Tuesday, January 9, 2024

Antara Sky Castle dengan Penthouse

Sky Castle yang kutontoni baru-baru ini ada persamaan dengan Penthouse yang kutontoni pada tahun 2020. Namun, kedua-dua karya masih ternyata berbeza.  

Aku menyangka bahawa Sky Castle mengambil inspirasi daripada Penthouse. Namun, rupa-rupanya tidak begitu kerana Sky Castle telah diterbitkan lebih dahulu iaitu pada 2018 manakala Penthouse telah diterbitkan kemudian pada 2020.

Walaupun aku mengakui bahawa aku sungguh teruja dengan drama Penthouse kerana mempunyai banyak unsur menarik seperti watak protagonis yang mampu menyaingi watak antagonis dari segi kebijaksanaan mengatur strategi dan elemen kejutan yang di luar jangkaan atau 'plot twist' yang membuat mata terbuntang, aku memilih drama Sky Castle sebagai karya yang lebih baik.

Kedua-dua drama Penthouse dan Sky Castle adalah mengenai golongan elit - orang dewasa dan anak-anak mereka dalam mengejar sukses dan status.

Penthouse berlatarkan sebuah apartment mewah 100 tingkat yang diberi nama Hera Palace yang tampak seperti hotel mewah. Sky Castle pula berlatarkan rumah apartment berbentuk teres atau banglo. Aku tertarik dengan infrastruktur dan suasana Sky Castle yang indah dan menyenangkan. 

Perkara yang paling menyerlah ialah drama Penthouse berkisar watak-watak yang majoritinya toksik dan berpenyakit hati tidak kira watak golongan dewasa atau pun anak-anak mereka. Dendam menjadi motivasi watak-watak antagonis mahupun protagonis dalam karya ini. Isu pembunuhan dan penindasan serta isu kecurangan, korupsi dan kezaliman yang selalu berlaku dan sangat dahsyat diketengahkan dengan berani atau dengan benar?! 

Drama Sky Castle tidak begitu meskipun ada segelintir watak yang toksik dan berpenyakit hati serta pendendam. Namun, motivasi watak utama dalam Sky Castle ini adalah mencari tahu perkara dan punca sebenar kes bunuh diri yang berlaku di dalam kediaman rumah baharunya serta merungkai rahsia dan masalah itu agar tidak berlaku peristiwa seumpama itu lagi. Isu pembunuhan sebanyak dua kali dilakukan oleh seorang individu yang sama dan isu penindasan adalah minimal. Tidak ada isu kecurangan dalam drama ini manakala isu korupsi yang dipaparkan tidak begitu dahsyat dan isu kezaliman juga adalah minimal.

Sky Castle lebih 'relatable' manakala Penthouse pula terlalu 'over'. Sky Castle lebih mudah 'dikunyah', mudah 'ditelan' dan mudah 'dihadam'. Penthouse pula sentiasa menyuntik perasaan teruja untuk terus menonton dek jalan cerita yang penuh dengan debaran dan kejutan! 

Pengakhiran Sky Castle diolah dengan rapi dan memuaskan hati kerana pengajaran yang dipelajari dan keinsafan yang menerobos ke dalam hati nurani watak-watak berjaya diketengahkan tanpa tergesa-gesa dalam episod terakhir. Perkara ini perlu dan penting untuk penonton kerana 'character arc' watak-watak dalam cerita ini dan 'lesson learnt' adalah sesuatu yang bernilai. Sedangkan, Penthouse diakhiri dengan pilihan watak utama yang mendadak untuk membiarkan dirinya mati di dalam tasik kerana dia akhirnya ditenggelami perasaan bersalah dek agenda dendamnya dan berfikir bahawa dia perlu menebus kesalahannya. Hmmm. Setelah 3 musim 'berperang' (memandangkan tajuk penuh drama ini ialah The Penthouse: War In Life), adalah mengecewakan apabila watak utama selaku watak protagonis iaitu Shim Su Ryeon memilih untuk menamatkan riwayatnya.

Sky Castle: 9 bintang

Penthouse: 6 bintang

Saturday, January 6, 2024

Kelas pertama: Kelas 5 Januari 2024

Terharu, teruja dan gembira kerana kelas ini telah menemukanku semula dengan seseorang yang kukenali sejak zaman remaja (akhir belasan tahun) hinggalah umurku menginjak dewasa (akhir 20an tahun).

Semenjak persahabatan kami putus akibat daripada mazmumah yang beracak lengan lebih kurang 17 tahun yang lalu, pertemuan semula dalam ruang digital melalui platform Zoom ialah sesuatu yang tidak kuduga.

Segalanya berlaku menurut kehendak dan susunan Allah sebagaimana Allah menemukan kami dalam jurusan yang sama semasa menuntut ilmu di Politeknik Singapura pada akhir 90an.

Kami berkenalan pada tahun 1997 tetapi rapat sejak 1998.

Namun, persahabatan itu berakhir pada tahun 2007.

Suatu masa dahulu, kami dipertemukan dalam jurusan yang sama. 

(Kemudian, kami rapat sejak mengikuti kelas yang sama.)

Kini, kami dipertemukan sekali lagi dalam kelas digital yang sama. 

Masya Allah!

Ada secubit kesedihan yang terasa di hati apabila terimbas kembali memori lama semasa kami berkawan terutama sekali sejak kami rapat dan semakin saling menghargai.

Thursday, January 4, 2024

Tahlil

Tahlil merujuk kepada ungkapan 'La ila ha illallah'.

