Kelahiranku mengikut kalendar Masihi / Gregorian adalah dalam bulan September.
Manakala, kelahiranku mengikut kalendar Hijrah adalah dalam bulan Zulkaedah.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Kelahiranku mengikut kalendar Masihi / Gregorian adalah dalam bulan September.
Manakala, kelahiranku mengikut kalendar Hijrah adalah dalam bulan Zulkaedah.
Bunga yang bermula dengan huruf B
Bunga yang ingin daku kongsi pada kali ini ialah bunga yang bermula dengan huruf B. Hanya pada pagi ini aku pelajari bahawa bunga bakung ialah nama bunga dalam bahasa Melayu untuk bunga 'lily'.
Selain bunga bakung yang bermula dengan huruf B, enjin pencarian Google menemukan aku dengan bunga balung ayam. Rupa bentuk bunga balung ayam boleh dikatakan lain daripada lain. Barangkali disebabkan rupa bentuknya, bunga ini dikaitkan dengan nama haiwan iaitu ayam.
Berkemungkinan besar, aku tidak pernah melihat bunga ini. Bahkan aku tidak pernah mengetahui kewujudan nama bunga balung ayam. Disebabkan perkongsian pada pagi ini adalah mengenai bunga yang bermula dengan huruf B, enjin pencarian Google yang telah membuka ruang dan peluang untuk mengetahui sesuatu yang baharu. Sila rujuk lelaman ini untuk melihat rupa bentuk bunga balung ayam: Warisan Petani: Pokok Bunga Balung Ayam
Bunga yang aku sangat minati dan boleh dikatakan bermula dengan huruf B (tetapi dalam bahasa Inggeris) ialah bunga baby's breath. Aku tidak tahu nama bunga ini dalam bahasa Melayu. Tidak mungkin nama bunga baby's breath boleh diterjemahkan secara literal sebagai bunga nafas bayi? Kurang molek.
Walaupun bunga baby's breath lazim digunakan sebagai pelengkap yang menghiasi sejambak bunga atau sejambangan bunga kerana saiznya yang kecil, bagiku bunga baby's breath tetap unggul! Bunga baby's breath bukan sekadar memukau pandangan mataku. Jiwaku tenang melihatnya. Hatiku tertawan merenungnya. Masya Allah! Nikmat untuk deria penglihatanku.
Akhir sekali ialah bunga bakawali. Bunga bakawali mempunyai kelopak yang banyak dan tersergam gah apabila mekar. Bukan sekadar nama bunga ini ada disebut dalam lagu-lagu Melayu. Bunga bakawali juga ialah nama filem Melayu klasik yang dibintangi Latifah Omar dan Nordin Ahmad, selain nama drama teater. Kedua-dua nama filem dan drama teater bertajuk Gul Bakawali. Sila rujuk lelaman ini untuk melihat rupa bentuk bunga bakawali: My little vegetable garden: Bunga Bakawali Blooming: 1am - 2am, early morning.
Bunga adalah antara makhluk Allah yang indah dan memukau.
Dalam penulisan kali ini, daku akan menulis mengenai dua jenis bunga yang bermula dengan huruf A iaitu Anggerik dan Anyelir.
(i) Anggerik.
(ii) Anyelir.
Berikut ialah lelaman yang mempunyai banyak gambar dan pautan mengenai bunga anyelir: Carnations Flowers: Carnation Flower Gallery 7 (carnationflowerimages.blogspot.com)
Regret.
It is in fact more challenging to
2. Learn from it. Try and take an objective view of what happened. Why did you do/decide what you did? This is not an opportunity to bash yourself, but rather to examine the event critically. You can learn a lot about how you make decisions by trying to understand what went awry. Do you need to do a better job next time of gathering information? Do you need more time to think something through? Are you unduly influenced by others? Note what you need to do differently the next time you have a decision to make.
than to
1. Own it. Yes, whatever it is that happened, happened. You made the wrong choice, said the wrong thing, went in the wrong direction. Whatever it is, it’s done. And you know what? It’s over. The fact of the human condition is that you won’t always choose wisely, and you won’t choose in your best interests every time. Sometimes you don’t have the right information. Sometimes emotions overrule your thinking, sometimes thinking overrules your “gut." You might not have enough time to consider options, or you might have pressure on you to choose a way. Whatever it is, the bottom line is that the conditions are not always optimal for anyone to make the perfect decision every time. Give yourself a break. Own it and love yourself anyway. It’s done and you can’t go back in history and rewrite. Cry. Mourn. Scream. Pound the pillows. Do whatever you need to (without harming yourself or others) to get the emotion out, then let it go.
Masya Allah!
Apabila aku menonton My Love From The Star baru-baru ini, ingatanku terimbas kembali kepada The Legend Of The Blue Sea.
Terdapat persamaan yang ketara iaitu pelakon utama (wanita) yang sama.
Beliau bukan pelakon yang daku minati.
Selain itu, persamaannya adalah kewujudan watak fantasi iaitu ikan duyung dalam Legend Of The Blue Sea dan makhluk asing dalam My Love From The Star.
Persamaan yang menarik dalam kedua-dua drama ialah latar masa yang menjangkau ke zaman dahulu dan zaman kini.
Kisah ikan duyung dalam LOTBS berlatarbelakangkan tahun 1598 hingga kini manakala kisah makhluk asing dalam MLFTS berlatarbelakangkan 400 tahun lalu hingga kini.
Sesungguhnya, aku amat meminati drama Korea yang berlatarkan zaman silam.
