Monday, July 22, 2013

pertemuan kedua dengan mereka untuk meraikan Andrian dan Ruzhaimie pada 20 Julai 2013

Mereka telah berkumpul lebih kurang pada jam 5 petang untuk berbuka bersama-sama di Restoran Spize, Simpang Bedok.

 Dari kiri: Ruzhaimie, Asrie dan Andrian
 

Dari kiri: Salman, Izrafel dan Zulhadi
 
Dari kiri: Putra Farhan Shah, Shardad dan Syaaban

Dari kanan: Hakeem, Hasif dan Danial

Dari kanan: Daniel Rizky, Faisal dan Irsyad

Dari kanan: Azirah, Syahrain, Hijanah dan diriku

Amirah dan diriku

Ruzhaimie menginjak 17 tahun pada 18 Julai 2013 manakala Andrian menginjak 17 tahun pada 20 Julai 2013.



pertemuan pertama dengan mereka untuk meraikan Irsyad pada 13 Julai 2013


Di sisiku: Aliah, Raziaze dan Azirah


Di sisiku: Salman, Zulhadi, Andrian dan Faisal

Kami bertemu untuk membuat kejutan hari istimewa Irsyad yang mencecah 17 tahun pada 13 Julai 2013.

Ternyata Irsyad terkejut hingga menggeletar tangannya.


Sewaktu beliau kecil, aku terlalu sayang kepadanya hingga aku memaklumkan di dalam kelas bahawa Irsyad 'anak saya'.

Apakan tidak, Irsyad terlalu comel sewaktu zaman kanak-kanaknya.

Keletahnya yang comel sewaktu dia seorang kanak-kanak benar-benar membuat aku rindu.

Aku menjadi guru bahasa Melayunya pada tahun 2005 dan 2006 sewaktu dia dalam darjah 3 dan 4.

Kini, Irsyad seorang remaja.

Bukan lagi kanak-kanak.

Bukan sahaja Irsyad tetapi setiap anak didikku dalam Dimensi Keempat telah menginjak remaja.


Kek istimewa sempena hari istimewa untuk insan istimewa.


Semoga 'anak saya', Irsyad senantiasa dalam petunjuk dan bimbingan Allah yang Maha Baik dan Maha Pengasih.

pelakon perempuan yang TIDAK aku minati

tiga orang pelakon perempuan yang TIDAK aku minati ialah

 





Friday, July 19, 2013

naurah bererti bunga




naurah dalam bahasa Arab bererti bunga dalam bahasa Melayu

naurah adalah nama samaranku

naurah adalah nama yang aku impikan untuk cahaya mataku

namaku nuraini dalam bahasa Arab bermakna cahaya mataku dalam bahasa Melayu

cahaya mataku yang difahami sebagai kata majmuk maksud kiasan boleh merujuk kepada anakku atau zuriatku

sebenarnya nama yang didaftarkan di sijil kelahiranku ialah noraini tetapi setelah aku mengetahui bahawa ejaan nama yang sebenar mengikut lafaz huruf dalam bahasa arab ialah nuraini, maka aku lebih menyenangi nama nuraini meskipun aku tetap mengekalkan ejaan nama asalku iaitu noraini dalam kad pengenalan

mungkinkah nuraini akan berpeluang mempunyai naurah?

naurah bererti bunga

Sunday, July 7, 2013

BerDendam dan BerTeduhan Kasih

Cerpen Dendam yang mengetengahkan Along yang berdendam dengan Angah telah mereka baca.

Drama daripada episod ketiga Teduhan Kasih yang mengetengahkan Mon (isteri pertama) dan Along (anak Mon) yang berdendam dengan Saleha (isteri kedua) dan Iffa (anak Saleha) telah mereka tonton.

Respon positif daripada pelajar 1 Normal Akademik dan 2 Normal Akademik.

Alhamdulillah.

Langkah seterusnya ialah menulis karangan naratif mengenai tema dendam.

Thursday, July 4, 2013

BerDealova dengan 2B dalam pertemuan pertama kami

Pada Isnin yang lalu iaitu pertemuan pertama dengan 2B dalam semester ketiga, aku telah memulakan kelas dengan berDealova bersama mereka.

Lirik lagu Dealova aku berikan kepada mereka.

Namun aku telah meniadakan tiga perkataan yang terdiri daripada kata kerja iaitu 'merapuh', 'memuja' dan 'hela'.

Klip video pertama yang dipertontonkan merupakan set induksi bagi mereka agar mereka 'berkenalan' terlebih dahulu dengan lagu Dealova.

Apatah lagi lirik lagu yang disebut oleh Siti Nurhaliza tidak begitu jelas.

Lantas, mereka tidak dapat begitu mengenal pasti perkataan yang dimaksudkan.

Klip video kedua yang dipertontonkan lebih baik kerana lagu Dealova yang dipersembahkan oleh Once itu disertai dengan paparan lirik lagu.

Melalui klip video kedua, mereka dapat mengenal pasti ketiga-tiga perkataan yang ditiadakan.

Alhamdulillah.

Tindak balas mereka terhadap lagu ini baik.

Pengajaran dan pembelajaran kosa kata melalui lagu ternyata berkesan.

Pada halaman sebelah, makna perkataan bagi 'merapuh', 'memuja' dan 'hela' aku berikan kepada mereka.

Tugas mereka adalah memadankan perkataan berikut bagi makna yang tertera.

Setelah membaca contoh ayat bagi ketiga-tiga perkataan untuk memperlihatkan penggunaan perkataan 'merapuh', 'memuja' dan 'menghela', mereka diminta membina sepotong ayat bagi perkataan 'menghela' dan 'memuja' pula.

Kini, hasil kerja mereka ada di sebelah kananku untuk disemak.

Sebelum itu, aku ingin berDealova.


'Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Au ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Kerana langkah merapuh tanpa dirimu
Oh kerana hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawa aku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada

Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi
Dan sepi

Selalu ada
Kau selalu ada
Selalu ada
Kau selalu ada'


Permulaan yang baik bagi pertemuan pertama kami dalam semester ketiga ini.

Mereka berkelakuan baik.

Pengajaran dan pembelajaran pula berjalan dengan baik meskipun mereka tidaklah seratus peratus berdisiplin memandangkan mereka masih saling berbicara pada waktu aku mengajar dan berkumpul sesama sendiri pada waktu mereka harus melengkapkan tugas yang diberi.

Hmmm...

Sunday, June 30, 2013

29 Jun 2012 - 29 Jun 2013

Aku kembali dalam bidang perguruan sebagai seorang guru sekolah menengah pada 29 Jun 2012.

Hari ini iaitu 29 Jun 2013, genaplah setahun aku berada dalam bidang perguruan semula.

Alhamdulillah.

Walaupun perjalananku sebagai seorang guru sekolah menengah boleh dikatakan sukar dan mencabar, aku harus tetap bersabar!

Aku akan tetap belajar dan terus belajar agar menjadi seorang guru sekolah menengah yang berkaliber suatu hari nanti.