Sunday, September 2, 2018

Kaedah Berdakwah

Kaedah Berdakwah:


'Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmatNya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.'

(Surah An Nisaa': Ayat 94)


Monday, August 6, 2018

F untuk Finland

F untuk Finland yang mempunyai sistem pendidikan yang bagus!



Saturday, July 28, 2018

E untuk Edison


E untuk Edison.


31 Mei 2018

31 Mei 2018.

Khamis.

Satu tarikh, dua pengertian,

Tarikh aku meninggalkan kerjaya sebagai guru di Kementerian Pendidikan.

Tarikh aku dan suami perlu meninggalkan bilik sewa di rumah Chai Chee milik tuan rumah yang baik hati, Kak Liza.

Dalam kelegaan, ada kehibaan.

Dalam keterujaan, ada kepiluan.

Lega meninggalkan kerjaya yang memudaratkan keafiatan tetapi hiba di hati kerana terlalu mencintai bidang pendidikan dan terlalu mengasihi kanak-kanak.

Teruja mempunyai rumah baharu kepunyaan sendiri tetapi pilu di hati kerana perlu berpisah dengan Kak Liza dan keluarganya yang menggembirakan hatiku dengan segala kebaikan mereka.

Satu tarikh, dua pengertian, berbagai-bagai perasaan.

Sunday, May 20, 2018

D untuk Dato' atau Datuk

D untuk Dato' Seri atau Dato' Sri.

Menurut lelaman tallypress.com , gelaran atau pangkat Dato' Seri dikurniakan oleh Sultan dari negeri selain Pahang.

Gelaran atau pangkat Dato' Sri (tanpa huruf 'e') pula dikurniakan oleh Sultan Pahang sahaja.

D untuk Datuk.

Gelaran atau pangkat Datuk dikurniakan oleh Agong atau negeri yang tidak mempunyai Sultan seperti Pulau Pinang.



Saturday, May 5, 2018

Hati-hati menjaga hati

Sebuah klip video yang menarik dan informatif tentang organ hati.


Hati-hati menjaga hati kerana peranan dan tugas hati terlalu mustahak.

C untuk Cikgu

C untuk Cikgu.

Gelaran yang mendahului namaku kerana aku telah ditakdirkan mengajar dan mendidik kanak-kanak iaitu angan-angan, impian, cita-cita dan kerjayaku.

Cikgu Noraini.