Rupa-rupanya, pada petang ini, aku mendapat tahu bahawa kedua-dua karya ini iaitu LOTBS dan MLFTS ditulis oleh wanita yang sama iaitu penulis bernama Park Ji Eun.
Namun, karya beliau yang paling aku minati bukanlah LOTBS mahupun MLFTS.
Karya komedi romantik antara dua watak dari Korea Selatan dan Korea Utara yang beliau hasilkan dengan begitu empati tentang nilai kemanusiaan menjadi pilihanku.
Tidak lain dan tidak bukan iaitu drama Crash Landing On You.
Aku masih belum selesai menonton LOTBS sehingga kini kerana aku tidak begitu menyukai watak utama (wanita) yang diperlihatkan terlalu menagih cinta dan kasih daripada watak utama (lelaki).
Lakonan pelakon wanita itu tidak menjadi masalah tetapi aku kurang menyenangi watak utama (wanita) itu.
Watak utama (wanita) dalam MLFTS lebih berperibadi teguh walaupun sebenarnya, dia masih mempunyai kelemahan yang sama iaitu menagih cinta dan kasih daripada watak 'hero'.
Aku sudah selesai menonton MLFTS kerana aku 'skip' bahagian tertentu agar aku dapat mengetahui kesudahan cerita ini.
Bagiku, MLFTS lebih bagus jika dibandingkan dengan LOTBS yang agak membosankan walaupun kedua-dua karya ini mempunyai 'back story' yang menarik - merentas masa lampau.
Adakah aku akan menyelesaikan LOTBS?
Aku telah mencuba.
Bahkan, aku 'skip' bahagian tertentu untuk segera menyelesaikannya tetapi aku tidak tertarik dan berasa bosan.
Maka, sehingga kini aku tidak mengetahui kesudahan cerita LOTBS memandangkan aku seperti tidak ambil peduli kepada kedua-dua watak utama dalam drama itu.
Lagipun, aku tidak meminati watak 'hero' dan pelakon utama (lelaki) dalam karya LOTBS.
Maka, tidak ada 'pulling factor'.
Berbeza dengan MLFTS, aku meminati watak 'hero' dan pelakon utama (lelaki) dalam karya itu semenjak pertama kali mengikuti lakonannya dalam It's Okay To Not Be Okay.
Nama pelakon utama (lelaki) itu ialah Kim Soo Hyun.
What Happens To My Family?
Tajuk sebuah drama Korea yang berkisar tentang tema keluarga dan kekeluargaan.
Remuk-redam melihat sikap dan layanan anak-anak Cha Sun Bong terhadapnya.
Sun Bong ialah seorang warga emas dan seorang bapa tunggal.
Beliau kematian isteri semenjak kelahiran anak bongsunya, Dal Bong.
Isu aset dan harta yang diinginkan dan direbutkan oleh ketiga-tiga orang anaknya sedangkan beliau masih hidup ialah isu yang meremukkan perasaan.
Sejauh 25 episod menonton drama ini, aku menyukai drama ini kerana isu-isu yang terkandung dalam drama ini cukup dekat di hati (relatable).
Antara isu-isu yang dikemukakan ialah
- anak lelaki Sun Bong iaitu Gang Jae yang tidak mengasihi ayahnya bahkan berdendam dengan ayahnya hanya kerana ayahnya miskin
- anak-anak yang tidak mengambil berat terhadap ayah mereka dan sebaliknya mengambil kesempatan atas kelembutan dan kebaikan ayah mereka terutama sekali anak lelaki Sun Bong iaitu Gang Jae dan anak perempuannya iaitu Gang Sim
- anak-anak yang menginginkan dan merebut aset dan harta bapanya yang masih hidup tanpa perasaan malu mahupun perasaan bersalah
- perihal tipu daya hartanah melalui kontrak yang sah
- sifat tamak dan licik dalam diri manusia apabila berkaitan dengan aset dan harta
- sifat sombong dan biadab anak-anak terhadap orang tua mereka hanya kerana mereka lebih berpelajaran, berkerjaya dan berjaya
Aku bandingkan drama ini dengan sebuah drama yang juga berkisar tentang tema keluarga dan kekeluargaan iaitu Mother Of Mine yang pernah aku tontoni beberapa tahun lalu.
Watak utama dalam drama Mother Of Mine berfokuskan seorang warga emas yang merupakan seorang ibu tunggal.
Namun, watak utama dalam What Happens To My Family? berfokuskan seorang warga emas yang merupakan seorang bapa tunggal.
Kedua-dua watak utama menghadapi cabaran dalam membesarkan anak-anak mereka.
Namun, drama What Happens To My Family? lebih menusuk qalbu dan meremuk-redamkan perasaan kerana drama ini mengetengahkan isu-isu yang lebih berat terutama sekali mengenai anak-anak kandung yang tidak beradab dan tidak kenang budi.
Bagiku, penulis cerita atau penulis skrip What Happens To My Family? berjaya memaparkan tema keluarga dan kekeluargaan dengan menyeluruh, mendalam dan meluas.
Dekat di hati!
Episod 24 ialah episod yang memuaskan hatiku apabila Cha Sun Bong yang lemah-lembut dan penyabar akhirnya naik angin dan memarahi dua orang anaknya iaitu Gang Jae dan Gang Sim sedangkan sebelum ini, beliau terlalu merendah diri dan berlembut terhadap anak-anaknya sendiri.
Subhanallah.