di sana kelak?
Beranikah kita?
Pasti kecut bukan?
Namun, apabila soal takut yang bertunjangkan tauhid ini tidak dibincangkan dan tidak diperingatkan, maka soal takut yang bertunjangkan tauhid ini tidak akan menyinggahi minda dan perasaan.
Sedangkan dalam melaksanakan apa jua tanggungjawab, andai tanpa rasa takut bertunjangkan tauhid, di situlah terlihat hasil yang mengecewakan.
Anak yang tidak mempedulikan nasib ibu bapanya.
Abang yang tidak mengurus keperluan adik-adiknya.
Adik yang tidak memberi perhatian kepada anggota keluarganya yang lain.
Suami yang tidak memimpin isteri agar takut kepada Pencipta.
Ayah yang tidak membentuk pemikiran dan perilaku agar anak-anaknya berperibadi.
Individu yang tidak menjaga diri demi memperhambakan diri kepada Pencipta.
Sebelum aku mempersoalkan tentang takut dalam diri orang lain, aku perlu menyoal diriku sendiri terlebih dahulu....
Apakah aku takut?
Takut bertunjangkan tauhid dalam melaksanakan tanggungjawabku.
Apakah hatimu takut wahai Nuraini?
Renung-renungkanlah setiap satu perkara yang dilakukan sepanjang hari sejurus celik matamu dan sebelum terlena.
Sepanjang hari, sepanjang bulan, sepanjang tahun, sepanjang hidup....
Takutkah aku?
Sebelum aku memilih atau mencari teman hidup yang punyai ciri takut, aku perlu terlebih dahulu menemukan dalam diriku sendiri dan berusaha memilikinya iaitu... takut.
Takut bertunjangkan tauhid.
Segan untuk berbuat sesuka hati sedangkan Dia Maha Memerhati.
Hormat setiap perintah dan laranganNya kerana hidup ini milik Dia sepenuhnya.
Aku belum sebenar-benar takut.

Kepala yang berat. Hati yang berat.
Bangkit daripada tidur dengan kepala yang berat.
Haruskah aku ke klinik?
Aku fikir aku perlu ke klinik.
Aku fikir aku ingin berehat dengan mengambil cuti sakit.
Namun setelah difikir-fikirkan, aku fikir aku perlu gagahkan diri untuk ke tempat kerja.
Setelah aku mandi, kepala yang berat kian ringan.
Aku ke tempat kerja jua dengan hati yang berat.
Walaupun cuti sekolah bagi pelajar sudah bermula, guru-guru perlu melaporkan diri pada jam 8 pagi dan dibenarkan pulang pada jam 12 tengah hari.
Reviu kerja perlu dilaksanakan.
Mesyuarat-mesyuarat perlu dihadiri.
Kursus-kursus perlu dijalani.
Aktiviti ko-kurikulum perlu diselenggarakan.
Bahan pengajaran dan pembelajaran bagi jabatan perlu dikemas dan disusun.
Begitulah hingga kerja-kerja lain pula akan menyusul pada 16hb dengan 'Home Coming Dinner' dan 22hb - 24hb Nov dengan 'School Open House'.
Beratkah?
Bukan kerja yang berat tetapi .............. sendiri mahu ingat!
Dalam hidup, kita perlu bekerja!
Tidak kira sama ada kepala yang berat atau hati yang berat sekalipun kerja yang berat!
Seluruh jasad bagaikan telah terikat dengan tanggungjawab ini.

Monday, November 5, 2012
Annisa: Perempuan Berkalung Sorban
Nisa mahu kuliah! Bukan nikah!
Syurga menurut janji Allah ada di bawah telapak kaki kita.... perempuan.
Mahu jadi apa pun kalian nanti, pilihlah jalan Allah dengan rasa bebas.
Kita adalah perempuan yang hidup dalam kondisi yang tidak seimbang.
Aku mainkan trailer Perempuan Berkalung Sorban ini berulang-ulang kali untuk membakar semangatku.
