Sunday, May 24, 2020

Nikmat 1 Syawal 1441H

Nikmat 1 Syawal 1441H


'Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku....'

Harun ialah abang Musa yang seibu dengan baginda.

Namun, Harun tiga tahun lebih tua daripada Musa.

Dalam situasiku, siapakah Harun yang akan bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan perkataanku?

Ya Wakeel Ya Hakeem Ya Adlu.



Saturday, May 23, 2020

Insan berjiwa sensitif yang keterlaluan?

Insan berjiwa sensitif yang keterlaluan.

Aku insan itu.

Aku ialah insan berjiwa sensitif yang keterlaluan.



Wednesday, May 20, 2020

Kemurungan

Kemurungan.

Situasi yang menggegarkan jiwa raga.


Ya'qub.

Seorang Rasul yang menderita sengsara.



Tuesday, May 12, 2020

Sunday, May 10, 2020

The struggle of an INF

Pergelutan seorang INF.

Sama ada INFJ atau INFP, kedua-dua ciri ada dalam diriku.

Walapun tidak difahami oleh orang ramai, aku perlu memahami diriku sendiri terlebih dahulu.

Namun, yang Maha Mengetahui ternyata Maha Mengerti setiap hamba-hambaNya sedangkan kefahaman pada manusia ibarat setitis air berbanding dengan seluas lautan iatu pengetahuanNya yang Maha Luas.


Monday, March 16, 2020

Ratu Ki (The Empress Ki)


Sebuah drama Korea yang berjudul The Empress Ki meliputi 51 episod.

Daku terkesima dengan jalan cerita drama ini yang berkait rapat dengan sejarah dinasti Yuan pada zaman lampau.

Namun, jalan cerita ini diperindahkan dengan unsur naratif yang sungguh kreatif dan menarik.

Daku terinspirasi dengan watak utama Ki Sungnyang sebagai wanita yang berani, tabah, bijaksana, tegas, teguh dan berkarisma.

Subhanallah.

Monday, December 23, 2019

Buku 'How to Write Short Stories'

Buku 'How to Write Short Stories for Magazines - and get published!' tulisan Sophie King ada dalam tanganku pada ketika ini.

Dalam bab pertama iaitu 'Identifying Your Market', beliau mengetengahkan peri pentingnya penyelidikan sebelum menulis.

'Many would-be short-story writers fail to achieve their ambition of getting published because they don't carry out some simple research.'

Dalam bab kedua pula iaitu 'Good Idea!', beliau menyatakan bahawa kehidupan ialah sumber ilham.

'Where do you get your ideas from? I'm always being asked this question and my answer is always the same. Life.'