Wahai bangsaku
Aku masih pilu
Dua baris ayat daripada lirik lagu ini harus kita sama-sama renungi
'Di dalam perjuangannya, mazmumah menjadi pakaian diri.'
'Perjuangan kamu, kejayaan nafsu dan syaitan.'
:'(
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Saturday, March 12, 2011
Thursday, March 10, 2011
Cuti-Cuti Malaysia 1: Kuala Kangsar, Perak
Nikmat penglihatan merupakan satu anugerah yang terlalu bernilai dalam hidup.
Lantas, dengan nikmat inilah kita menjelajah untuk melihat keindahan alam dan ciptaan.
Pada 4-6 Mac 2011, aku dan teman-teman sekuliah serta rakan-rakan UM yang lain telah bercuti di Kuala Kangsar, Perak.
Program lawatan ini telah kami rancang pada Semester 3 iaitu tahun lalu setelah aku jatuh hati kepada keindahan Istana Kenangan, Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiah sewaktu melakukan kajian untuk tugasan dalam modul Seni Bina.
Pada waktu itu, kami ditugaskan untuk mengkaji seni bina istana-istana Melayu untuk tugasan berkumpulan kami.
Sebenarnya, Kak Karmilah yang lebih fokus kepada Istana Kenangan dan Istana Iskandariah manakala aku memberi fokus kepada konsep seni bina istana dan Istana Pelamin.
Meskipun aku turut membaca dan mengkaji tentang Istana Kenangan dan Istana Iskandariah, namun Kak Karmilah yang lebih banyak menjelaskan tentang kedua-dua istana ini sewaktu persembahan kami.
Oleb sebab aku sudah jatuh hati dengan keindahan Istana Kenangan, aku berhasrat untuk bersua muka dengan istana ini.
Namun, oleh sebab keterbatasan waktu dan peluang, jalan tidak terbuka untuk aku berkunjung ke Istana Kenangan, Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiah yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.
Lantas, perancanganku bersama Adik Hafiz dan Adik Kahar terkubur begitu sahaja semester lalu meskipun perancangan ini telah diwarwarkan di ruang 'inbox' Facebook dan diikuti dengan susulan dalam kelas tutorial Seni Bina.
Namun, satu perkara yang aku masih ingat dengan jelas ialah saranan Adik Hafiz agar menyiapkan iklan untuk program lawatan ini agar perancangan ini tampak lebih jelas dan meyakinkan bahkan akan memudahkan pelajar memikirkan tentang penyertaan mereka.
Pengiklanan itu penting!
Atas dasar itu, aku telah mengorak langkah menyiapkan iklan Cuti-Cuti Malaysia yang 'simple' untuk menarik minat peserta pada semester ini iaitu Semester 4.
Iklan itu aku paparkan melalui ruang Facebook.
Adik Awang Azhar turut membantuku menge'tag' rakan-rakan di Facebook untuk mendapatkan sambutan terutama sekali daripada pelajar lelaki.
Meskipun tidak begitu mendapat sambutan daripada pelajar lelaki dan perkara ini boleh dikaji sebab-musababnya, Alhamdulillah, rombongan 18 orang ke Kuala Kangsar berjalan dengan lancar.
Peristiwa yang menyeronokkan dan kenangan yang indah telah terakam dalam jiwa kami.
Paling penting, impianku untuk ke Istana Kenangan sudah kesampaian meskipun aku terkilan kerana tidak dapat masuk ke dalam istana itu atas sebab hal penyelenggaraan. Hmmmm....
Secara keseluruhan, aku sungguh terhibur kerana aku dapat ke Istana Kenangan dan dapat bersua muka dengan istana idamanku ini.
Cantik, unik dan comel istana itu!
Gambar digital dan rakaman video sebagai dokumentasi kenangan kami bersama bercuti di Kuala Kangsar.
Berikut adalah iklan yang aku bina menggunakan program Powerpoint.
Gambar-gambar pada iklan ini diperolehi daripada internet. Terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan gambar-gambar berikut.
Mudah sahaja membina iklan.
Bahkan, seronok juga membina iklan.
Mudah kerana aku sekadar memilih gambar yang paling menarik daripada internet dan gabung jalinkan menjadi sebuah 'potret' yang indah.
Kemudian, masukkan butiran penting yang tuntas agar dapat dilihat dengan jelas dan difahami dengan mudah oleh mereka yang melihat iklan.
Teknologi banyak membantu.
Dari mula sampai akhir promosi program ini.
