Sunday, October 7, 2018

K untuk Kuburan

Daku baru sahaja pulang daripada menziarahi kuburan Bapak.

Mimpi duduk bersebelahan dengan Bapak dalam sebuah perjalanan melalui sebuah kenderaan pada pagi tadi telah memacu keinginanku untuk menziarahi kuburan Bapak sejurus aku bangkit daripada tidur.

Pertama kali dalam mimpi semenjak pemergiannya, Bapak dan aku berbual-bual dalam perjalanan kami.

Alhamdulillah, kuburan Bapak telah aku ziarahi.

Walaupun tersilap lokasi pada mulanya, tiga orang hamba Allah yang berkereta telah menumpangkan daku ke lokasi yang tepat.

Alhamdulillah, semoga Allah merahmati mereka bertiga.

Begitu juga untuk makcik-makcik dan pakcik penjual bunga yang menunjukkan daku jalan ke Pusara Aman.

Pusara Bapak bukan di Bukan Pusara Abadi tetapi Pusara Aman.

Semoga roh Bapak dilimpahi keampunan, keredhaan dan kasih sayang Allah s.w.t.

Semoga roh Bapak diberkahi ketenangan kerana ditemani roh para solihin, roh para syuhada, roh para siddiqin.

Semoga roh Rasulullah s.a.w dan roh Bapak dipertemukakan dalam kesejahteraan.




Antara dua jenama: Singer dan Brother

Insha Allah, berdasarkan pilihan hatiku setelah menjalankan sedikit kajian, daku lebih berhasrat untuk memilih jenama Brother daripada jenama Singer.

Namun, jenama Singer tidak kurang hebatnya.

Bahkan jenama Singer ialah jenama pertama yang aku kenali sejak kecil memandangkan mesin jahit kepunyaan emak berjenama Singer.

Jariku ditusuk jarum mesin jahit Singer.

Aku duduk bermain pun di pedal mesin jahit Singer.

Berikut ialah lelaman bagi kedua-dua jenama yang merajai jenama mesin jahit:

http://www.brother.com/index.htm

https://www.singer.com/


Friday, October 5, 2018

Lengan panjang kesukaanku: Gabungan Puff dan Cuff


Jurnal atau Buku Sekerap


K untuk Kain

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi hak orang lain

Hmm... lebih kurang lirik lagu yang mengandungi perkataan 'kain' walaupun lagu yang sama ini mempunyai lirik lagu yang sedikit berbeza iaitu

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru

Hmm... mana mungkin daripada benang, terus dibuat baju kalau belum dibuat kain terlebih dahulu melalui proses tenunan. Namun, logik juga kalau benang itu dikait menjadi baju.

Kesimpulannya, kedua-dua lirik atau pantun boleh diterima. Sama ada benang itu dibuat menjadi kain terlebih dahulu (melalui proses tenunan dan kemudian diikuti dengan proses jahitan)  atau benang itu terus dibuat menjadi baju (melalui proses kaitan)!

Kain Perca: Fabric Scraps

Seronok bukan memanfaatkan kain perca untuk projek-projek berikut:
(1) pengikat rambut (hair band)
(2) penutup mata (sleeping mask)
(3) penyimpan cermin mata (spectacles cover)



Monday, October 1, 2018

Lirik Lagu: Matahari (Penyanyi: Maya)

Terbitnya sinar mentari
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari
Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi

Hangatnya sinaran
Walau getir kutempuh dugaan
Menyahut wawasan
Kupohonkan segunung harapan

Bangkitkan citramu insan
Dalam iman menyambut warisan
Sehingga sinar mentari
Melewati di senja menanti

Lirik: Mejar (B) Md Salleh