Friday, October 3, 2014

K untuk Kembali Merindu. K untuk Kembali Terjalin.

K untuk Kembali Merindu iaitu manifestasi perasaan rindu yang bertaut pada zaman sekolah menengah, Sekolah Menengah Bedok South, kawan-kawan dan guru-guru.

K untuk Kembali Terjalin iaitu manifestasi harapan yang terbuku di hati ini agar dapat bertemu semula dengan kawan-kawan dan guru-guru pada zaman sekolah menengah khususnya pada tahun 1995 dan 1996.

Subhanallah.




Thursday, October 2, 2014

Inisiatif yang tidak bersambut

Inisiatifku yang kedua masih belum mendapat sambutan seperti inisiatifku yang pertama.



Program: Pertemuan Semula Pelajar Perempuan Menengah Ekspres Tahun 1995 dan 1996

Tema: Kembali Merindu

Tempat: Chalet

Jangka masa: 3 hari 2 malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad)

Lagu: Zaman 90an (nyanyian Slam, UKs, Ziana Zain dsb)

Aktiviti Jumaat: (a)

                        (b)

Aktiviti Sabtu: (a) Karaoke

                      (b) ‘Circled Time & Gallery’ (Noraini)

                      (c) Permainan 1: Teka lirik lagu dan penyanyi 

                      (d)

Aktiviti Ahad: (a) ‘Surprise!’ (Noraini)

                     (b)

                     (c)

Makan minum: ‘Potluck’ atau buat pesanan

Jumlah Tetamu: 16 (3A: 2  3B: 4  3C: 5  3D: 5)   

Perlu bawa: Barang-barang yang berkaitan dengan 1995 atau 1996 (lencana, baju seragam, gambar dsb)       

 

Hidup bertemankan seorang isteri (monogami) & Hidup bersahabatkan dua orang isteri (poligami)

 
 
Poligami apabila dilaksanakan dengan si suami MENGETENGAHKAN wanita lain sebagai calon isteri dan si suami MENGETEPIKAN isteri sendiri seolah-olah wanita bergelar isteri itu perlu menerima takdirnya dipoligamikan dengan hati yang redha dan bersedia sepenuh rela tanpa perkara poligami ini dibincangkan terlebih dahulu secara telus dan difahami dengan tulus sebelum bernikah memperlihatkan kebodohan si suami yang ternyata telah melakukan kezaliman.
 
Tentu si suami akan menyatakan bahawa si isteri pasti akan mengamuk, memberontak dan segala me... yang sewajarnya terhadap si suami apabila dimaklumkan bahawa si suami akan beristeri seorang lagi.
 
Madu bagimu wahai suami tetapi hempedu bagiku selaku isteri.
 
Setulusnya, hatiku yang rapuh ini pasti pecah berderai andai suamiku berbuat demikian.
 
Memilih wanita lain sebagai calon isteri atau lebih teruk dan dahsyat serta zalim adalah apabila si suami sudah pun mengahwini wanita tersebut secara senyap-senyap atau tetap berkeputusan sebegitu sedangkan si isteri belum mampu menerimanya.
 
 Melaksanakan poligami ini dengan tidak semena-mena bahkan kadang kala dengan sembunyi-sembunyi memperlihatkan sikap suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur sedangkan dua sikap ini iaitu bertanggungjawab dan jujur terlalu penting dan bernilai dalam mana-mana perhubungan pun.
 
Permulaan dalam pelaksanan poligami sudah terlihat kelemahannya dengan jelas sekali.
 
Seorang suami yang punyai rasa cinta dan takut kepada Pencipta yang memilikinya tidak akan menodai sikap bertanggungjawab dan jujur dengan melaksanakan poligami yang teruk dan dahsyat serta zalim itu.
 
Atas sebab itu, aku terlalu berhati-hati dalam memilih calon suami kerana aku berpendapat bahwa seorang lelaki yang tidak punyai sikap bertanggungjawab bertunjangkan takut kepada Penciptanya ialah lelaki yang berpotensi untuk mencederakan setiap anggota keluarga dalam seluruh kehidupan berumah tangga.
 
Poligami apabila dilaksanakan dengan si calon suami mengetengahkan ilmu dan kefahaman tentang memperjuangkan hak wanita bahkan menjaga kebajikan wanita SEBELUM mendirikan rumah tangga dengan mana-mana calon isteri agar dia dan calon isteri mengerti dan menghayati bahawa memperjuangkan hak wanita dan menjaga kebajikan wanita adalah tanggungjawab bersama.
 
Lelaki yang mampu berfikiran jauh dan berfikiran mendalam tentang kemaslahatan ummat (dan salah satu golongan ialah wanita) seperti ini ialah lelaki yang mempunyai ciri kepimpinan yang didambakan.
 
Dia mampu memimpin dirinya terlebih dahulu bahkan mampu memimpin lelaki lain agar menjadi pemimpin yang tidak tewas.
 

K untuk Ketika Kalbu Dan Fikrahku Berpadu

K untuk Ketika Kalbu Dan Fikrahku Berpadu

atau mungkin lebih tepat

K untuk Ketika Qalbu Dan Fikrahku Berpadu




Wednesday, October 1, 2014

Hadiah untuk diri sendiri

Sempena ulang tahunku yang ke-34, aku telah memberi 2 hadiah kepada diriku sendiri.

Pertama ialah tabung berbentuk bagasi mini yang sangat comel dan berwarna hijau pucuk pisang.

Kedua ialah 'casing' telefon bimbit bertangkai mutiara berwarna ungu yang lembut dan menawan.

Alhamdulillah.

J untuk Jurong West. J untuk Jurong East.

J untuk Jurong West Street 42.

J untuk Jurong East Street 21.

Monday, September 29, 2014

I untuk Islam. I untuk Iman. I untuk Ihsan.

Ketiga-tiga perkara atau peringkat iaitu Islam, Iman dan Ihsan bermula dengan huruf I.

Mudah untuk disebut tetapi payah untuk disempurnakan.

Semoga ilmu yang dikongsi tentang Islam, Iman dan Ihsan melalui pautan lelaman di bawah ini dapat membantu.

http://www.aljazeerah.info/Islamic%20Editorials/2007/May/Three%20Levels%20of%20Faith%20Islam,%20Iman,%20and%20Ihsan%20By%20Hassan%20El-Najjar.htm

http://www.40hadithnawawi.com/index.php/the-hadiths/hadith-2

http://islamimanihsan.tumblr.com/