Saturday, June 14, 2025

Tarikh lahirku yang sama dengan ...

Aku sedang menonton drama Korea bertajuk Flower Boys Next Door di Youtube.

Watak lelaki bernama Enrique Geum dilakonkan oleh Yoon Si Yoon.

Yoon Si Yoon pernah berlakon dalam drama High Kick 2 dan aku menyukai watak yang dilakonkan iaitu Jeong Jun Hyeok yang berempati dengan pembantu rumahnya.

Rupa-rupanya, drama High Kick 2 ialah debut bagi Yoon Si Yoon.

Apabila aku melihat profilnya di Asian Wiki, Yoon Si Yoon mempunyai tarikh lahir yang sama denganku.

26 September.



Friday, June 13, 2025

Masya Allah, peluang dan pengalaman ...

Masya Allah tabarakallah.

Air mata bergenang dek perasaan tersentuh dan rindu kepada peluang dan pengalaman menjadi siswi di Universiti Malaya dengan izin Allah Al Wahhab.

Tahun-tahun yang direzekikan untukku berada di Universiti Malaya ialah nikmat indah yang kuhargai.

Apabila aku mendapat tahu bahawa Kidzania Kuala Lumpur terletak di The Curve, Petaling Jaya dan kemudian aku sengaja menaip di Google akan peta perjalanan dari UM yang juga terletak di Petaling Jaya ke The Curve, terbit perasaan terharu....

(Sebenarnya, aku baru pulang dari Sentosa petang tadi setelah bercuti 3 hari 2 malam di sana dan berkunjung ke Kidzania semalam).

Masya Allah.

2009 - 2012 ialah tahun-tahun aku berada di Universiti Malaya sebagai seorang siswi dari Singapura yang membawa diri, jiwa nan lara....

Pada mulanya, aku sendiri ragu-ragu setelah menjejakkan kaki di asrama Kolej Ungku Aziz.

Jangka masa seminggu dua bahkan sebulan dua yang aku tempuhi di asrama dan akademi masih lagi aku ragui.

Boleh dikatakan semester pertamaku di Universiti Malaya, khususnya Akademi Pengajian Melayu aku rempuhi dengan perasaan sangsi.

Alhamdulillah, Allah Ar Rahmaan menggantikan perasaan sangsi dengan perasaan tenang dan senang hati semenjak semester kedua hinggalah ke semester keenam.

Masya Allah tabarakallah.

Kini, segalanya hanya tinggal memori yang kian dilupakan.

Semakin lama, semakin pudar kenangan-kenangan indah yang tidak terhitung nikmatNya.

Ya Allah Ya Wahhab, aku berterima kasih atas peluang dan pengalaman meniti tahun-tahun 2009 - 2012 di bumi Malaya.

Antara nikmat terindah yang Allah s.w.t rezekikan kepada seorang Noraini Binte Mohamed Yusope ialah nikmat menuntut ilmu dan hidup di Kuala Lumpur, Malaysia sebagai siswi Universiti Malaya.


Thursday, March 20, 2025

Surah An Naba (Ayat 1 hingga Ayat 13) dalam Ramadhan 1446 Hijrah / 2025


Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

(An-Naba' 78:1)
A002

Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

(An-Naba' 78:2)
A003

Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

(An-Naba' 78:3)
A004

Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

(An-Naba' 78:4)
A005

Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

(An-Naba' 78:5)
A006

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

(An-Naba' 78:6)
A007

Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

(An-Naba' 78:7)
A008

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

(An-Naba' 78:8)
A009

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

(An-Naba' 78:9)
A010

Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

(An-Naba' 78:10)
A011

Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

(An-Naba' 78:11)
A012

Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

(An-Naba' 78:12)
A013

Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

(An-Naba' 78:13)
A014

Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -

(An-Naba' 78:14)
A015

Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

(An-Naba' 78:15)
A016

Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

(An-Naba' 78:16)

Saturday, February 15, 2025

Surah Maryam, ayat 85

Surah Maryam, ayat 85:

(Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.

Sunday, February 2, 2025

Penghujung Januari

Daku tumpas dek demam pada penghujung Januari.

Akhirnya, daku ke klinik jua pada 31 Januari (Jumaat) semenjak dilanda demam pada 28 Januari (Selasa).