Saturday, December 4, 2021

Bangsa Rom

Bangsa Rom

Siapakah bangsa Rom?

Berdasarkan legenda yang terakam dalam lelaman ini: 

https://www.worldhistory.org/Rome/

bangsa Rom diasaskan oleh dua orang adik beradik bernama Romulus dan Remus.

Berdasarkan artikel yang ditulis dalam lelaman ini:

https://utusantv.com/2021/04/01/awas-berhati-hatilah-dengan-bangsa-rom-inilah-amaran-nabi-s-a-w-kepada-umat-islam/

bangsa Rom berasal usul daripada keturunan Nabi Nuh.

Bangsa ini disentuh dalam Al Quran yang agung melalui Surah Al Rum yang terdiri daripada 60 ayat.

https://quran.com/30

Masya Allah




Monday, November 29, 2021

Heo Yeon Woo (Episod 3)

Dalam Episod 3, daku berubah hati pula.

Daku tidak lagi menyukai watak Heo Yeon Woo pula.

Apabila Yeon Woo mengingkari suruhan ibunya yang baik walaupun tanpa berlaku biadab atau menafikan keresahan ibunya yang luhur walaupun dengan penjelasan yang beradab, itulah yang menyebabkan aku tidak lagi menyukai watak ini. 

Empati kepada rasa hati seorang ibu tiada.

Sensitif kepada niat baik seorang ibu tiada.


Heo Yeon Woo

Melalui Episod 2 daripada drama The Moon Embracing The Sun, aku kian suka kepada cerita ini.

Bahkan, melalui episod kedua ini, aku kian suka kepada watak utama seorang gadis remaja iaitu Heo Yeon Woo yang berbudi pekerti, berhemah, bijaksana dan tenang.

Perwatakan yang melambangkan kepribadian seorang gadis remaja yang mulia.

Persis watak yang pernah aku bayangkan untuk penulisanku.

Saturday, November 20, 2021

Watak Shaun Murphy dalam drama versi Amerika berjudul 'The Good Doctor' ialah watak Park Si On dalam drama asal versi Korea bertajuk 'Good Doctor'.






Tuesday, October 12, 2021

Seorang perawat yang tercedera parah

Sang penyelamat yang terluka pedih.

Seorang perawat yang tercedera parah.

Dr Heo Im.

Live Up To Your Name, Dr Heo.

Daku sedang menonton drama berepisod ini untuk kali kedua.

Kali ini, dengan penghayatan dan pemahaman yang lebih baik kerana episod 2 dan episod 8 yang tidak diterjemah dalam aplikasi Viu telah daku temui dalam saluran lain.

Kini, daku lebih merasai kepedihan Dr Heo Im yang terpendam.

Kini, daku lebih menghargai pengorbanan beliau yang tersembunyi.

Alhamdulillah. 

Air mata simpati bergenang.

Air mata empati berlinang.

Seorang Dr Heo Im.

Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.

Sunday, October 10, 2021

8 minit: Telur dadar, Telur separuh masak, Telur rebus mata kerbau


Istilah telur dadar dan telur separuh masak atau telur setengah masak lazim daku gunakan.

Namun, istilah telur rebus mata kerbau yang merujuk kepada 'poached eggs' baru sahaja daku pelajari melalui lelaman ini:

https://says.com/my/fun/egg-dishes-and-what-they-are-called-in-malay-translation

Ternyata, kita akan sentiasa belajar.

Thursday, September 16, 2021

I am in love with...

I am in love with 'Live Up To Your Name, Dr Heo'.

A 2017 Korean drama that is indeed captivating and creative!

Thumbs up to the writer for such an intelligent and inspiring story.

I would rank this drama as the next best after 2013 Empress Ki.

Hilarious and heartwarming, yes!

I wish they would embark on Season 2 for this drama as 16 episodes of acupuncture knowledge from Joseon Dynasty is indeed engaging and empowering.