Saturday, September 21, 2019

Penyampai ilmu yang tenang

Subhanallah.

Penyampai ilmu yang tenang.

Penyampaian ilmu yang menenangkan.



Saturday, September 7, 2019

Penggal 3 tanpa cuti sakit

Subhanallah.

Aku perlu memberi syabas kepada diriku kerana tidak mengambil sebarang cuti sakit pada penggal 3.

Namun, itu tida bererti aku tidak mengalami sebarang kesakitan.

Pada 6 September iaitu cuti hari guru dan hari terakhir dalam Penggal 3, aku ke hospital akhirnya.

Doktor menemukan tumbuhan cyst sekali lagi.

Kesakitan yang kutahan sejak hari Rabu, akhirnya tidak dapat kutahan pada pagi Jumaat.

Syabas dan Syafakillah.




Sunday, September 1, 2019

Abang Kus, Tina dan Fatimah

Abang Kus, Tina dan Fatimah

Tina: Bang, siapa nama bini Abang yang nombor dua tu?

Abang Kus: Fatimah.

Tina: Oh, Fatimah. Fatimah, mari sini. Marilah. Saya minta maaf ya.

Fatimah: Sama-sama.

Tina: Besok, giliran awak pula ya.

Fatimah: Yalah.


Jarum

Jarum panjang terus berdetak.

Jarum pendek terus bergerak.

Jarum jam langsung tidak pernah menunggu sesiapa.

Jarum masa tidak pernah peduli untuk berhenti walau seketika.

1 September 2019
1 Muharram 1441

Don't forget to ....

Don't forget to read

If your energy levels start to flag, don't forget that reading is part of a writer's job. Setting aside an hour or so at the end of each day to read a novel or nonfiction book is time well spent. If you can also read on your commute, that will fill your mental 'inbox' with thoughts and ideas. And the rhythms and patterns of other writers' prose will also enrich and inspire your own style.

(How To Be A Writer, Sally O'Reilly, page 27)

Sunday, August 18, 2019

Drama Melayu: Puteri Yang Ditukar

Drama Melayu yang sedang aku ikuti ialah Puteri Yang Ditukar.

Jalan cerita yang menarik tentang dua orang bayi yang ditukar atas sebab dendam.





Friday, August 16, 2019

Purgatory: Barzakh

Subhanallah.

Aku sedang membaca tentang seorang penulis Itali yang lahir pada abad ke-13 iaitu Dante Alighieri.

Terdapat beberapa perkara yang menarik perhatianku.

Namun, salah satu perkara yang amat mengejutkan dan menggembirakan ialah aku telah mempelajari perkataan bahasa Inggeris iaitu 'purgatory' yang memenuhi konsep yang telah aku pelajari dan yakini.

Apabila aku menterjemahkan perkataan ini dalam bahasa Melayu, aku terkejut dan terkesima kerana maknanya ialah 'barzakh'.

Subhanallah.

Konsep alam barzakh yang aku dekati semenjak pemergian Bapak pada tahun lalu telah menenangkan jiwaku.

Aku murung lebih kurang dua bulan semenjak Bapak pulang.

Alhamdulillah..

Berkat pimpinan Ustazah Noraini yang menjelaskan tentang konsep alam barzakh serta qada' dan qadar, aku menemukan semula sinar dalam kegelitaan.

Kini, aku terharu kerana konsep yang sama diperkatakan dalam bahan bacaan yang aku temui di Internet, berasaskan bacaan tentang Dante.

Alhamdulillah.