Mana mungkin air mata ini tidak mengalir menyaksikan penderitaan dan perjuangan hidup seorang Annisa sejak dari kecil hinggalah menjadi janda buat kali kedua dengan status ibu tunggal.
Bahagia hanya mengetuk pintu hatinya dan bertamu di kamar hatinya buat seketika.
Namun, dia terus hidup dengan nyalaan semangat yang membakar untuk terus memilih jalan Allah dengan rasa bebas meskipun hidup tidak berpihak kepadanya dalam banyak perkara.
Subhanallah.
Semoga wanita seperti Annisa dipandang Allah dengan penuh belas kasihan serta kasih sayang yang berlimpahan.
Sunday, November 4, 2012
Antara Cinta Dengan Cemburu
Antara cinta dengan cemburu.
Berdasarkan pengalaman sendiri, maka benarlah bahawa seorang wanita sanggup menyembunyikan rasa cintanya terhadap seorang lelaki untuk bertahun-tahun lamanya.
Berdasarkan pengalaman sendiri juga, maka benarlah juga bahawa seorang wanita tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya terhadap lelaki yang dicintainya walau sesaat sekalipun.
Cinta ibarat bangunan yang memerlukan masa untuk dibina manakala cemburu laksana tsunami yang mampu meruntuhkan dalam sekelip mata.
Atas dasar itu, rasa cinta kepada seorang lelaki perlu didasari dengan rasa cinta kepada Pemilik Cinta agar rasa cinta itu dapat dikendalikan.
Manakala rasa cemburu yang melanda apabila menyaksikan lelaki yang dicintai memberi perhatian kepada wanita lain atau mendapat perhatian daripada wanita lain pula perlu didasari dengan rasa ......
Hmm.
Sejujurnya, aku pun tidak tahu apakah jawapan yang tepat bagi mengendalikan rasa cemburu seorang wanita kerana aku adalah seorang wanita.
Wednesday, October 31, 2012
Seni Muzik Melayu Tradisi: Gong
Definisi
Gong
Gong berdasarkan pengetahuan penulis ialah
sejenis alat bunyian jenis idiofon yang wujud sejak zaman Melayu tradisi.
Namun, definisi yang lebih tepat tentang gong hendaklah berdasarkan rujukan
yang autentik. Lantas, tiga buah kamus, sebuah ensiklopedia dan lima orang tokoh telah
dirujuk untuk mendapatkan definisi atau pengertian tentang gong.
Kamus Lengkap (1990: 310) telah mentakrif gong sebagai sejenis alat bunyian seperti talam besar yang dibuat daripada logam dan dipukul untuk dibunyikan. Selain daripada itu, Kamus Besar Bahasa Melayu (2002: 552) pula menyenaraikan beberapa nama lain untuk gong iaitu canang besar, mungmungan, kemung dan kenung manakala gong kecil pula diberi nama canang, bende, bendir, mungmung, tawak-tawak, celempong, telempong dan geloneng.
Rahmah Bujang (2008: 59-60) dalam
‘Glosari Kesenian Melayu: Seni Visual & Seni Persembahan’ memerikan gong
sebagai alat muzik tabuh jenis idiofon yang diperbuat daripada logam. Rahmah
Bujang menggambarkan gong seperti mangkuk besar leper yang dalam dan mempunyai
cembul di bahagian tengahnya sebagai tempat yang akan dipalu. Menurut Rahmah
Bujang lagi, gong dimainkan sebagai alat muzik yang menandakan tamat sesuatu
sikuan atau frasa lagu.
Aliman Hassan (2007: 33) pula merakamkan tentang dua jenis saiz gong iaitu gong besar dan gong kecil dalam buku beliau ‘Sanggan Budaya’. Menurut Aliman Hassan lagi, gong diperbuat daripada gangsa yang dicampur timah manakala gong besar diperbuat daripada tembaga kuning. Di tengah-tengah gong ditonjolkan sedikit (timbul) untuk dipalu bagi mengeluarkan bunyi. Gong digantung agar bunyinya berdengung.