Dari tahap awal membina iklan hinggalah kepada tahap memaparkan iklan dan kemudiannya mendapatkan respon daripada rakan-rakan.
Alhamdulillah.
Seronok kerana iklan yang dihasilkan merupakan satu karya seni yang memerlukan kekreatifan.
Dalam 'post' seterusnya, insyaAllah akan aku paparkan gambar-gambar digital kami semasa bercuti di Kuala Kangsar.

Wednesday, March 9, 2011
Bicara Kalbu Dan Fikrah: Ketika rindu dan syahdu menyinggahi nurani...
Apakah maksud di sebalik segala yang berlaku dalam hidupku?
Adakala aku menerima seadanya.
Adakala aku merintih pilu dengan takdir ini.
Adakala aku memberontak dengan pertanyaan bertalu-talu.
Apatah lagi aku bukan seseorang yang akan mudah menerima nasihat atau khutbah manusia yang cuba untuk memahamkan aku tentang kehidupan.
Aku memang tidak akan mudah menerima nasihat atau khutbah manusia selagi perkara yang aku hadapi tidak dihadapi oleh orang yang berhasrat untuk menasihatiku.
Paling tidak aku akan hanya membuka pintu hatiku untuk mendengar dan meyakini intipati kata-kata seseorang kerana dia pernah melalui pahit getir kehidupan kerana aku tahu dia berkata berdasarkan pengalaman.
Bagiku dan bagi egoku, apalah yang hendak dinasihatkan kepadaku seandainya orang itu tidak melalui apa yang aku lalui.
Mana mungkin dia mampu mengerti dan menghayati gelodak perasaan ini andai dia tidak mempunyai pengalaman seumpama yang aku alami.
Lantas atas dasar itu, sebaik-baik tempat mengadu adalah Penciptaku sendiri.
Cuma adakala ketika aku patah harap atau sedang beremosi, kadang kala aku seperti merajuk dengan Penciptaku sendiri.
Namun Penciptaku yang Maha Penyabar akan sentiasa memujukku dengan caraNya yang tersendiri.
Ingatlah wahai diriku bahawa sebaik-baik tempat mengadu ialah Penciptaku sendiri kerana Dia yang menjadikan setiap manusia.
Hati kita, perasaan kita dan jiwa kita ternyata milik Dia.
Dengan pengaduan kepadaNya, Dia akan menyusun atur agar dipertemukan dengan insan yang dapat memahami situasi dan membantu dalam merungkai masalah kita barangkali.
Tidak harus terlalu berharap kepada manusia kerana manusia hanyalah manusia.
Serba tidak sempurna.
Atas dasar itu, usah letakkan keyakinan bahawa masalah atau gelodak perasaan akan difahami oleh manusia.
Biasanya, manusia akan lebih menyakiti atau menyesakkan dada dengan sikap mereka yang akan berkhutbah tanpa kefahaman.
A good listener is so difficult to find.
In fact, am I a good listener?
Seorang pendengar yang baik terlalu sukar untuk ditemui tetapi Alhamdulillah, Dia masih memberiku pendengar yang baik meskipun tidak ramai.
Moga aku juga menjadi seorang pendengar yang baik kerana aku juga manusia yang serba tidak sempurna.
Namun, pendengar terbaik yang pernah bersamaku selama empat tahun dan yang paling sabar dalam menghadapi karenahku yang tidak penyabar ini telah berlalu pergi.
Insan yang baik dan terbaik dalam memahamiku serta kelemahan diri ini.
Kehadirannya yang pernah mewarnai kehidupan yang sebelum itu kelam amat kuhargai.
Perpisahan yang berlaku telah kami setujui dengan redha.
Namun adakalanya ketika rindu menyinggahi nurani, rindu itu ditemani syahdu seperti malam ini.
Hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa dan apa yang telah kami lalui.
Hanya Tuhan yang tahu hikmah di sebalik pertemuan dan perpisahan ini.
Dia tetap seorang insan yang baik pada kaca mataku.
Mungkin dengan berkat doanya seperti yang dia janjikan akan berikan kepadaku, aku lebih tenang kini dan tidak sebingung dahulu.
Entahlah.
Hanya Tuhan yang tahu.
Segala yang berlaku dalam kehendak Tuhan yang Maha Pengasih.
Namun ketika hati dicengkam rindu dan ditusuk syahdu, harapanku agar ketenangan menyelamatkan aku.
Aku pun sedar syukurku sangat berkurangan.
