Friday, November 2, 2018

Bangun

Bangun.
Tidak mudah.
Tidak semudah kata-kata.
Tidak semudah tajuk lagu Fazura.

Berhadapan dengan kemurungan (depression), kecemasan (anxiety) dan kedukaan (grief).
Celik sahaja mata, itulah realiti yang terbentang di hadapan.
Maka lebih baik, tidur semula.
Tidak perlu bangun.

Kelas jahit yang perlu aku ikuti atau ganti pada petang ini gagal aku hadiri.
Tanpa sebab dan alasan.
Tanpa pesanan Whatsapp yang aku kirimkan seperti sebelum ini.
Kerana.... aku tidak mempunyai sebarang sebab yang kukuh dan alasan yang munasabah.

Bangun.
Tidak mudah.
Tidak semudah kata-kata.
Tidak semudah tajuk lagu Fazura.

Saturday, October 20, 2018

31 Mei 2018

31 Mei 2018.

Satu tarikh, dua erti.

Aku meninggalkan kerjayaku sebagai seorang guru daripada Kementerian Pendidikan.

Aku dan teman hidupku hendaklah menepati janji untuk meninggalkan bilik sewa kami setelah banyak kali menangguhkan tarikh terakhir kami.

Dalam kelegaan, ada kehibaan.

Dalam kegembiraan, ada kesedihan.

Lega meninggalkan pekerjaan yang mendatangkan mudarat kepada keafiatan.

Hiba meninggalkan kerjaya yang dicintai.

Gembira mempunyai kediaman sendiri.

Sedih meninggalkan rumah, bilik sewa, tuan rumah dan keluarga Kak Liza yang baik hati.

Satu tarikh, dua erti, berbagai-bagai perasaan.

Sunday, October 14, 2018

Sesi 1 dan Sesi 2 bersama Alfya Atelier

Sesi 1:

(1) Mengenali pembaris (untuk melukis corak) dan pita pengukur (untuk mengukur anggota badan)
(2) Mengukur (di badan sendiri) kecuali bahagian kaki (dengan bantuan rakan)
(3) Mengenali dan mencuba mesin jahit jenama Brother model FS101
(4) Menyalin dengan pensel warna di atas kertas 'sewing pattern' (corak jahitan?) yang disediakan
(5) Menggunting corak jahitan bagi seluar iaitu projek pertama dalam bengkel/kursus ini

Sesi 2:

(1) Menggunting kain berdasarkan corak jahitan
(2) Menjahit tepi kain yang telah digunting
(3) Menjahit kain yang telah dicantumkan
(4) Memahami istilah bahasa Inggeris iaitu 'selvedge' untuk istilah bahasa Melayu iaitu tepi kain
*Maklumat tambahan daripada kajian 13 Oktober: selvage (ejaan lain)
(5) Mengenal pasti sifat kain/fabrik yang tegang (warp, weft) dan yang boleh dikendurkan (bias) dengan menarik kain/fabrik melalui tiga arah
*Maklumat tambahan daripada kajian 13 Oktober: warp, weft, bias


Thursday, October 11, 2018