Thursday, August 15, 2013

Fashion Story di S3ku


Semenjak menyaksikan Aliya begitu khusyuk bermain permainan di talian tidak kira di Ipad mahupun S3 pada 4 Ogos lalu, aku turut terpanggil untuk mengikut jejak langkah Aliya.

Permainan di talian yang telah aku muat turun di S3ku ialah Fashion Story.

Semenjak aku muat turun permainan di talian ini, tentulah aku semakin prihatin untuk 'mengembangkan bisnesku' walaupun pada hakikatnya, bisnesku ini hanya satu khayalan.


Gambar yang aku muat naik ini bukan daripada butikku tetapi kuambil daripada internet kerana boleh dikatakan, butik ini cantik meskipun tidak banyak pakaian yang dipasarkan.

Aku tertarik dengan warna dinding dan lantai butik ini.

Walau apa pun, aku tertarik dengan permainan di talian yang dikenali sebagai Fashion Story ini.

Sejauh ini, aku sudah mempunyai 8 buah tempat gantung (besi) untuk pakaian, 5 meja empat persegi tepat (putih) untuk kasut, 3 meja empat persegi (hijau) untuk beg, 3 buah bilik persalinan, 1 sofa, 1 jam dinding, 1 pasu bunga selain daripada 2 bentuk dinding iaitu dinding polos berwarna krim dan dinding bercorak 'polkadot' merah dan putih.

Item yang paling menggembirakan aku ialah sofa 3 warna yang aku dapatkan.

Meskipun aku tidak begitu menyukai lantai Mahoganyku, itu sahaja yang mampu aku dapatkan buat masa ini.

Berbuka puasa dan bersolat Maghrib di Masjid Sultan


Pada Ahad, 4 Ogos 2013, aku telah berbuka puasa di Masjid Sultan untuk pertama kali.

Aliya ada bersamaku.

Setelah itu, kami menunaikan solat Maghrib bersama.

Aku tidak menyangka dia ingin menunaikan solat Maghrib bersamaku kerana aku jangkakan dia tidak selesa bersamaku.

Alhamdulillah.

Aku harus pupuk diri aku dengan sifat tanggungjawab.

Sunday, August 4, 2013

Di manakah aku pada 23 Mac 2012?


Jabatan Pengangkutan Jalan (Cawangan Petaling Jaya)


Restoran A&W (Cawangan Petaling Jaya / Taman Jaya)


Pawagam GSC Mid Valley (Panggung ke-7)


Kedai Buku MPH Mid Valley

Ujian lisan peperiksaan peringkat N di sekolah menengah (29 Julai - 6 Ogos)

Ujian lisan bagi peperiksaan peringkat N untuk dua hari pertama dijalankan di Sekolah Menengah Pasir Ris.

Sekolah menengah yang pernah dihadiri Mahirah suatu masa dahulu.

Ujian lisan bagi peperisaan peringkat N untuk hari ketiga hingga hari keenam dijalankan di Sekolah Menengah Dunman.

Sekolah menengah yang pernah dihadiri Shahrin suatu masa dahulu.

Pertama kali berada di kedua-dua sekolah.

Aku asyik membayangkan mereka di sekolah mereka ketika mereka masih remaja.

Apatah lagi, sedikit sebanyak mereka pernah menceritakan tentang zaman remaja mereka kepadaku.

Sekolah menengah yang pernah aku hadiri ialah Sekolah Menengah Bedok South.

Sekolah itu masih wujud namun... tidak lagi di bangunan asal di tapak asal kerana telah berpindah ke bangunan baharu di tapak baharu.

Seandainya aku diberi peluang berada di Sekolah Menengah Bedok South (yang baharu), tentunya tidak ada kenangan yang sama dapat diimbas.

Sekurang-kurangnya Mahirah masih ada premis sekolahnya yang asal untuk diziarahi.

Begitu juga dengan Shahrin yang masih ada premis sekolahnya yang asal untuk dilawati.

Wednesday, July 31, 2013

Monday, July 22, 2013

Antara perkara yang diceritakan oleh Hakeem, Amirah, Salman dan Azirah

Antara perkara yang diceritakan oleh mereka kepadaku tentang suatu masa dahulu sewaktu mereka menjadi pelajarku dan aku menjadi guru bahasa Melayu mereka.

Hakeem: Saya dan Syaiful Bahari hampir bergaduh. Cikgu pun lepaskan buku-buku di tangan. Pergaduhan yang hampir berlaku terhenti.

Amirah: Saya kata Cikgu bodoh. Hijanah beritahu Cikgu tentang perkara itu. Cikgu pinjam pena daripada saya dengan sindiran, "Boleh pinjamkan pena kepada Cikgu yang bodoh."

Salman: Saya kena buang kelas.

Azirah: Kami pernah ke rumah Cikgu untuk buat kek coklat.

perspektif tentang poligami: suami, isteri pertama dan isteri kedua


suami: aku jatuh hati untuk kali kedua dengan seorang wanita yang (lebih) cantik dan (lebih) muda
isteri pertama: sampai hati menduakan aku seorang isteri yang setia dan telah banyak berkorban
isteri kedua: senang hatiku apabila aku dapat hidup berdua setelah sekian lama hidup berseorangan dan kesepian

suami: untuk berpoligami adalah hakku!
isteri pertama: untuk tidak dipoligamikan adalah hakku!
isteri kedua: untuk dibela nasib seorang janda sepertiku melalui poligami adalah hakku!

suami: aku mampu menjadi suami yang adil
isteri pertama: mampukah aku bertahan dibelasah cemburu saban hari?
isteri kedua: aku mampu menjadi isteri yang baik (bahkan lebih baik daripada isteri pertama)

suami: aku tidak layak menjadi nakhoda untuk dua bahtera namun isteri pertamaku yang menganjurkan agar aku berpoligami demi kemaslahatan wanita lain yang memerlukan teman hidup
isteri pertama: aku tidak layak untuk bersikap mementingkan diri bersuamikan seorang lelaki yang bertanggungjawab, beriman dan baik sedangkan wanita lain hidup melara
isteri kedua: aku tidak layak untuk berteduh dalam keluarga poligami ini namun aku akur bahawa aku memerlukan teman sepanjang hidup iaitu suami dan maduku

suami: aku tidak sanggup melukakan hati isteri pertamaku
isteri pertama: aku tidak sanggup melihat institusi poligami yang bertujuan membela nasib wanita dicacatcelakan dengan sikap lelaki yang tidak bertanggungjawab
isteri kedua: aku tidak sanggup meruntuhkan kebahagiaannya namun aku tersentuh dengan keterbukaannya

suami: jujur aku tidak mampu berlaku adil namun aku tetap mencuba demi Allah dan Rasul
isteri pertama: jujur aku tidak mampu untuk tidak cemburu namun aku tetap mencuba demi Allah dan Rasul
isteri kedua: jujur aku tidak mampu untuk tidak berasa memiliki namun aku tetap mencuba demi Allah dan Rasul