Saturday, February 21, 2015

Mestika

Mestika didefinisikan sebagai
(1) sejenis batu sakti (terdapat dalam kepala ular dan lain-lain), geliga, gemala
(2) permata yang bernilai (intan dan lain-lain)
(3) yang termolek, yang tercantik
(4) sesuatu yang disayangi (dikasihi)

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

Sanggar Mustika pilihanku

Sanggar didefinisikan sebagai
(1) tempat pemujaan (dalam rumah)
(2) rumah atau bahagian daripada rumah yang kemas dan teratur (tempat mengerjakan sesuatu)

Mustika pula tidak diberi sebarang definisi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

Monday, February 16, 2015

Mengintai Dari Tirai Kamar: Imbuhan Awalan meN-

 
Menerusi lagu ini, si anak-anak remaja itu mempelajari kata terbitan yang telah menerima imbuhan awalan meN-.
 
 

Sunday, February 15, 2015

Antara kenangan dan takdir

Kenangan hidup seorang remaja ketika berada di sekolah menengah merupakan kenangan terindah meskipun pahit berselang manis pengalaman hidup.

Alangkah sukar untuk menerima takdir yang pahit ketika melalui zaman remaja itu.

Namun kini takdir yang pahit itu menyebabkan aku tersenyum dengan perasaan sebak dek rindu dan terharu.

Seandainya diberi peluang, ingin aku kembali ke zaman itu dan merentas perjalanan hidup remajaku dengan lebih berhati-hati dan matang.



Monday, February 9, 2015

Drama Juvana Episod 1: Watak dan Perwatakan

Watak-watak yang diperkenalkan dalam episod 1 drama Juvana dilakukan secara menarik dan kemas.
 
Watak utama iaitu Daim diperkenalkan sejak dalam mahkamah diikuti pula dengan watak sampingan yang menonjol iaitu Apek dan Black yang diperkenalkan secara tuntas semasa berada dalam trak menuju ke Sekolah Wira Bakti
 
Watak sampingan lain seperti Encik Raja, Botak, Ayam dan lain-lain yang berada di Sekolah Wira Bakti turut diperkenalkan secara berkesan.
 
 
 

Thursday, January 22, 2015

Senyuman

'Andai diberikan emas permata
Kupilih senyumanmu'

Senyuman kanak-kanak berwajah comel dan nakal itu bernama Nufail.

Pinang: 'pinangan', 'meminang' & 'dipinang'

'Pinangan' pertama ialah permintaan mengajar daripada madrasah.

'Pinangan' itu kutolak kerana aku perlu mengendalikan pelajar madrasah yang terdiri daripada remaja.

'Pinangan' kedua ialah permintaan mengajar daripada SOTA.

'Pinangan' itu kutolak kerana aku perlu mengendalikan pelajar seni yang terdiri daripada remaja.

Profil pelajar madrasah dan SOTA ialah remaja yang berdisiplin.

Namun, aku tiada keyakinan dengan diriku sendiri bahawa aku dapat menjadi seorang guru yang berinspirasi untuk para remaja dan bermotivasi untuk diri sendiri.

Semoga apabila aku pula yang 'meminang' sebuah sekolah rendah untuk jawatan guru pengganti, aku berharap 'pinangan'ku diterima.

Atau mungkin aku 'dipinang' akhirnya oleh sebuah sekolah rendah untuk mengajar sebagai guru pengganti selama setahun.

Dengan izin Allah, aku berharap dan mengharapkan agar harapanku kesampaian.