ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, May 25, 2014
Tugas seorang ayah bukan sekadar mencari rezeki
Tugas seorang ayah bukanlah sekadar mencari rezeki untuk menampung keluarganya yang terdiri daripada dirinya selaku ketua keluarga, isterinya selaku sayap kiri perjuangannya dan anak-anaknya selaku pelengkap rumahtangganya.
Seorang ayah mempunyai peranan yang amat penting dalam mendidik anak-anak meskipun peranan itu telah distereotaip sebagai peranan utama si isteri atau si ibu kepada anak-anak.
Atas sebab keterbatasan waktu si ayah di rumah kerana perlu keluar bekerja, si ibu diberi tugas sepenuhnya dalam mendidik si anak.
Namun, zaman si ibu mengurus rumahtangga sepenuhnya sekaligus mendidik anak-anak di rumah sudah berlalu.
Zaman ini ialah zaman ibu ayah sama-sama keluar bekerja demi penakatan ekonomi keluarga.
Siapa yang berperanan mendidik si anak apabila kedua-dua si ibu dan si ayah perlu berhempas-pulas mencari rezeki demi menampung keluarga?
Apabila si ibu perlu bekerja, si ibu tidak lagi dapat memainkan peranan mendidik SEPENUHnya kerana sebahagian besar masa si ibu telah dihabiskan di tempat kerja.
Apakah peranan mendidik wajar dipertanggungjawabkan kepada si pembantu rumah yang kebanyakan mereka berasal dari Indonesia atau Filipina?
Si pembantu rumah bukan insan yang melahirkan si anak itu.
Si pembantu rumah mempunyai tugas utama iaitu menguruskan rumah dan bukan tugas penting mendidik anak-anak.
Apakah peranan mendidik wajar dipertanggungjawabkan kepada nenek dan datuk kepada si anak itu kerana sekurang-kurangnya mereka mempunyai pertalian darah?
Seandainya si nenek dan si datuk mempunyai upaya, apa salahnya namun jika mereka tidak berupaya lagi, bagaimana?
Si nenek dan si datuk mempunyai pengalaman dalam mendidik namun usahlah pula mereka dibebankan atau disusah-susahkan dalam hal ehwal pengurusan kerana sisa-sisa usia mereka tidak wajar dihabiskan dengan mengurus cucu-cucu melainkan hanya untuk mendidik cucu-cucu mereka ini.
Usahlah dicampuradukkan tugas mengurus dan tugas mendidik kerana kedua-dua tugas ini berbeza meskipun sama-sama penting.
Sejujurnya, kedua-dua ibu bapa mempunyai peranan yang sama penting untuk mendidik anak-anak.
Bukan sekadar peranan si ibu dan bukan sekadar peranan si ayah.
Kedua-duanya sama penting dan kedua-duanya sama perlu.
Kita tidak harus membincangkan isu ini dengan mengemukakan faktor kuantiti iaitu siapa yang harus menjalankan tugas mendidik atau siapa yang harus LEBIH menjalankan tugas mendidik.
Sebaliknya kita harus memfokuskan faktor kualiti iaitu bagaimana seseorang anak itu harus dididik oleh si ibu dan bagaimana seseorang anak itu harus dididik oleh si bapa dalam situasi zaman ini yang sarat dengan cabaran.
Dalam perbincangan kali ini, cabaran yang diperkatakan ialah keterbatasan waktu memandangkan kedua-dua si ibu dan si ayah keluar bekerja.
Seorang anak lelaki memerlukan sentuhan didikan kedua-dua-dua si ibu dan si ayah yang tentunya berbeza cara dan gaya.
Begitu juga anak perempuan memerlukan sentuhan didikan kedua-dua si ibu dan si ayah yang ternyata berlainan penekanan dan pendekatan.
Lantas, aku kurang bersetuju apabila peranan mendidik hanya dibebankan kepada si ibu semata-mata.