Sekonyong-konyong teringat sebuah lagu yang seolah-olah menggambarkan gelora di hati.
Lagu 'Khushiyan Aur Gham' dalam filem Mann.

Sunday, February 13, 2011
Warkah Cinta: Surah Al Qadr
Tersentuh nurani ini mendengar kelembutan alunan tiga suara.
Suara seorang lelaki mendidik seorang anak kecil membaca surah Al Qadr (surah Lailatul Qadr).
Suara seorang anak kecil (barangkali perempuan) mengikut sama membaca surah Al Qadr (surah Lailatul Qadr).
Suara wanita-wanita menasyidkan secara harmoni surah Al Qadr (surah Lailatul Qadr).
Suara-suara yang indah membelai nurani.
Suara-suara itu jugalah yang telah dijadikan alat untuk mendidik dan menjinakkan jiwa-jiwa kepada Pemilik suara dan surah itu sendiri.
Lirik nasyid ini indah dan sempurna kerana mengandungi warkah cinta daripada Pemiliknya iaitu surah Al Qadr.
Melodi nasyid ini pula ternyata menenangkan jiwa.
Seandainya tetamu Nurani Nurain ingin dibelai dengan lagu yang indah ini, silalah ke
http://mawaddah.com.my/world/
Di bahagian kanan lelaman itu terdapat Mawaddah Music Box.
Sila pilih lagu yang kelapan iaitu Lailatul Qadr.
Keindahan seni suara dan muzik yang ternyata menyentuh nurani dan BEST.
Lagu-lagu lain seperti Rabiul Awal dan Patut Bersyukur pun best.
:) Nikmatilah.

Saturday, February 5, 2011
Nak Citer Ni: Bergambarlah
Rindu kepada mereka bertamu di hati apabila melihat gambar mereka.
Mereka yang dimaksudkan adalah si cilik iaitu anak-anak muridku sewaktu aku menjadi seorang guru bahasa Melayu.
Alhamdulillah, seronok sangat apabila hard disk aku telah dipulihkan dari serangan virus yang cukup menstreskan aku semester lepas. Virus tu pun aku perolehi dari Facebook semester lepas. Menyerang laptop. Menjejas thumb drive. Kemudian, menyerang hard disk kerana aku yang kurang bijak ni telah bertindak dalam cemas. Akhirnya, menjejas desktop di rumah. Itupun sekali lagi kerana aku yang kurang cerdik ni telah bertindak kerana kurang sabar.
Alhamdulillah, laptop aku telah dipulihkan dengan bantuan computer expert di Singapura. Manakala thumb drive aku telah aku re-format sendiri. Minggu cuti ni iaitu pada hari Rabu, aku telah ke API untuk mendapatkan khidmat merawat hard diskku yang telah tenat. Alhamdulillah, pulih! RM 5 sahaja upahnya. Padahal aku ada lah stres dan sangat stres semenjak semester lepas dek segala virus yang menyerang kesemua gadgetku.
Sekarang, cuma tinggal desktop di rumah yang perlu dipulihkan. Andai ada kesempatan dan masa, harus aku usahakan merawat desktop tu kerana Anti Virus 2011 (Norton) sudah pun ada dalam tangan. Yang belum ialah save mana-mana fail yang penting dan re-format.
Oleh sebab aku dah boleh gunakan hard disk aku dengan selamat, apa lagi aku pun rujuk fail-fail dan gambar-gambar yang terkandung dalam hard diskku tu.
Hatiku dicengkam rindu. Rindu kepada mereka yang jauh di mata.
Apa tak nya. Dah lebih setahun setengah berpisah.
Melihat gambar mereka, aku teringat kenangan lalu dan suasana bersama mereka. Keletah mereka. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di antara aku dengan mereka. Jiwaku dicengkam rindu.
Melihat gambar mereka mengubat rindu. Kini, aku sedar bahawa gambar penting padahal aku bukanlah seseorang yang suka bergambar dan boleh dikatakan tidak minat bergambar. Mengambil gambar orang pun tak suka atau tak minat. Bahkan, aku rasa macam rimas sangat apabila orang asyik bergambar. Sangat rimas.
Aku rasa aku dah sedar sekarang bahawa gambar penting. Gambar merakam peristiwa tertentu yang akan menjadi kenangan pada masa akan datang atau suatu hari nanti.
Selama ni, aku memang minat videografi kerana aku lebih suka merakam kelakuan. Mungkin gambar tidak se'authentic' video tetapi gambar tetap penting. Dah tiga kali aku sebut gambar penting. Ahakz.
