Sunday, June 9, 2013

Minggu pertama Jun 2013: Hanya Tuhan yang tahu

3 Jun (Isnin): Merangka jalan cerita bersama pelajar LB meskipun jalan cerita dan skrip telah aku rangkakan sehari sebelum sebagai alternatif seandainya pelajar LB tidak menghasilkan jalan cerita yang menarik. Pelajar LB melukis papan cerita. Hanya Tuhan yang tahu perasaan sebenar tentang betapa aku tidak .... Aku menyelesaikan skrip untuk pelajar LB pada malamnya.

4 Jun (Selasa): Mengimbangi masa antara mesyuarat jabatan, perfileman LB dan kem pancaragam. Akhirnya, tumpuanku terarah kepada perfileman dan kem manakala mesyuarat terpaksa aku tinggalkan separuh jalan. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku terkejar-kejar antara tiga tanggungjawab ini.

5 Jun (Rabu): Perfileman LB di dalam studio. Tidak sesibuk semalam. Perfileman selesai pada petang ini meskipun jadual yang telah disiapkan melibatkan esok hari. Alhamdulillah.

6 Jun (Khamis): Perkongsian 4 orang pelajar menengah 3 Normal Akademik tentang pembelajaran berdasarkan teknologi di Sekolah Menengah Kranji di sebelah pagi hingga 11 pagi. Pelibatan 5 orang pelajar menengah 2 Normal Akademik di Taman Warisan di sebelah tengah hari hingga 4 petang. Perlukah aku tergesa-gesa? Hanya Tuhan yang tahu perasaanku tentang .... Aku sempat ke pejabat First Coach untuk mendapatkan tiket koc ke KL, kemudian ke Hospital Raffles untuk menghantar surat doktor dan akhirnya ke Wayan Retreat dengan hasrat untuk mendapatkan khidmat spa sementara menunggu program JB selesai.

7 Jun (Jumaat): Penyuntingan filem pendek LB di studio sekolah. Dokumen untuk tuntutan bayaran Maxi Cab bagi kedua-dua program yang melibatkan aku semalam telah aku lengkapi dan serahkan ke pejabat am. Pertemuan dengan guru senior berkaitan dengan tugas dan tanggungjawabku yang terbaru.

Hanya Tuhan yang tahu betapa minggu pertama dalam bulan Jun ini merupakan cabaran yang menduga perasaan. Bahkan aku semakin patah hati dan putus asa. Namun berkat doa mereka yang memahami, mengasihani dan mendoakanku, Tuhan benar-benar telah mempermudahkan urusanku sepanjang minggu ini meskipun tidak dinafikan, perasaan yang negatif bersarang di dalam hati.

Hanya Tuhan yang tahu perasaanku dan perasaan sebenarku.

Antara perkara paling menarik yang aku nikmati ialah pengalaman berada di dalam Wayan Retreat. Aku disambut baik oleh gadis bernama Shasha yang melayaniku dengan ramah dan baik sekali. Kini, aku mendapat tahu bahawa pemilikan dan pengurusan Wayan Retreat telah bertukar tangan daripada Siti Suhaila Ong kepada wanita lain. Aku senang dengan personaliti Shasha. Semoga impianku untuk memiliki dan mengurus spaku sendiri akan tertunai suatu hari nanti. :) Inshaa Allah.

Antara perkara yang aku syukuri adalah aku dapat melarikan diri daripada seorang insan yang berada di dalam auditorium Taman Warisan. Alhamdulillah.

Antara perkara yang paling aku syukuri adalah aku menerima mesej yang aku harap-harapkan tetapi tidak aku duga setelah meninggalkan sekolah pada tengah hari Jumaat. Mesej yang menggembirakan hati dan wajar aku syukuri. Subhanallah.

Terima kasih Tuhan atas segala nikmatMu kepadaku. Dalam cabaran yang besar dan ujian yang berat, ada pertolongan dan keringanan daripadaMu untukku hambaMu yang mudah tertekan dan kerap berprasangka.

Sunday, June 2, 2013

Antara Rajuk Dan Pujuk, Antara Marah Dan Sayang, Antara Kecil Hati Dan Ambil Berat

Aku menemui sebuah filem pendek yang ternyata amat menarik dan cukup realistik.

Amat menarik kerana filem pendek itu memaparkan percintaan dan kasih sayang sepasang suami isteri yang sudah berusia.

Cukup realistik kerana emosi dan ekspresi dalam filem pendek itu menggambarkan kehidupan sehari-hari sepasang suami isteri yang bersilih ganti antara rajuk dan pujuk, marah dan sayang, kecil hati dan ambil berat....

Subhanallah.

Tersentuh perasaanku menonton filem pendek ini yang berkisar tentang percintaan dan kasih sayang sepasang suami isteri yang tetap teguh dan sentiasa setia hingga ke usia tua.




