Saturday, July 28, 2018

31 Mei 2018

31 Mei 2018.

Khamis.

Satu tarikh, dua pengertian,

Tarikh aku meninggalkan kerjaya sebagai guru di Kementerian Pendidikan.

Tarikh aku dan suami perlu meninggalkan bilik sewa di rumah Chai Chee milik tuan rumah yang baik hati, Kak Liza.

Dalam kelegaan, ada kehibaan.

Dalam keterujaan, ada kepiluan.

Lega meninggalkan kerjaya yang memudaratkan keafiatan tetapi hiba di hati kerana terlalu mencintai bidang pendidikan dan terlalu mengasihi kanak-kanak.

Teruja mempunyai rumah baharu kepunyaan sendiri tetapi pilu di hati kerana perlu berpisah dengan Kak Liza dan keluarganya yang menggembirakan hatiku dengan segala kebaikan mereka.

Satu tarikh, dua pengertian, berbagai-bagai perasaan.

Sunday, May 20, 2018

D untuk Dato' atau Datuk

D untuk Dato' Seri atau Dato' Sri.

Menurut lelaman tallypress.com , gelaran atau pangkat Dato' Seri dikurniakan oleh Sultan dari negeri selain Pahang.

Gelaran atau pangkat Dato' Sri (tanpa huruf 'e') pula dikurniakan oleh Sultan Pahang sahaja.

D untuk Datuk.

Gelaran atau pangkat Datuk dikurniakan oleh Agong atau negeri yang tidak mempunyai Sultan seperti Pulau Pinang.



Saturday, May 5, 2018

Hati-hati menjaga hati

Sebuah klip video yang menarik dan informatif tentang organ hati.


Hati-hati menjaga hati kerana peranan dan tugas hati terlalu mustahak.

C untuk Cikgu

C untuk Cikgu.

Gelaran yang mendahului namaku kerana aku telah ditakdirkan mengajar dan mendidik kanak-kanak iaitu angan-angan, impian, cita-cita dan kerjayaku.

Cikgu Noraini.

Saturday, March 31, 2018

B untuk Bilik

B untuk Bilik.

Pada ketika ini, aku sedang menaip pos di blogku di bilik sewaku yang terletak di sebuah unit di blok 43, Chai Chee.

Bilik, unit dan rumah yang akan kurindui apabila aku berpindah bersama keluarga kecilku.


A untuk Aku, Dia Dan Tong....

A untuk Aku, Dia Dan Tong...

Aku, Dia Dan Tong Gas ialah sambungan filem televisyen (telemovie) Aku, Dia Dan Tong Sampah.

Aku sedang menonton filem Aku, Dia Dan Tong Gas dan amat menyukai babak pada minit ke-48 sampai ke minit-50.




Monday, January 1, 2018

2017: Cinta yang pernah bersinar dan Cinta yang terus menyinar, Insha Allah

Januari 2017: Noor Neelofa yang jelita dan berkeyakinan tinggi



September 2017: Nur Fazura yang cantik dan sopan santun