Aku rasa budaya berFacebook telah mendedahkan aku kepada budaya bergambar dan sekaligus mempengaruhi mindaku di bawah sedar. Aku rasa juga apabila aku berada di UM iaitu pengalaman pertama berjauhan dari negara sendiri selama bertahun-tahun telah memotivasikan aku kepada budaya bergambar. Aku rasa apabila melihat gambar-gambar yang lalu juga, hatiku semacam terisi dengan kenangan. Hmmm.... jadi aku dah sedar gambar tu penting.
Bergambarlah selagi ada peluang bergambar. Mungkin aku pun tidaklah menjadi seseorang yang akan suka atau minat bergambar tetapi sekurang-kurangnya, bergambarlah andai ada peluang.
OK. Lihatlah gambar-gambar yang ada ni. Terkilan juga sebab tak banyak tapi sekurang-kurangnya ada. Gambar mereka tanpa aku kerana alkisahnya, aku memang tak suka dan tak minat bergambar.
Gabungan kelas 2F, 2G, 2H dan 2I untuk kelas bahasa Melayu dalam tahun 2008.
Di kolong bangunan sekolah. Di sinilah mereka berhimpun selepas waktu makan. Di sinilah tempatnya juga aktiviti luar darjah boleh dijalankan.
Jika tidak silap, Danial namanya. Dengar cakap. Budak baik.
Inilah calon menantuku. Eh, bukan. Ahakz. Inilah ketua darjahku. Romie. Sangat rajin. Sangat berdisiplin. Sangat boleh diharap. Tapi dia perasa orangnya. Jika dimarah sedikit pun, akan mudah mengalirkan air mata. (Itu tanda dia romantik. Hehehehe.) Jadi tak payahlah marah dia. Tenung dan jeling dah cukup. Ahakz.
Nama dia Alif. Seperti Romie, dia juga sangat rajin. Sangat berdisiplin. Sangat boleh diharap. Ciri kepimpinannya lebih menyerlah. Dia berani berterus-terang tentang apa yang dia fikir. Tegas tapi tidak garang. Matang. Sengaja aku gandingkan dia dengan Romie untuk membantu ketua darjahku agar kelembutan jiwa Romie dapat diperkukuhkan. Ahakz.
Mereka yang dimaksudkan adalah si cilik iaitu anak-anak muridku sewaktu aku menjadi seorang guru bahasa Melayu.
Alhamdulillah, seronok sangat apabila hard disk aku telah dipulihkan dari serangan virus yang cukup menstreskan aku semester lepas. Virus tu pun aku perolehi dari Facebook semester lepas. Menyerang laptop. Menjejas thumb drive. Kemudian, menyerang hard disk kerana aku yang kurang bijak ni telah bertindak dalam cemas. Akhirnya, menjejas desktop di rumah. Itupun sekali lagi kerana aku yang kurang cerdik ni telah bertindak kerana kurang sabar.
Alhamdulillah, laptop aku telah dipulihkan dengan bantuan computer expert di Singapura. Manakala thumb drive aku telah aku re-format sendiri. Minggu cuti ni iaitu pada hari Rabu, aku telah ke API untuk mendapatkan khidmat merawat hard diskku yang telah tenat. Alhamdulillah, pulih! RM 5 sahaja upahnya. Padahal aku ada lah stres dan sangat stres semenjak semester lepas dek segala virus yang menyerang kesemua gadgetku.
Sekarang, cuma tinggal desktop di rumah yang perlu dipulihkan. Andai ada kesempatan dan masa, harus aku usahakan merawat desktop tu kerana Anti Virus 2011 (Norton) sudah pun ada dalam tangan. Yang belum ialah save mana-mana fail yang penting dan re-format.
Oleh sebab aku dah boleh gunakan hard disk aku dengan selamat, apa lagi aku pun rujuk fail-fail dan gambar-gambar yang terkandung dalam hard diskku tu.
Hatiku dicengkam rindu. Rindu kepada mereka yang jauh di mata.
Apa tak nya. Dah lebih setahun setengah berpisah.
Melihat gambar mereka, aku teringat kenangan lalu dan suasana bersama mereka. Keletah mereka. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di antara aku dengan mereka. Jiwaku dicengkam rindu.
Melihat gambar mereka mengubat rindu. Kini, aku sedar bahawa gambar penting padahal aku bukanlah seseorang yang suka bergambar dan boleh dikatakan tidak minat bergambar. Mengambil gambar orang pun tak suka atau tak minat. Bahkan, aku rasa macam rimas sangat apabila orang asyik bergambar. Sangat rimas.