Pada hakikatnya, si ayah harus memikul tanggungjawab ini bersama-sama si ibu demi kebahagiaan keluarga.
Bukankah pepatah Melayu mengingatkan kita bahawa yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul.
24 Mei 2014
2:41 petang
29 Jun 2012 - 29 Jun 2014
29 Jun 2012 merupakan tarikh aku kembali ke bidang pendidikan.
Bukan selaku seorang pendidik di sekolah rendah seperti dahulu tetapi selaku seorang pendidik di sekolah menengah.
Aku sedang menantikan ketibaan tarikh 29 Jun 2014.
Tarikh yang menandakan bahawa sudah genap dua tahun aku bersabar dengan cabaran dalam alam perguruan.
Monday, March 31, 2014
alma mater: Sekolah Menengah Bedok South
Sunday, March 30, 2014
BAPAK yang terlalu selalu memberi
Falsafah hidup seorang BAPAK.
Bukan aku tidak memahami dan mengerti falsafah hidupmu, wahai BAPAK.
Sekian lama telah aku dalami.
Bukan aku tidak bersimpati dan berempati dengan perjalanan hidupmu, wahai BAPAK.
Sekian lama aku tidak sampai hati.
Namun, kepada setiap insan yang kau beri, sebenarnya mereka tidak layak untuk menerima.
Kepada setiap insan yang kau layani dengan sifat murah hati, sebenarnya mereka tidak wajar untuk meminta.
Bukan aku tidak memahami dan mengerti falsafah hidupmu, wahai BAPAK.
Sekian lama telah aku dalami.
Bukan aku tidak bersimpati dan berempati dengan perjalanan hidupmu, wahai BAPAK.
Sekian lama aku tidak sampai hati.
Namun, kepada setiap insan yang kau beri, sebenarnya mereka tidak layak untuk menerima.
Kepada setiap insan yang kau layani dengan sifat murah hati, sebenarnya mereka tidak wajar untuk meminta.
You heard my words...
You heard my words but you did not listen to my emotions.
To listen means to emphatize.
To listen means to understand.
To listen means to love.
If you love, you would have listened.
If you would have listened, I would have not feel worse.
To listen means to emphatize.
To listen means to understand.
To listen means to love.
If you love, you would have listened.
If you would have listened, I would have not feel worse.
Cinta yang pernah bersemi... apakah akan berputik semula?
Mungkinkah Awie dan Erra Fazira ada jodoh... menjadi sepasang suami isteri?
Setelah kini Erra Fazira sudah keseorangan.
Aku yakin Awie masih ada hati untuk Erra Fazira.
Tidak mustahil perasaan cinta yang pernah bersemi antara mereka berdua walaupun tidak sampai ke jinjang pelamin akan berputik semula.
Setelah kini Erra Fazira sudah keseorangan.
Aku yakin Awie masih ada hati untuk Erra Fazira.
Tidak mustahil perasaan cinta yang pernah bersemi antara mereka berdua walaupun tidak sampai ke jinjang pelamin akan berputik semula.
Teater Suara Kita: Erra, Awie dan Ziana
Baru petang ini, aku dapat tahu bahawa sebuah teaterikal Suara Kita yang menggabungkan tiga artis yang menjadi idaman pada zaman 90-an telah dipentaskan awal Mac lalu di Istana Budaya.
Bahkan, kelima-lima filem yang menggabungkan Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain akan diimbas semula melalui teater ini.
Sayang sekali tidak dapat menonton teater ini.
Seandainya aku masih seorang mahasiswi di Universiti Malaya, kemungkinan besar aku akan meluangkan masa untuk menonton teater yang lain daripada lain ini.
Bahkan, kelima-lima filem yang menggabungkan Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain akan diimbas semula melalui teater ini.
Sayang sekali tidak dapat menonton teater ini.
Seandainya aku masih seorang mahasiswi di Universiti Malaya, kemungkinan besar aku akan meluangkan masa untuk menonton teater yang lain daripada lain ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


