Saturday, November 19, 2016

Puding Roti Hujan November / Bread Pudding November Rain

18 November 2016 menandakan tarikh istimewa kerana projek memukul telur atau projek membakar pencuci mulut yang aku angan-angankan sudah menjadi realiti.

Terima kasih kepada tuan rumahku, Puan Norliza yang sudi meminjamkan dapur berserta ketuhar.

Terima kasih kepada teman hidupku, Abe Salim yang sudi membantuku membelikan susu cair dan kismis.

Selain itu, beliau memotongkan roti dan menyapukan mentega.








Sunday, January 3, 2016

Ampuni aku ketika...

Sesuatu yang mempesonakan dalam beberapa minit sebenarnya merupakan dugaan yang amat menguji perasaan selama setahun lebih.

Aku belajar banyak perkara ketika menghadapi ujian ini sejak akhir 2014 hinggalah sewaktu menempuh cabaran ini sepanjang 2015.

Subhanallah. Betapa aku tidak berdaya dan betapa Allah Maha Berkuasa.

Alhamdulillah. Betapa aku tidak mempunyai apa-apa dan betapa Allah Maha Memberi.

Lailahaillallah. Betapa aku insaf bahawa kepadaNya aku perlu merujuk dan memohon petunjuk dalam segala hal dan betapa Allah Maha Mengetahui tentang segala-galanya.

Allahuakbar. Betapa aku insaf bahawa dunia dan isinya adalah milikNya dan betapa Allah Maha Pelindung serta Maha Penolong.

Ampuni aku Ya Allah ketika aku alpa dan tidak merujuk serta memohon petunjuk dalam urusan duniaku sedangkan diriku dan dunia serta isinya milikMu semata-mata.

Thursday, December 24, 2015

Surah Al Baqarah: Ayat 255

 
 
Allah, tidak ada tuhan selain Dia.
Yang Maha Hidup, Yang terus menerus mengurus makhluknya,
tidak mengantuk dan tidak tidur.
MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.
Tidak ada yang dapat memberi syafa'at di sisiNya Allah tanpa izinNya.
Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka,
dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki.
KursiNya meliputi langit dan bumi.
Dan Dia tidak merasa berat memelihara kedua-duanya,
dan Dia Maha Tinggi, Maha Besar.

Thursday, July 16, 2015

Antara rindu dengan pilu

Rindu.
 
Terlalu rindu.
 
Pilu.
 
Terlalu pilu.
 
Rindu akan zaman silam yang penuh dengan warna-warni.
 
Pilu dek peristiwa hitam yang mencalari.
 
Antara rindu dengan pilu, itulah yang aku rasakan pada ketika ini sejak semalam apabila lagu-lagu Hari Raya berkumandang di radio.
 
Ingatanku mengimbas kembali pada tahun 1995.
 
Benar 20 tahun sudah berlalu.
 
Namun peristiwa dan perasaan yang pernah dilalui dan dialami masih tetap mengusik hati kecilku.
 
Impak tidak seperti dahulu sudah tentu.
 
Bahkan kami telah terhubung semula melalui Facebook dan Whatsapp berkat kecanggihan teknologi dan media sosial pada zaman ini.
 
Namun apabila hati terusik, rindu dan pilu kembali menyinggahi nurani.
 
Rindu kerana pernah bahagia dan dibahagiakan.
 
Pilu kerana pernah kecewa dan dikecewakan.
 
Subhanallah.
 
20 tahun telah berlalu.