Aku rasa aku dah sedar sekarang bahawa gambar penting. Gambar merakam peristiwa tertentu yang akan menjadi kenangan pada masa akan datang atau suatu hari nanti.
Selama ni, aku memang minat videografi kerana aku lebih suka merakam kelakuan. Mungkin gambar tidak se'authentic' video tetapi gambar tetap penting. Dah tiga kali aku sebut gambar penting. Ahakz.
Aku rasa budaya berFacebook telah mendedahkan aku kepada budaya bergambar dan sekaligus mempengaruhi mindaku di bawah sedar. Aku rasa juga apabila aku berada di UM iaitu pengalaman pertama berjauhan dari negara sendiri selama bertahun-tahun telah memotivasikan aku kepada budaya bergambar. Aku rasa apabila melihat gambar-gambar yang lalu juga, hatiku semacam terisi dengan kenangan. Hmmm.... jadi aku dah sedar gambar tu penting.
Bergambarlah selagi ada peluang bergambar. Mungkin aku pun tidaklah menjadi seseorang yang akan suka atau minat bergambar tetapi sekurang-kurangnya, bergambarlah andai ada peluang.
OK. Lihatlah gambar-gambar yang ada ni. Terkilan juga sebab tak banyak tapi sekurang-kurangnya ada. Gambar mereka tanpa aku kerana alkisahnya, aku memang tak suka dan tak minat bergambar.
Gabungan kelas 2F, 2G, 2H dan 2I untuk kelas bahasa Melayu dalam tahun 2008.
Di kolong bangunan sekolah. Di sinilah mereka berhimpun selepas waktu makan. Di sinilah tempatnya juga aktiviti luar darjah boleh dijalankan.
Majoriti kelas ini adalah pelajar lelaki. Memang riuh dan mereka penuh dengan tenaga. Eloklah kelas mereka pada awal waktu kerana pada waktu itu, guru masih bertenaga. Huhuhuhuhu.
Jika tidak silap, Danial namanya. Dengar cakap. Budak baik.
Inilah calon menantuku. Eh, bukan. Ahakz. Inilah ketua darjahku. Romie. Sangat rajin. Sangat berdisiplin. Sangat boleh diharap. Tapi dia perasa orangnya. Jika dimarah sedikit pun, akan mudah mengalirkan air mata. (Itu tanda dia romantik. Hehehehe.) Jadi tak payahlah marah dia. Tenung dan jeling dah cukup. Ahakz.

Friday, February 4, 2011
Nukilan Nurani 5: Pemerolehan Bahasa Dan Bahasa Antara
Post ini adalah nukilan daripada Bab 1 iaitu halaman 1 hingga 2 dalam buku 'Bahasa Antara' tulisan Dr Puteri Roslina Abdul Wahid.
'Kajian pemerolehan bahasa merupakan satu bidang dalam ilmu bahasa yang melihat bagaimana manusia memperoleh pengetahuan tentang tatabahasa yang merangkum fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik berserta rumus-rumus yang menentukan kemampuan bercakap dan memahami sesuatu bahasa yang didedahkan kepada mereka. Proses pemerolehan bahasa bermula daripada satu tahap mental semasa kanak-kanak tidak memiliki pengetahuan tatabahasa dalam sesuatu bahasa sehinggalah semakin meningkat pengetahuan mereka sesuai dengan tahap mental kanak-kanak tersebut memilikinya.'
Hisam. Secomel Ezuwan. Pelajar yang ceria tetapi pernah mengalirkan air mata di dalam kelas setelah dimarahi guru Matematiknya. Huhuhuhuhuhu. Tetap comel.
'Kedua, apabila pemerolehan bahasa dilihat dari segi urutan, kita akan menemui istilah pemerolehan bahasa pertama dan pemerolehan bahasa kedua (istilah Winitz, 1981 dan istilah Stevens, 1984) digunakan. Ketiga, jika dilihat dari aspek jumlah pula, kita akan menemui istilah pemerolehan satu bahasa (monolingual acquisition) dan pemerolehan bahasa kedua (bilingual acquisition) (istilah Garcia, 1985). Keempat, dilihat dari segi media, terdapat pemerolehan bahasa lisan (oral language acquisition) dan pemerolehan bahasa tulisan (written language acquisition). Kelima, dilihat dari segi keaslian pula, terdapat dua bentuk, iaitu pemerolehan bahasa asli (native language acquisition) dan pemerolehan bahasa asing (foreign language acquisition) (istilah Winitz, 1981).'