Seorang pemblog[1] iaitu Syed Mahadzir Syed Ibrahim telah merakamkan kajian beliau tentang satu lagi jenis gong yang dikenali sebagai tetawak. Aliman Hassan (2007: 33) pula menyebut tawak-tawak. Menurut pemblog, tetawak biasanya digantung dan bahagian busut pada tetawak itulah yang dipalu. Tetawak dipalu untuk mendapatkan perhatian masyarakat kampung sekiranya berlaku kejadian-kejadian tertentu di dalam kampung seperti hal kematian, hal pencerobohan atau panggilan untuk bergotong-royong.
Pada awalnya, gong tidak digunakan sebagai alat muzik melainkan sekadar sebagai talam untuk mengisi air agar kegiatan mencuci dapat dijalankan. Begitulah yang tercatat dalam buku yang ditulis oleh James Blades (1971: 93)
Namun, penggunaan gong menjangkau lebih daripada
sebuah talam besar untuk kegiatan mencuci apabila potensi gong sebagai alat
bunyian dikenal pasti. Ternyata gong yang berbentuk seperti mangkuk besar dan
mempunyai kedalaman mampu menghasilkan bunyi yang berkualiti. Begitu juga
dengan permukaan gong yang melengkung. Semakin mendalam dan semakin melengkung
sesebuah gong, semakin jauh gelombang bunyi yang mampu merambat di udara. Dari
aspek saiz gong pula, lebih besar sesebuah gong yang dipukul, lebih rendah nada
yang dihasilkan. Manakala gong yang lebih kecil saiznya pula akan menghasilkan
nada yang lebih tinggi.
Kamus Lengkap (1990: 310) telah mentakrif gong sebagai sejenis alat bunyian seperti talam besar yang dibuat daripada logam dan dipukul untuk dibunyikan. Selain daripada itu, Kamus Besar Bahasa Melayu (2002: 552) pula menyenaraikan beberapa nama lain untuk gong iaitu canang besar, mungmungan, kemung dan kenung manakala gong kecil pula diberi nama canang, bende, bendir, mungmung, tawak-tawak, celempong, telempong dan geloneng.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 481)
mendefinisikan gong sebagai canang besar atau sejenis alat bunyi-bunyian
daripada logam yang bertombol dan dibunyikan dengan dipalu. Kamus Dewan Edisi
Keempat turut merakamkan fungsi dua jenis gong iaitu gong pelaung dan gong
pengerah. Gong pelaung berfungsi sebagai gong yang dibunyikan untuk memanggil
manakala gong pengerah pula berfungsi sebagai gong untuk menghimpunkan atau
mengerahkan askar-askar, pekerja-pekerja dan lain-lain. Ternyata, gong bukan
sekadar sejenis alat muzik Melayu tradisi. Sebenarnya, gong mempunyai fungsi sosial
yang cukup penting. Fungsi sosial yang dimaksudkan adalah menarik dan
mendapatkan perhatian golongan tertentu dengan tujuan tertentu pada waktu
tertentu.
Sebuah ensiklopedia berjudul
‘Encyclopedia of Percussion’ oleh John H Beck (2007: 33) menyenaraikan tujuh
belas jenis gong. Pada dasarnya, gong diperikan sebagai alat perkusi berbentuk
bulat dan diperbuat daripada logam. Namun, terdapat gong yang leper, melengkung
atau berbonjol. Gong tentunya akan digantung dan dipalu pada bahagian tengah
dengan pemukul gong yang lembut permukaannya. Deskripsi yang diberikan oleh
John H Beck terakam seperti berikut
“Gong is a circular metal percussion disk
having a definite or indefinite pitch. It may be flat, curved, have a central
boss, curved or flat edges, is hung vertically, and is hit in the center by a
soft beater.”
Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (1999:
10) dalam ‘Pengantar Muzik Malaysia’ menyenaraikan dua jenis going iaitu gong
berbonggol yang digantung dan gong yang disusun secara mendatar dalam rak kayu.
