Sunday, November 19, 2023

Drama Korea: Who Are You (Episod 15)

4 watak utama dalam Who Are You:

(1) Lee Eun Bi (Watak anak yatim piatu yang tinggal di rumah kebajikan / adik kembar kepada Eun Byul)

(2) Gong Tae Kwang (Watak seorang anak yang tidak diberikan perhatian dan kasih sayang oleh kedua-dua ibu bapanya sejak kecil / Watak dan perwatakan yang paling aku minati)

(3) Gong Eun Byul (Watak anak yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita penyayang / kakak kembar kepada Eun Bi)

(4) Han Yi Ahn (Watak anak yatim / Watak yang tidak aku minati)

Friday, November 17, 2023

Drama Korea: Who Are You (Episod 5)

Daku sedang menonton Episod 5 daripada drama Korea bertajuk Who Are You: School 2015.

Saturday, November 11, 2023

Hanbok


Apabila chima bertemu dengan jeogori dan dikemaskan dengan goreum. Maka, hanbok diberi nama. Seperti mana kain ombak beralun bertemu dengan baju teluk belanga dan dikemaskan dengan butang sebutir. Maka, baju kurung diberi nama.

Thursday, October 26, 2023

MBC Dramia atau ....

MBC Dramia ialah lokasi penggambaran berlatarkan zaman silam iaitu zaman pemerintahan Samguk, Goryeo dan Joseon. Masya Allah!

Lokasi penggambaran yang terletak di wilayah Gyeonggi ini telah dibina pada tahun 2005 dan dimiliki oleh syarikat penyiaran Munhwa Broadcasting Corporation (MBC).

Sebenarnya, perkataan Dramia terbentuk daripada dua kata dasar iaitu 'drama' dan 'utopia'. Masya Allah!

Sudah tentu banyak drama berlatarkan zaman silam telah dirakamkan di sini termasuk drama yang paling aku minati iaitu Empress Ki. 


Penggambaran drama kebanggaan Korea Selatan iaitu Jewel In The Palace atau Dae Jang Geum yang diterbitkan pada tahun 2003 tidak dirakamkan di sini.

Namun, lokasi pertama di MBC Dramia ialah set penggambaran replika Dae Jang Geum.

Set penggambaran replika ini diberikan nama Dae Jang Geum berkemungkinan untuk memartabatkan nama drama itu atau nama tokoh sejarah yang pernah wujud suatu masa dahulu.

Jewel In The Palace atau Dae Jang Geum ternyata satu drama yang tidak boleh diketepikan kerana pengisiannya yang sarat ilmu selain daripada jalan cerita yang panjang lagi menarik seiring dengan ketinggian peribadi seorang wanita yang pintar pada zaman dahulu.

Dae Jang Geum bukan sekadar drama berlatarkan sejarah.

Dae Jang Geum pernah wujud dalam lipatan sejarah Korea Selatan. Masya Allah!

Sunday, October 22, 2023

Kampung Tradisional Jeonju

Kampung Tradisional Jeonju atau lebih dikenali sebagai Jeonju Hanok Village merupakan kampung tradisional terbesar di Korea Selatan. Terdapat 735 rumah tradisional di sini yang barangkali sebahagiannya berpenghuni.


Saturday, October 21, 2023

Pelakon lelaki dari Korea yang paling...

Pelakon lelaki dari Korea yang paling daku minati: Kim Seon Ho

Berpunca daripada drama Korea yang sungguh menghiburkan dan merawat luka serta duka di hati iaitu Hometown Cha Cha Cha, daku sungguh meminati Kim Seon Ho yang melakonkan watak utama bernama Hong Du Sik atau lebih mesra dengan panggilan 'Chief Hong' di kampung tempat tinggalnya.



Sunday, October 1, 2023

Pelakon wanita dari Korea yang paling...

Pelakon wanita dari Korea yang paling daku minati: Park Eun Bin


Antara karya lakonan Park Eun Bin yang paling menyerlah: Extraordinary Attorney Woo (2022)

Antara karya lakonan Park Eun Bin yang mencabar: The King's Affection (2021).

Antara karya lakonan Park Eun Bin yang paling aku minati dan dekat di hatiku: Age Of Youth Siri 1 & Siri 2 (2016 & 2017).