Saturday, January 25, 2025

Projek Januari 2025: 11 Januari 2025 (Sabtu)

Salam sejahtera untuk ruh, qalbu, nafsu, perasaan, aqal, jasad, jiwa seorang Noraini Binte Mohamed Yusope dalam bulan Januari.

Perjalanan dalam tahun 2025 telah pun bermula.

Perjalananku pada tahun ini adalah di luar kebiasaan kerana aku tidak pernah menjangka akan mengikuti kursus mengecat selama 3 jam bersama Big Blue Trunk yang terletak di 43 Keppel Road.

Perjalanan ini diinspirasikan Masya Allah melalui klip video ringkas (shorts) serta klip video Youtube milik seorang wanita Serbia yang sangat kreatif dalam menghasilkan banyak projek catan yang sungguh menarik perhatian.

Beliau memiliki studio atau kedai serta syarikat beliau sendiri yang dinamakan Kacha.

Beliau dikenali ramai sebagai Kacha tetapi nama sebenar beliau ialah Katarina.

Melalui beliau, Masya Allah .... daku menghasilkan projek Januari 2025 yang dilaksanakan dan terlaksana pada 11 Januari 2025.



Almari kecil ini dicat dengan cat kapur yang dikenali sebagai Chalk Paint by Annie Sloan.

Daku telah memilih gabungan warna ungu Emile dan warna merah jambu (pucat) Antoinette.

Sunday, January 19, 2025

Cross paths / Pertemuan yang tidak diduga

 


Sesuatu yang tak disangka
Sering kali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan?
Atau sekadar satu kebetulan?

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi kubimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulangnya kesilapan

Masya Allah.

Air mata bergenang apabila mendengar lagu yang dimainkan sambil daku menghayati lirik yang disampaikan.

'Itukah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?'

Suratan.

Kebetulan-kebetulan yang berlaku ialah suratan jua.

Sesungguhnya, setiap dan segala yang terjadi adalah dalam qada' dan qadar Allah.

Zaman kecil:

Tadika (1986) di Blok 519

Sekolah rendah (1987-1992) di Sekolah Rendah Bedok North

Estet kejiranan di Blok 501 dan sekitarnya seperti kedai, pusat makanan, perhentian bas, taman permainan, kelas mengaji Muqaddam / Al Quran

Estet kejiranan Bedok North: madrasah mingguan di Masjid Al Ansar, emporium seperti NTUC dan Oriental, Perpustakaan Bedok

Zaman remaja:

Sekolah menengah (1993-1996) di Sekolah Menengah Bedok South

Estet kejiranan Bedok: Pusat Pertukaran Bas, Perpustakaan Bedok, poliklinik, restoran makanan segara iaitu Mac Donalds, A&W, Long John's Silver, KFC

Geylang Serai / Perkampungan Geylang Serai, Pantai East Coast, Lapangan Terbang Changi

Saturday, January 4, 2025

Thursday, December 26, 2024

Doa untuk bayi


 اللهم اجْعَلْهُ بَارًّا تَقِيًّا رَشِيْدًا وَأَنْبِتْهُ فِي الْإِسْلَامِ نَبَاتًا حَسَنًا

(Allahummaj'alhu barran taqiyyan rasyîdan wa-anbit-hu fil islami nabatan hasanan)

Ertinya: Ya Allah, jadikanlah dia (bayi) orang yang baik, bertakwa dan cerdas. Tumbuhkanlah dia dalam Islam dengan pertumbuhan yang baik.

Friday, December 13, 2024

Ramalanku Benar Belaka (Umbrella / Zarul)

 


Hingga ke saat ini

Berbagai persoalan tak henti melanda

Buntu kumemikirkannya


Kau memilih diriku di atas dasar apa?

Apakah kerna cinta?

Atau pelepas sepi cuma?


Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan

Membiarkan ranting dimamah usang

Apakah semua itu akan terjadi padaku?

Andainya benar

Maka tepatlah apa yang kuramalkan


Waktu bersamamu 

Banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama

Dan satu darinya ungkapan syahdu bahawa aku takkan kehilanganmu

Susah payah kita semai benih cinta

Merempuh dugaan

Akhirnya kau tinggalkan

Sia-sialah kubina istana cinta 

Andai insan lain di hatimu bertakhta


Hingga ke saat ini

Ku masih mengenangkan detik-detik terindah

Dan berkesudahan aku parah

Kesudahan aku parah

Tun Jana Khatib dalam filem Melayu klasik

Setelah sekian lama dan beberapa kali daku cuba mendapatkan sebuah filem Melayu klasik bertajuk Singapura Dilanggar Todak di internet, akhirnya pada pagi ini iaitu 13 Disember, lelaman Daily Motion telah menunaikan hasratku.

Hati terusik kerana pada minit ketujuh, telah terbina satu konteks bahawa rakyat Singapura atau Temasik yang diwakili oleh watak Penghulu belum memeluk Islam. Manakala tiga orang pemuda dari Pasai yang baru sampai di dermaga sebuah pantai di Singapura pula beragama Islam. Lantas, ucapan salam serta huluran tangan untuk bersalaman dengan Penghulu tidak disambut. Namun, tutur bicara Penghulu menyambut kedatangan mereka tetap sopan. 

Bukankah sedia maklum bahawa salah seorang daripada pemuda ini akan dibunuh secara zalim? Nama beliau ialah Jana Khatib.