Thursday, November 27, 2014

Terlerailah genggaman mawar


Alunan instrumental piano pada permulaan lagu ini indah.

Berkaca mataku mendengarkan lagu ini.

'Terlerailah genggaman mawar dari tanganku' menandakan cinta yang tidak kesampaian.

Penyampai bunga mawar itu tidak dapat menyampaikan bunga mawar itu kepada yang ingin disampaikan.

Adakah aku..

Adakah aku telah membuat keputusan yang betul?

Adakah aku telah membuat keputusan yang benar?

Adakah aku telah membuat keputusan yang tepat?


Takdir dan Tadbir

Takdir merezekikan aku sekian jumlah.


Tadbirku memaksaku berurusan dengan pihak bank yang tentunya terlibat dengan riba'.


Takdir menemukan aku dengan rumah idaman.


Tadbirku memilih rumah idaman itu sebagai tempat kediaman.


Antara takdir dan tadbir.


Ampunkan aku kerana tadbirku terlibat dengan  pihak bank dan riba' sedangkan takdirmu...


Ampunkan aku wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sunday, November 23, 2014

Bukan sekadar berbaik sangka

Kepahitan rasa tersinggung dek persahabatan yang diharapkan tetapi mengecewakan antara kawan-kawan sesama kaum telah begitu lama berlalu.


Dalam berbaik sangka untuk menjalinkan kembali ikatan yang setelah kian lama terputus, rasa terhibur dan rasa terubat rindu menyegarkan minda dan jiwa.


Namun, kepahitan rasa tersinggung sekali lagi terjadi dan menjadi realiti hari ini.


Mungkin bukan sekadar berbaik sangka tetapi aku perlu sabar, ikhlas dan redha dalam menghadapi kerenah mahkluk yang bergelar insan.
Mereka ditakdirkan sebagai kawan-kawan sesama kaum yang aku sayangi namun apakan daya, mereka ditakdirkan kurang prihatin dan kurang mengerti.

Saturday, November 22, 2014

4 hari di Darul Ihsan dan Masjid Sallim Mattar

Program menulis selama 4 hari bersama penghuni Darul Ihsan telah berakhir.


Alhamdulillah, program menulis berjalan secara santai dan lancar.


Aku ke sana dengan menaiki teksi dan pulang dengan pelbagai cara.


Pada hari pertama, aku pulang menaiki bas nombor 62 ke Stesen MRT Kallang. Kemudian, aku menyambung perjalanan dengan menaiki MRT.


Pada hari kedua, aku temui perhentian bas untuk bas 66. Alhamdulillah, aku pulang dengan menaiki bas.


Pada hari  ketiga, aku tidak kecukupan wang syiling untuk menaiki bas 66. Lantas, aku berjalan kaki menuju ke Stesen MRT Aljunied dan menyambung perjalanan dengan menaiki MRT.


Pada hari terakhir, aku pulang dengan menaiki bas 66.


Selama 4 hari di sana, aku menunaikan solat Asar di Masjid Sallim Mattar.


Pemberian Nasi Goreng yang enak daripada seorang ustaz dan para pelajarnya pada hari pertama aku singgah masjid itu amat membuka selera.


Pada hari kedua, aku mengharapkan pemberian yang serupa tetapi rezeki tidak ditaqdirkan untukku.


Pada hari ketiga, aku diberi bubur ayam oleh seorang ustazah/ibu dan para pelajar yang sama.


Pada hari keempat, aku diberi dua keeping roti oleh seorang ustazah/ibu dan para pelajar yang sama..





Saturday, November 15, 2014

Apakah yang aku lakukan...?


Apakah yang aku lakukan ini betul?

Apakah yang aku lakukan ini benar?

Apakah yang aku lakukan ini tepat?

Lirik yang tersurat iaitu 'membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba' mengingatkanku tentang keputusan yang telah aku buat.

Sunday, November 9, 2014

Seperti mimpi...

'Seperti mimpi perkenalan ini
Cuma seketika
Namun di dalam hati
Dirimu kuterkenang jua'

Semoga Tuhan Cinta Agung sentiasa melindungi dan memelihara dirimu yang kuhormati dan senangi. Kita berkawan kerana Allah.