Kedua-dua jenis gong ini adalah di antara alat-alat muzik yang terdapat dalam
gamelan Jawa iaitu sejenis muzik yang mengiringi seni lakon Melayu tradisi
iaitu wayang kulit Jawa. Gong-gong berbonggol yang digantung dikenali sebagai gong
agung, gong suwukan dan kempul manakala gong-gong yang disusun secara mendatar
dalam rak kayu dikenali sebagai ketuk, kenong dan bonang. Lantas, dapat
dibezakan secara langsung bahawa terdapat dua jenis gong yang dimainkan dalam
gamelan Jawa. Perbezaan ini dapat dikenal pasti hanya dengan
melihat kedudukan gong itu sendiri sama ada yang digantung atau diletakkan
secara mendatar.
Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (1997:
8) pula dalam ‘Muzik Malaysia :
Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik’ mendeskripsikan alat-alat orkestra wayang
Jawa yang terdiri daripada beberapa gong gangsa. Gong gangsa yang dimaksudkan
ialah tetawak, mong dan canang. Selain daripada wayang Kulit Jawa dan wayang
Jawa, Patricia Matusky dan Tan Sooi Beng (1997: 7) juga telah menyatakan
tentang penggunaan ‘gong-chime’ atau mong dalam wayang gedek iaitu sejenis
wayang kulit yang berasal dari Thai. ‘Gong-chime’ atau mong dikatakan terdiri
daripada dua gong berbonggol yang diletak mendatar dalam sebuah kotak kayu. Sebenarnya,
instrumen mong yang dimainkan dalam orkestra wayang Jawa dan instrumen ‘gong-chime’
atau mong dalam orkestra wayang gedek merujuk kepada instrumen bonang dalam
orkestra wayang kulit Jawa.
Aliman Hassan (2007: 33) pula merakamkan tentang dua jenis saiz gong iaitu gong besar dan gong kecil dalam buku beliau ‘Sanggan Budaya’. Menurut Aliman Hassan lagi, gong diperbuat daripada gangsa yang dicampur timah manakala gong besar diperbuat daripada tembaga kuning. Di tengah-tengah gong ditonjolkan sedikit (timbul) untuk dipalu bagi mengeluarkan bunyi. Gong digantung agar bunyinya berdengung.
Seorang pemblog[1] iaitu Syed Mahadzir Syed Ibrahim telah merakamkan kajian beliau tentang satu lagi jenis gong yang dikenali sebagai tetawak. Aliman Hassan (2007: 33) pula menyebut tawak-tawak. Menurut pemblog, tetawak biasanya digantung dan bahagian busut pada tetawak itulah yang dipalu. Tetawak dipalu untuk mendapatkan perhatian masyarakat kampung sekiranya berlaku kejadian-kejadian tertentu di dalam kampung seperti hal kematian, hal pencerobohan atau panggilan untuk bergotong-royong.
Latar
Belakang Ringkas Tentang Gong
Gong merupakan sebuah alat bunyian yang
ditemui kebanyakannya di Asia Tenggara. Gong mula-mula diketahui kewujudannya
di tanah besar Cina pada abad ke-6. Namun, gong yang ditemui seawal itu
berbentuk leper seperti talam yang diperbuat daripada gangsa. Kemudian, gong
dicipta seperti bentuk mangkuk besar dan mendalam. Permukaan gong melengkung
dan berbonjol di tengah. Pemerian tentang gong yang paling awal ditemui telah
dirakam dalam buku ‘Musical
Instruments Of The World’ oleh Ruth Midgely (1997: 106) seperti berikut
“Found most commonly in Southeast Asia, the
gong was known in China
in the 6th century AD. The earliest examples were flat bronze plates
although many later gongs have a bulging surface or a raised central boss.”
Pada awalnya, gong tidak digunakan sebagai alat muzik melainkan sekadar sebagai talam untuk mengisi air agar kegiatan mencuci dapat dijalankan. Begitulah yang tercatat dalam buku yang ditulis oleh James Blades (1971: 93)
“‘The lo or what
the Javanese in imitation of the sound call a gong, was at first nothing more
than a platter for washing, or other similar purposes.”
[1] Dipetik
daripada http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2010/11/kajian-budaya-iv.html
pada 13 Februari 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)