Suri Katriana ialah judul drama yang aku ikuti sejak ditayangkan.
Pada mulanya, aku ikuti menerusi lelaman Youtube.
Kemudian, melalui lelaman sesiapa sahaja yang memuatnaikkan klip drama itu.
Terdapat sejumlah 49 episod kesemuanya.
Sejauh ini, telah aku ikuti 38 episod yang penuh konflik dan emosi.
Pada pendapatku, jalan ceritanya menarik walaupun masih terdapat jurang atau kekurangan yang ketara.
Tema drama ini ialah dendam barangkali memandangkan terlalu ramai watak yang saling berdendam antara satu sama lain.
Penyakit jiwa seperti Psychopath, Post Traumatic Stress Disorder, Anxiety ialah antara penyakit jiwa yang mewakili watak-watak dalam drama ini walaupun tidak digambarkan dengan begitu mendalam.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Monday, December 23, 2019
Sunday, December 8, 2019
Ustazah Isfadiah
Ustazah Isfadiah ialah ustazah yang paling aku sukai.
Penyampaiannya yang tenang dan tidak bernada merendahkan khalayak pendengarnya sangat menenangkan jiwaku.
Wanita inspirasi bagiku.
Penyampaiannya yang tenang dan tidak bernada merendahkan khalayak pendengarnya sangat menenangkan jiwaku.
Wanita inspirasi bagiku.
Saturday, November 30, 2019
Kalau Tidak...
Kalau tidak dipecah....
Artikel yang baik tentang pokok rumbia, ruyung dan sagu.
https://www.sinarharian.com.my/article/46001/KOLUMNIS/Pecahkan-ruyung-dapatkan-sagu
Artikel yang baik tentang pokok rumbia, ruyung dan sagu.
https://www.sinarharian.com.my/article/46001/KOLUMNIS/Pecahkan-ruyung-dapatkan-sagu
Wednesday, November 27, 2019
Novel Sejarah: Ratu-Ratu Patani
Alhamdulillah.
Selesai pembacaanku.
Kerajaan Melayu Islam.
Pimpinan empat orang ratu.
Bergilir-gilir mereka memimpin negara Patani.
Bermula dengan Ratu Hijau yang berani. (Baginda tidak gentar dengan tekanan daripada kerajaan lain.)
Diikuti dengan Ratu Biru yang bercita-cita tinggi. (Banyak pembangunan yang dibina.)
Disusuli dengan Ratu Ungu yang keibuaan dan bijaksana. (Baginda ialah isteri kepada Sultan Pahang dan ibu kepada Ratu Kuning.)
Diakhiri dengan Ratu Kuning yang jelita dan lembut hati. (Baginda terkena penyakit kemurungan disebabkan kecurangan suaminya.)
Sebuah novel sejarah yang berfokuskan kepimpinan empat orang Ratu Patani.

Thursday, November 21, 2019
Saturday, November 2, 2019
Monday, October 14, 2019
Sultan Muhammad Shah, Puteri Rokan dan Prof Zainon Ismail
Menurut pembacaanku, Sultan Muhammad Shah (pemerintah ketiga Melaka) mempunyai sekurang-kurangnya dua orang isteri atau hanya dua orang isteri (tidak dapat kupastikan).
Dua orang isteri itu iailah Tun Wati dan puteri Rokan (tidak diketahui namanya).
Hasil perkahwinan Sultan dengan Tun Wati, lahirlah Raja Kassim.
Manakala hasil perkahwinan Sultan dengan seorang puteri Rokan, lahirlah Raja Ibrahim.
Pembacaanku berdasarkan blog ini:
http://mahamerubukitseguntang.blogspot.com/2011/11/pemerintah-ketiga-melaka-sultan.html
Mengenai puteri Rokan atau puteri Rekan, nama sebenarnya atau nama penuhnya tidak pernah pula dinyatakan.
Sekadar Rokan atau Rekan.
Namun, asal usulnya dikatakan dari Sumatera.
Penemuanku berdasarkan blog ini:
http://senirupasiti.blogspot.com/2008/02/puteri-rokan.html
Alangkah bersyukurnya aku kerana blog in kepunyaan sasterawati negara yang ditaip oleh beliau lama dahulu iaitu pada tahun 2008.
Subhanallah.
Tahun sebelum aku ke Universiti Malaya.
Berita tentang pelantikan Prof Zainon Ismail sebagai sasterawan negara yang ke-14 terkandung dalam lelaman ini:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sasterawan-negara-terima-kejutan-besar-216636
I am like connecting the dots.

Subscribe to:
Posts (Atom)