ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, June 19, 2022
Monday, June 13, 2022
Cinta antara dua ....
Cinta antara dua darjat.
Cinta antara dua negeri.
Lelaki dari Korea Utara dan wanita dari Korea Selatan.
Walaupun dari satu negara yang sama iaitu Korea, pemerintah dan pemerintahan kedua-dua negeri ini berbeza.
Lantas, meskipun kedua-dua insan ini berkedudukan tinggi dan berharta, situasi pemerintahan negeri masing-masing yang berlainan dan tidak bersatu telah menghalang keinginan atau keperluan mereka untuk berhubung apatah lagi berkahwin.
Sunday, June 12, 2022
Crash Landing On You
"Thank Goodness. I am home. I nearly ended up going to North Korea." (2:13-2:23)
Hyun Bin dalam 3 karya
Daku mengenali dan tertarik dengan lakonan dan watak Captain Ri yang dilakonkan oleh Hyun Bin.
Sebelum ini, daku tidak mengenali atau perasan kewujudan pelakon ini.
Antara pelakon yang aku kenali dan perasan kewujudan mereka ialah Kim Nam Gil (melalui drama Live Up To Your Name), Ji Chang Wook (melalui drama Empress Ki) dan Lee Joon Gi (melalui drama Flower of Evil).
Bermula dengan karya Crash Landing On You yang menyebabkan daku tertarik bukan sahaja dengan cerita dan jalan cerita karya ini, kedua-dua pelakon utama iaitu Hyun Bin dan Ye Jin sangat meninggalkan kesan.
Baik dari segi lakonan mereka sebagai Captain Ri dan Yoon Se Ri mahupun perwatakan sebenar mereka berdua iaitu Hyun Bin dan Ye Jin, daku tertarik.
Alhamdulillah, akhirnya mereka berdua ditakdirkan Allah untuk berjodohan sebagai suami isteri dan melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun ini.
Namun, drama Crash Landing On You hanya aku tontoni pada bulan Jun ini sedangkan drama ini bersiaran pada tahun 2019 dan mereka mendirikan rumahtangga pada bulan Mac tahun ini.
Selisih jalan.
Lantas, karya pertama yang Hyun Bin bintangi dan aku tontoni dalam bulan Jun ini ialah Crash Landing On You.
Karya kedua ialah Hyde, Jekyll Me.
Karya ketiga ialah Memories of The Al Hambra.
Friday, June 3, 2022
Regret
Regret.
https://www.psychologytoday.com/us/blog/understand-other-people/201704/letting-go-regrets
(1) Own it. Yes, whatever it is that happened, happened.
Thursday, June 2, 2022
Yoon Se-Ri
Watak ini dilakonkan oleh Son Ye-Jin dalam drama Korea yang berjudul 'Crash Landing On You'.
Sebuah drama tentang perbezaan kehidupan antara rakyat Utara Korea dan Selatan Korea.
Bertitik tolak daripada latar dua buah negara yang seKorea tetapi tidak bersatu, lahirlah kisah percintaan sepasang insan yang berkedudukan tinggi.
Tentera berpangkat tinggi dari Utara Korea.
Usahawanita yang berjaya dari Selatan Korea.
Mereka pertama kali bertemu di sempadan Utara Korea apabila Yoo Se-Ri yang sedang melakukan aktiviti 'paragliding' telah dipukul taufan.
Aku menyukai watak ini apabila dia sudi mengambil hati atau berbaik dengan tentera dan penduduk kampung di Utara Korea dengan ketulusan dan kerendahan hati.
Watak yang menyenangkan.
Thursday, April 21, 2022
Surah Al Baqarah
Surah Al Baqarah diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahualihiwasalam semasa Baginda berada di Madinah. Dalam kitab Al Quran, Surah Al Baqarah ialah surah kedua. Surah ini terdiri daripada 286 ayat. Lantas, surah ini ialah surah terpanjang di dalam Al Quran. Perkataan Al Baqarah bermakna lembu betina.
