Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu
High Kick Musim Ke-2 (Episod 126)
Perpisahan mengusik perasaan.
Tangisan Hye Ri yang keseorangan di dalam rumah dua tingkatnya, sepulangnya dia dari sekolah adalah antara babak yang sungguh menyentuh perasaan.
Sesiapa pun akan mengalirkan air mata apabila melihat Hye Ri menghamburkan air mata sebegitu sebak dek perpisahan.
Kekosongan yang menyelubungi.
Kehilangan yang menyelimuti.
Relatable situation.
Familiar emotion.
Sefaham kulagi, episod terakhir ini berakhir dengan tragedi kemalangan jalan raya yang tidak dipaparkan secara langsung.
Episod drama Korea bertema keluarga lazimnya berakhir dengan kematian watak utama.
Sebagai contoh, kematian watak si ibu dalam drama Mother Of Mine dan kematian watak si ayah dalam drama What Happen To My Family.
Walaupun daku sungguh mengharapkan pengakhiran yang menggembirakan dalam drama High Kick Musim Ke-2, daku dapat menjangkakan barangkali akan ada pengakhiran yang berkait dengan kematian watak warga senja dalam drama ini.
Namun, daku tidak sesekali menyangka bahawa drama High Kick 2 berakhir dengan kematian watak utama Se Kyung dan watak sampingan Ji Hoon.
Suatu pengakhiran tragik yang mengejutkan, meremukkan dan tentu sekali tidak memuaskan hati tetapi mujurlah, babak kemalangan itu tidak dipaparkan secara visual.
Walaupun Se Kyung dapat meluahkan isi hatinya terhadap lelaki yang disukainya (sesuatu yang tidak diduga memandangkan watak Se Kyung kurang keyakinan diri, pemalu dan perahsia), luahan dan cintanya tetap tidak berbalas.
Sebenarnya, babak yang kuharapkan ialah Ji Hoon membuka hatinya untuk Se Kyung memandangkan Jung Eum telah meninggalkannya.
Namun, perkara yang kuharapkan langsung tidak berlaku.
Sebaliknya, tragedi pula yang menimpa mereka berdua.
Sejak mula, Ji Hoon memang mengambil berat dan melayani Se Kyung dengan baik sekali tetapi ternyata tidak lebih daripada perasaan ihsan Ji Hoon terhadap sesama insan.
Ji Hoon mengasihi dan mengambil berat akan Se Kyung bak seorang adik.
Lebih kurang seperti Julien mengasihi dan mengambil berat akan Shin Ae bak seorang adik.
Keihsanan dan nilai kemanusiaan yang dipaparkan menerusi watak Julien dan Ji Hoon terhadap kedua-dua watak utama iaitu Se Kyung dan Shin Ae yang sedang dalam kesusahan dan dalam situasi terdesak sesampainya mereka di bandar Seoul adalah antara babak-babak yang membahagiakan dan menenangkan jiwa.
Touching.
Healing.
Sebelum menonton drama ini sepenuhnya, daku tertonton dan menonton shorts di Facebook.
Setelah menonton drama ini episod demi episod, barulah daku tahu bahawa Ji Hoon ialah watak pertama yang Se Kyung dan Shin Ae temui di bandar Seoul.
Itu pun kerana Se Kyung telah terlanggar Ji Hoon serta kehilangan duit lalu menyangka bahawa Ji Hoon ialah pencopet yang telah mencuri duitnya.
Julien pula ialah watak kedua yang Se Kyung temui apabila Shin Ae pengsan di dalam sebuah kedai makan dan dibantu dengan segera oleh Julien.
High Kick Musim Ke-2 (Episod 1)
Setelah berkali-kali dan berhari-hari menonton klip video ringkas (shorts) sahaja mengenai dua watak utama yang sungguh comel iaitu Hye Ri (nakal, biadab dan suka membuli) dan Shin Ae (lembut, lurus akal dan baik hati seperti kakaknya), akhirnya daku terpanggil untuk menonton sepenuhnya drama High Kick Musim Ke-2. Aku sungguh tertarik dengan lakonan kanak-kanak perempuan yang melakonkan watak Hye Ri. Pelakon ini mula-mula aku kenali menerusi watak remaja dan pembuli iatu Jenny dalam drama sensasi Penthouse.
Berbalik kepada drama High Kick 2. Drama ini sebenarnya ada dalam Viki Rakuten ini tetapi penyiarannya terbatas. Penonton dari Singapura disekat daripada menonton drama Korea. Penyiar yang lain seperti IQiyi pula tidak mempunyai drama ini. Aku pun mengambil keputusan untuk melanggan Prime Video tadi semata-mata untuk menonton drama ini. Namun, sia-sia sahaja kerana tidak seperti yang dipaparkan di lelaman Prime Video! Drama ini tidak ada dalam Prime Video.
Alhamdulillah! Akhirnya, aku temui drama ini dalam lelaman Drama Cool. Sekarang aku sedang menonton drama Korea yang aku idam-idamkan iaitu High Kick Musim Ke-2 (Episod 1).
Berikut ialah pautan drama High Kick Musim Ke-2 (Episod 1).
Past is a good place to visit but certainly not a place to stay.
The past is a place of reference, not a place of residence.
Never be a prisoner of your past. It was just a lesson. Not a life sentence.
21 November 2023
4 watak utama dalam Who Are You:
(1) Lee Eun Bi (Watak anak yatim piatu yang tinggal di rumah kebajikan / adik kembar kepada Eun Byul)
(2) Gong Tae Kwang (Watak seorang anak yang tidak diberikan perhatian dan kasih sayang oleh kedua-dua ibu bapanya sejak kecil / Watak dan perwatakan yang paling aku minati)
(3) Gong Eun Byul (Watak anak yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita penyayang / kakak kembar kepada Eun Bi)
(4) Han Yi Ahn (Watak anak yatim / Watak yang tidak aku minati)