Pertama kali menemui klip video ini:



Saturday, December 30, 2023

Lee Sun Kyun

Watak seorang peguam yang tenang dan tegas tetapi baik hati dalam Diary Of A Prosecutor selaku watak utama telah dilakonkan oleh Lee Sun Kyun.

Daku baru sahaja beberapa minit yang lalu membaca berita mengenai kematian beliau yang dikatakan telah membunuh diri di dalam kereta.

Lebih sebulan yang lalu semasa berada di Korea, daku melihat beliau di berita kerana didakwa di mahkamah.

Kini, beliau telah pergi.

Ke alam barzakh.

Apabila beliau berhadapan dengan situasi yang menekan perasaan dalam kehidupan realiti, hanya Allah yang Maha Mengetahui sahaja yang mengetahui gejolak perasaan hamba-hambaNya.

Daripada Allah, kita datang.

Kepada Allah, kita pulang.

Drama Korea bertemakan / berlatarkan teknologi

Antara drama Korea yang bertemakan atau berlatarkan teknologi. 

Masya Allah!

Bukan sahaja cerita dan jalan cerita yang diolah sungguh menarik, kebijaksanaan dalam menghasilkan skrip yang unik dan segar sungguh terserlah.

1) Memories of the Alhambra (2018-2019)

2) Start Up (2020)

3) Unlock My Boss (2022)

Tuesday, December 12, 2023

Kemarin (Kelmarin) - Seventeen

Kemarin engkau masih ada di sini

Bersamaku menikmati rasa ini

Berharap semua takkan pernah berakhir

Bersamamu

Bersamamu


Kemarin dunia terlihat sangat indah

Dan denganmu merasakan ini semua

Melewati hitam putih hidup ini

Bersamamu

Bersamamu


Kini sendiri di sini
Mencarimu tak tahu di mana
Semoga tenang kau di sana
Selamanya

Aku selalu mengingatmu
Doakanmu setiap malamku
Semoga tenang kau di sana
Selamanya


Masya Allah.
Air mata bergenang. 
Air mata berlinang.

Monday, December 4, 2023

High Kick Musim Ke-2 (Episod Terakhir)

High Kick Musim Ke-2 (Episod 126)

Perpisahan mengusik perasaan.

Tangisan Hye Ri yang keseorangan di dalam rumah dua tingkatnya, sepulangnya dia dari sekolah adalah antara babak yang sungguh menyentuh perasaan.

Sesiapa pun akan mengalirkan air mata apabila melihat Hye Ri menghamburkan air mata sebegitu sebak dek perpisahan.

Kekosongan yang menyelubungi.

Kehilangan yang menyelimuti.

Relatable situation.

Familiar emotion.

Sefaham kulagi, episod terakhir ini berakhir dengan tragedi kemalangan jalan raya yang tidak dipaparkan secara langsung.

Episod drama Korea bertema keluarga lazimnya berakhir dengan kematian watak utama.

Sebagai contoh, kematian watak si ibu dalam drama Mother Of Mine dan kematian watak si ayah dalam drama What Happen To My Family.

Walaupun daku sungguh mengharapkan pengakhiran yang menggembirakan dalam drama High Kick Musim Ke-2, daku dapat menjangkakan barangkali akan ada pengakhiran yang berkait dengan kematian watak warga senja dalam drama ini.

Namun, daku tidak sesekali menyangka bahawa drama High Kick 2 berakhir dengan kematian watak utama Se Kyung dan watak sampingan Ji Hoon.

Suatu pengakhiran tragik yang mengejutkan, meremukkan dan tentu sekali tidak memuaskan hati tetapi mujurlah, babak kemalangan itu tidak dipaparkan secara visual.

Walaupun Se Kyung dapat meluahkan isi hatinya terhadap lelaki yang disukainya (sesuatu yang tidak diduga memandangkan watak Se Kyung kurang keyakinan diri, pemalu dan perahsia), luahan dan cintanya tetap tidak berbalas.

Sebenarnya, babak yang kuharapkan ialah Ji Hoon membuka hatinya untuk Se Kyung memandangkan Jung Eum telah meninggalkannya.

Namun, perkara yang kuharapkan langsung tidak berlaku.

Sebaliknya, tragedi pula yang menimpa mereka berdua.

Sejak mula, Ji Hoon memang mengambil berat dan melayani Se Kyung dengan baik sekali tetapi ternyata tidak lebih daripada perasaan ihsan Ji Hoon terhadap sesama insan.

Ji Hoon mengasihi dan mengambil berat akan Se Kyung bak seorang adik.

Lebih kurang seperti Julien mengasihi dan mengambil berat akan Shin Ae bak seorang adik.

Keihsanan dan nilai kemanusiaan yang dipaparkan menerusi watak Julien dan Ji Hoon terhadap kedua-dua watak utama iaitu Se Kyung dan Shin Ae yang sedang dalam kesusahan dan dalam situasi terdesak sesampainya mereka di bandar Seoul adalah antara babak-babak yang membahagiakan dan menenangkan jiwa.

Touching.

Healing.

Sebelum menonton drama ini sepenuhnya, daku tertonton dan menonton shorts di Facebook.

Setelah menonton drama ini episod demi episod, barulah daku tahu bahawa Ji Hoon ialah watak pertama yang Se Kyung dan Shin Ae temui di bandar Seoul.

Itu pun kerana Se Kyung telah terlanggar Ji Hoon serta kehilangan duit lalu menyangka bahawa Ji Hoon ialah pencopet yang telah mencuri duitnya.

Julien pula ialah watak kedua yang Se Kyung temui apabila Shin Ae pengsan di dalam sebuah kedai makan dan dibantu dengan segera oleh Julien.