Thursday, June 19, 2014

Wanita yang telah gagal dalam rumahtangga kedua mereka

4 orang artis wanita yang aku minati telah gagal dalam rumahtangga kedua mereka. Izinkanku berkongsi klip video pada hari status perceraian mereka ditetapkan.

Rita Rudaini yang jelita bercerai dengan suami kedua pada September 2013.



Erra Fazira yang cantik bercerai dengan suami kedua pada Februari 2014.



Fiza Halim yang anggun bercerai dengan suami kedua pada April 2014.



Abby Abadi yang rupawan bercerai dengan suami kedua pada Jun 2014.



Situasi yang berlainan namun pengakhiran yang sama bagi keempat-empat wanita ini yang dilanda ujian dalam rumahtangga kedua mereka. Semoga keempat-empat wanita ini memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan yang diimpikan.

Cinta pertama Cinta remaja

Cinta pertama yang gagal di tengah jalan berlaku ketika aku menginjak remaja.

Kecewa.

Kesal.

Itulah antara perasaan yang perlu aku tanggung apabila cinta pertama gagal di tengah jalan.

Kecewa itu telah diubati, Insha Allah.

Namun, kesal itu masih membungkam dalam sanubari.

Andai aku mempunyai seorang anak perempuan, sejujurnya aku akan menghalang sekeras-kerasnya dia bercinta dalam usia remaja dengan menceritakan kepadanya tentang kekecewaan yang perlu aku hadapi dan menjelaskan kepadanya tentang kekesalan yang perlu aku alami.

Namun... sebagai seorang ibu yang perlu matang dan memahami jiwa anak remajanya yang ternyata adalah seorang insan yang mempunyai fitrah untuk mencintai dan dicintai, mungkin aku perlu bersikap proaktif iaitu bukan menghalang sekeras-kerasnya apabila anak gadisku mulai mengenal cinta tetapi sejak anakku kecil lagi, aku dan pasanganku perlu mendidiknya tentang Tuhan Cinta Agung.

Aku perlu membuka ruang dan peluang kepada kami berdua untuk saling berkongsi cerita, rasa dan rahsia.

Pada waktu yang sama, aku dan pasanganku perlu memperkukuhkan jiwanya dengan kasih sayang agar dia tidak mudah memberikan cinta dan menerima cinta lelaki ajnabi.

Bukan aku benci tetapi tidak suka andai anak gadisku dilukai meskipun bagiku, pengalaman putus cinta adalah satu pengalaman yang mendewasakan.

Pengalaman putus cinta sebenarnya mencederakan.

Antara kedewasaan dan kecederaan, aku tidak rela anak gadisku tercedera.

Kedewasaan kerana Tuhan yang telah menyinar hati yang lara dengan taufik dan hidayah.

Ya Allah Ya Tuhanku, usahlah kami terdampar di pulau kehampaan yang meremukkan perasaan sehingga adakala kekesalan itu mengganggu kesejahteraan minda dan emosi sepanjang hidup.

Lahaula wala quwwata illa billah.

19 tahun telah berlalu.

Subhanallah.




Maleficient yang anggun



Apakah watak Maleficient yang anggun atau peribadi Angelina Jolie yang anggun?

Mana mungkin watak yang aku kenali sejak kecil sebagai 'witch' dalam kartun Sleeping Beauty memiliki keanggunan bak seorang ratu?

Filem yang berjudul Maleficient ini ternyata amat menarik kerana menonjolkan keanggunan seorang 'witch'.

Perkara yang menyentuh hati adalah filem ini telah membongkar rahsia sebenar seorang 'witch' yang selama ini diperlihatkan berdekad-dekad lamanya kepada semua sebagai watak yang jahat dan kejam sedangkan sebenarnya, beliau adalah ratu rimba yang anggun yang telah melalui satu episod yang amat pedih dalam hidupnya.

Maleficient telah menjadi mangsa penganiayaan sahabat karib yang merupakan kekasih hatinya sendiri.

Sahabat karibnya yang disayangi sejak zaman kanak-kanak bahkan dikasihinya apabila menginjak remaja telah mengkhianati kepercayaan dan cinta Maleficient.

Sungguh bijak penulis cerita ini!

Bahkan watak Maleficient yang mempunyai naluri keibuan itu semakin memperlihatkan keanggunan seorang wanita melalui babak-babak yang telah menyentuh hatiku.

Sebuah filem yang indah.

Subhanallah.

Kamar Chai Chee Avenue

Hari-hari terakhir di dalam kamar Chai Chee Avenue.

Subhanallah.

Alhamdulillah.

Lailahaillallah.

Allahuakbar.

Ada sejarah pahit.

Ada kenangan manis.

Ada tangisan kesedihan.

Ada senyuman kegembiraan.

Maleficient yang dibintangi Angelina Jolie

Pada minggu lalu, aku telah ke Hospital Tan Tock Seng seperti biasa untuk sesi konsultasi.

Setelah itu, aku ke Golden Village Katong untuk menonton sebuah filem bertajuk Maleficient.

Pada awal tontonan yang memperlihatkan watak Maleficient sebagai kanak-kanak yang berkepak dan hidup di dalam hutan rimba, hati kecilku berkata bahawa aku tidak berminat dengan filem ini.

Namun, apabila Angelina Jolie yang aku minati muncul tanpa disangka sebagai watak Maleficient setelah menginjak dewasa, aku mula tertarik dengan filem ini.


 


Monday, June 2, 2014

Sembilan Puluh Sembilan Kali Rindu

Filem 99 Kali Rindu telah selesai aku tontoni pagi ini di kamar Chai Chee Avenue.

Walaupun terdapat kelemahan dalam filem ini, percubaan menyampaikan mesej ketuhanan melalui filem romantik Islamik ini boleh dikatakan baik.

Rupa-rupanya filem 99 Kali Rindu ini adalah sambungan daripada filem 7 Petala Cinta yang pernah aku tontoni lebih 2 tahun lalu di Pawagam GSC, Mid Valley.

Pada pandanganku, filem 99 Kali Rindu lebih baik daripada 7 Petala Rindu.

Meskipun aku lebih menyukai 99 Kali Rindu jika dibandingkan dengan 7 Petala Cinta, aku tidak menafikan bahawa terdapat dialog watak atau paparan babak yang menyentuh sanibari dalam kedua-dua filem ini.

Semoga pengarah muda yang berwibawa iaitu Shamsul Yusof dapat menghasilkan filem-filem Islamik yang jauh lebih baik daripada 99 Kali Rindu dan 7 Petala Cinta apabila beliau kembali dalam bidang pengarahan filem, Insha Allah.

Bicara hati Ustaz Ahmad Fakhruddin Attar

Di saat kita ingin melepaskan seseorang, ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dahulu.

Di saat kita tidak merindukannya, ingatlah saat kali pertama kita melafazkan cinta padanya.

Di saat kita mulai bosan dengannya, ingatlah saat-saat indah kita bersamanya.