Gabungan kelas 1E, 1F dan 1G dalam kelas bahasa Melayu terdiri daripada 22 orang murid yang tentunya baik-baik belaka, comel dan innocent.
'Kajian pemerolehan bahasa merupakan satu bidang dalam ilmu bahasa yang melihat bagaimana manusia memperoleh pengetahuan tentang tatabahasa yang merangkum fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik berserta rumus-rumus yang menentukan kemampuan bercakap dan memahami sesuatu bahasa yang didedahkan kepada mereka. Proses pemerolehan bahasa bermula daripada satu tahap mental semasa kanak-kanak tidak memiliki pengetahuan tatabahasa dalam sesuatu bahasa sehinggalah semakin meningkat pengetahuan mereka sesuai dengan tahap mental kanak-kanak tersebut memilikinya.'
Ezuwan. Pelajar yang dengar cakap. Wajahnya yang comel dan senyumannya yang manis menggembirakanku setiap kali memandangnya.
'Pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak dapat dikatakan mempunyai ciri kesinambungan yang bergerak daripada ujaran satu kata yang sederhana menuju kepada gabungan kata yang lebih rumit. Terdapat berbagai-bagai jenis istilah untuk menerangkan gejala pemerolehan bahasa yang dapat dilihat, iaitu pertama dari segi jenis, kedua urutan, ketiga jumlah, keempat media, dan akhirnya keaslian. Seandainya kita melihat pemerolehan bahasa dari segi jenis, pertama, kita akan menemui istilah pemerolehan bahasa pertama (first language acquisition); kedua, pemerolehan bahasa kedua (second language acquisition); dan ketiga, pemerolehan bahasa berulang (recurrent language acquisition) (istilah Klein, 1986: 3).'
'Kedua, apabila pemerolehan bahasa dilihat dari segi urutan, kita akan menemui istilah pemerolehan bahasa pertama dan pemerolehan bahasa kedua (istilah Winitz, 1981 dan istilah Stevens, 1984) digunakan. Ketiga, jika dilihat dari aspek jumlah pula, kita akan menemui istilah pemerolehan satu bahasa (monolingual acquisition) dan pemerolehan bahasa kedua (bilingual acquisition) (istilah Garcia, 1985). Keempat, dilihat dari segi media, terdapat pemerolehan bahasa lisan (oral language acquisition) dan pemerolehan bahasa tulisan (written language acquisition). Kelima, dilihat dari segi keaslian pula, terdapat dua bentuk, iaitu pemerolehan bahasa asli (native language acquisition) dan pemerolehan bahasa asing (foreign language acquisition) (istilah Winitz, 1981).'
Pelajar lelaki ini bernama Ahmad Danial Matiin. Boleh panggil Ahmad. Boleh panggil Danial. Boleh panggil Matiin. Ahakz. Manakala pelajar perempuan ini pula bernama Hardillah. Tempoh hari semasa aku di ATM berhampiran rumah, aku ternampak dia bersama ibunya tetapi aku tidak pula menegurnya kerana fikiran sedang full-loaded pada waktu itu dan dia pun tidak perasan yang aku di belakangnya.
'Walaupun terdapat beberapa istilah yang berbeza berdasarkan penjenisan di atas, tetapi dari segi pengertian, tidak jauh bezanya antara istilah-istilah tersebut malah ada yang boleh saling bertukar ganti, misalnya, antara istilah pemerolehan bahasa pertama dengan istilah pemerolehan bahasa asli, atau antara istilah pemerolehan bahasa kedua dengan istilah pemerolehan bahasa asing.'
Ahmad Danial Matiin mengujarkan perkataan pada kad imbasan pilihannya manakala Hardilah memberi respon dengan jarinya menunjuk ke arah dagunya.
'Pemerolehan bahasa membawa makna penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan berlaku secara aktif bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun. Namun demikian pemerolehan bahasa juga berlaku bagi orang dewasa tetapi jumlahnya tidaklah sebanyak kanak-kanak. (Krashen dan Tarrel, 1983: 18-19). Pemerolehan bahasa boleh berlaku tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Hal ini bermakna seseorang itu tidak perlu mendapat pendidikan formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi memperolehnya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakatt dalam lingkungannya.'
2008 dalam kenangan ketika mengajar mereka tentang 'Diri Kita'. Sebaliknya, mereka banyak mengajar aku tentang diriku sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)