Saturday, September 15, 2018

Sepuluh Minit Pertama Bujang Lapok

Dalam sepuluh minit pertama daripada filem klasik Bujang Lapok, tiga watak utama diperkenalkan iaitu Ramli, Sudin dan Ajis.

Ramli sebagai jurujual minyak wangi.
Sudin sebagai kerani.
Ajis sebagai pemandu lori.

Selain itu, watak sampingan seperti rakan sekerja dan pengurus syarikat tempat Sudin pekerja turut dipaparkan.
Watak sampingan penjaja ayam dengan dialog ringkas "2 kati. 3 ringgit."
Sewaktu mereka bertiga berjalan pulang, Sudin sempat melambaikan tangan kepada buah hatinya iaitu Jeton, watak sampingan yang tidak kurang pentingnya.
Dialog bersama watak sampingan di luar rumah iaitu Pak Nyong, jiran mereka bertiga boleh dikatakan menarik.
Watak sampingan Puan Normah atau dikenali juga dengan gelaran Tuan Rumah selaku pemilik bilik sewa mereka memainkan peranan paling penting dalam jalan cerita Bujang Lapok.
Watak sampingan seterusnya ialah Mak Minah iaitu isteri Pak Nyong.

Image result for bujang lapok

Friday, September 7, 2018

Nama Allah atau nama Ar Rahman dalam Surah ke-17: Al Israa'

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

(Surah Al Israa', ayat 110)

Salah satu ayat dari Surah ke-17: Surah Al Israa'

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",

(Surah Al Israa', ayat 80)

Wednesday, September 5, 2018

H untuk Huruf

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 554) mendefinisikan huruf sebagai lambang dalam sistem bunyi (bahasa) yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk.

Huruf pertama ialah Alif dalam tulisan Arab.

Huruf pertama ialah A dalam tulisan Rumi.



Sunday, September 2, 2018

Ceramah tentang Kecerdasan Burung Gagak oleh

Kalau istilah 'birdbrain' dalam bahasa Inggeris mendeskripsikan kebodohan seseorang. Istilah Bahasa Melayu pula tidak begitu kerana istilah 'otak udang' lebih tepat.

Kecerdasan burung gagak disampaikan dalam ceramah ini.


Gagak (Raven) Mampu Berempati

Berdasarkan artikel ini, burung gagak mampu berempati.

http://www.avesnoir.com/raven-empathy/

http://www.avesnoir.com/empathy-is-for-the-birds-too/


G untuk Gagak


'Pandanglah hamba Si Gagak Hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan'
(Lirik lagu Cenderawasih)

'Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini
bukan merak kayangan tapi gagak di rimba'
(Lirik lagu Hanya Segenggam Setia)