Saturday, May 25, 2013

Kini aku akui bahawa....

Puas aku menangis.

Puas juga aku mengingatkan diri bahawa aku tidak perlu menangis lagi.

Puas juga aku menahan diri daripada menangis.

Puas juga aku melatih diri agar tidak mudah terpukul dengan ombak emosi agar aku tidak ternangis.

Puas juga aku keraskan hati dan bekukan perasaan daripada menangis.

Dalam kehidupan seharianku kini yang tidak lagi diakhiri dengan tangisan dan tidak lagi dimulai dengan tangisan, hidup aku ini aku teruskan tanpa menangis.

Kalau dahulu aku menganggap diriku lemah kerana mudah menangis.

Kini aku akui bahawa diriku masih tetap lemah meskipun tidak lagi menangis.

Berhenti Berharap

Aku tidak dapat menghindari daripada perasaan putus asa.

Aku tidak dapat mengelak daripada perasaan patah hati.

Langkah kakiku yang longlai ini tetap terpaksa aku teruskan kerana aku benar-benar tidak ada pilihan lain.

Berhenti berharap.

Monday, May 6, 2013

Didicazli: Dambaan

Sebuah lagu yang romantis daripada Didicazli.

Dambaan.



Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa

Bertahun handai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa tika bersama
Semakin berputik perasaan ini

Kini baru kusedari
Selama ini kau kusayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang kurasa

Mungkin tiada kufahami
Tidak dapat kunafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta

Kini baru kusedari
Selama ini kau kusayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang kurasa

Mungkin tiada kufahami
Tidak dapat kunafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri

Ikhlas kunyatakan
Kau yang kusayangi
Kau yang kucintai
Walau tak mampu kumiliki

Ingin kuluahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

Sunday, May 5, 2013

Sejauh 8 episod Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua

Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua.

Setelah menonton episod ke-8, bukan Norish Karman lagi yang aku tafsir akan menjulang kejuaraan.

Bakat memasak beliau tidak menyerlah.

Walaupun pada awalnya, aku kagum dengan bakat kepimpinannya ketika beliau menjadi ketua kumpulan, akhirnya aku bertukar fikiran.

Aku kecewa apabila beliau mengadu kepada Masterchef bahawa beliau tidak dibantu sedangkan beliau seharusnya terlebih dahulu meluahkan masalah itu kepada ketua kumpulan iaitu Kencana Dewi.

Kecewa dengan sikap Norish Karman yang suatu masa dahulu pernah menyatakan bahawa menjaga hati insan itu perkara yang penting.

Begitu juga aku kecewa dengan Rozita Che Wan yang berhasrat untuk ikut keluar sang kekasihnya dengan alasan 'sehati sejiwa' sedangkan sudah terang lagi bersuluh, sang kekasihnya itu hanya mengikut perasaan sewaktu bertelingkah dengan Masterchef.

Mungkin silap Masterchef kerana mengomel kepada sang kekasihnya itu.

Namun, Masterchef adalah guru yang sedang mengajar dan boleh diibaratkan bapa yang sedang membimbing.

Tidak ada sebab untuk beremosi sebegitu rupa kepada seorang guru yang bertauliah dan seorang bapa yang jauh lebih tua.

Kecewa dengan sikap sang kekasih Rozita Che Wan.

Wednesday, May 1, 2013

Episod keempat Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua: 'STRESSFUL' dan 'sweet'

Aku sedang menonton Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua melalui lelaman Dailymotion.

Pada ketika ini, aku sedang menonton episod keempat apabila 5 daripada 9 anggota kumpulan merah sedang menjalani ujian penyingkiran.

Episod keempat boleh dikatakan 'stressful' dan 'sweet' kerana Selena diminta untuk memilih hanya 5 orang anggota sahaja untuk ujian penyingkiran.

Pak Nil memandang wajah Selena yang pada ketika itu sedang tertekan.

Pak Nil melangkah ke hadapan secara sukarela untuk 'menyerahkan diri'.

Beliau cukup 'gentleman' kerana ikhlas menyanggupi ujian penyingkiran ini.

4 orang anggota lain juga turut menyenaraikan dirinya untuk memakai apron hitam.

Kini, masakan Pak Nil sedang dirasai.

Kini, hanya tinggal Pak Nil dan Keroz yang belum diumumkan sebagai anggota yang terpilih lulus ujian ini.

Kini, pengat Pak Nil diumumkan sebagai antara pengat yang terbaik.

Berdasarkan 4 episod ini, aku dapat tafsirkan Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua mungkin akan dijulang oleh Norish Karman setelah Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama dijulang oleh Dr Fazley.

Namun, bakat memasak setiap anggota MSM musim kedua belum begitu menyerlah sejauh ini.