ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Wednesday, May 30, 2012
Dialog Anak-Anakku: Mujahid dan Syahid
Adik: Kenapa Abang Mujahid sayangkan Adik? Adik kan nakal. Adik selalu ambil mainan Abang Mujahid tanpa izin. Selepas puas main, Adik tak pulangkan semula mainan Abang Mujahid. Adik pernah pecahkan mainan Abang Mujahid tetapi Adik tak pernah minta maaf pun. Kadang-kadang Adik yang pukul Abang Mujahid apabila Adik tak puas hati dengan Abang Mujahid. Kenapa Abang Mujahid tak pernah balas pukulan Adik? Kenapa Abang Mujahid masih sayangkan Adik padahal Adik kan budak nakal.
Abang: Kenapa tiba-tiba Adik tanya soalan macam tu?
Adik: Sebab Adik nak tahu kenapa Abang Mujahid baik sangat kepada Adik yang nakal dan selalu susahkan Abang Mujahid.
Abang: Abang tahu Adik tidak akan nakal untuk selama-lamanya. Adik Syahid pasti akan jadi seorang anak yang baik suatu hari nanti.
Adik: Baik macam Abang Mujahid. Tapi kenapa Abang Mujahid tetap sayangkan Adik walaupun Adik nakal sangat.
Abang: Kerana Allah yang lebih sayangkan Adik. Kalau Abang tak sayangkan Adik sedangkan yang menciptakan Adik sayangkan Adik, malulah Abang Mujahid kepada Pencipta kita berdua.
Adik: (Senyum). Adik nak jadi baik macam Abang Mujahid.
Abang: Abang tak tahu.
Adik: Abang Mujahid tak tahu yang Adik boleh jadi baik atau tak?
Abang: Abang Mujahid tak tahu sama ada Abang Mujahid akan dapat menjadi anak dan abang yang baik untuk selama-lamanya. Nakal Adik Syahid pun bukan untuk selama-lamanya dan sekarang Adik nak jadi baik.
Adik: Kalau Abang Mujahid nak jadi nakal, siapa nak beri contoh yang terbaik untuk Adik?
Abang: Abang Mujahid bukan nak jadi nakal tetapi Abang Mujahid takut kalau Abang Mujahid tak dapat menjadi baik untuk selama-lamanya. Siapa kita untuk menentukan?
Adik: Abang Mujahid, Adik nak doakan Abang Mujahid sentiasa jadi baik dan dapat temani Adik Syahid untuk jadi baik. Di dunia dan di syurga. (Mendakap Abang Mujahid)
Abang: Adik Syahid, Abang Mujahid pun nak Adik Syahid temani Abang Syahid untuk jadi baik di dunia dan di syurga. (Mendakap Adik Syahid)
[Walaupun bahasa yang direka cipta agak tinggi dan tidak sesuai diujarkan oleh kanak-kanak, dialog yang tercipta hanyalah untuk menyampaikan mesej bahawa fitrah kanak-kanak itu bersih walau bagaimana nakal sekalipun mereka. Lantas, ibu bapa berperanan mendidik jiwa mereka jauh sebelum anak-anak ini dilahirkan dengan ibu bapa terlebih dahulu membersihkan diri dan hati serta mendidik jiwa agar terbit rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Moga dengan didikan ibu bapa yang sentiasa inginkan kebaikan bersumberkan kebenaran seperti yang diwahyukan, lahirlah generasi yang juga baik dalam meniti jalan kebenaran.]
kecil lagi kerdil (1)
'Semakin jauh ku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh... Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu'
Saturday, May 26, 2012
Destinasi Cinta (Mestica)
Menyingkap tirai hati mengintai keampunan
Di halaman subur rahmatMu Tuhan
Tiap jejak nan bertapak debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasihMu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
Lestarikan wadi kalbuku oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redhaMu
Namun masih kumengharap ampunanMu
Wahai Tuhanku
Ya Allah
Friday, May 25, 2012
Damba Kasih (Inteam)
Semakin jauh ku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh... Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandanganMu
Semakin cuba kudekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh... Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapanMu
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayangMu
Oh... Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat kuhampiri gerbang syurgaMu
Oh... Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksaMu
Oh... Tuhan
Kasih sayangMu Tuhan
Itu yang kudambakan
Dengan rahmatMu ampunilah diriku
Thursday, May 24, 2012
Kamus Dewan Edisi Keempat dan 5 Kategori Maklumat Kamus
'Perkataan 'kamus' bererti kitab yang berisi keterangan tentang erti kata-kata (KUBI 1976:440) dan sebagai 'buku yang mengandungi kata-kata yang disusun mengikut abjad dan keterangan mengenai ertinya' (KD 1970:416), atau sebagai 'buku yang berisi pilihan kata-kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain' (Barnhart 1966:336).
Berdasarkan tiga pendapat ini, dapat dirumuskan bahawa kamus merupakan sebuah buku rujukan yang mengandungi kata-kata daripada sesuatu bahasa yang disusun mengikut abjad, diberi makna dan keterangan lain yang berkenaan dengan kata-kata tersebut. Perkataan 'kamus' berasal daripada bahasa Arab, qamus dengan bentuk jamak qawamis. Perkataan Arab itu sendiri berasal daripada perkataan Yunani okeanos, iaitu yang bererti lautan. Teeuw (1964:388) menganggap kamus sebagai kitab yang memberikan keterangan ttentang erti kata-kata atau lautan samudera yang dalam dan berbahaya. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa perkataan 'kamus' berasal daripada bahasa Farsi dan bukannya bahasa Arab (Abdullah Hussain 1970:339).
Walau apa pun tanggapannya, ternyata bahawa sesebuah kamus mendepani lautan kata yang cukup luas, yang perlu diselami dan digali untuk mencari permata yang bernilai di dasarnya. Dalam hal ini, mungkin ada penyusun kamus yang tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi kerana berdepan dengan lautan kata yang luas itu. Asmah (1987:18) berpendapat bahawa perkamusan meliputi semua subdisiplin yang penting dalam linguistik seperti leksikologi, sosiolinguistik, analisis wacana, pragmatik, etimologi dan sebagainya. Ini bermakna bahawa pengertian kamus boleh juga ditafsirkan sebagai 'repositories of words of the language' (Jackson 1988:36).'
Teks ini terkadung dalam bahagian Pendahuluan daripada artikel bertajuk Perkamusan Dan Leksikografi: Suatu Pengenalan tulisan Ibrahim Ahmad yang boleh diperolehi daripada buku Perkamusan Melayu Teori dan Amali.
Bagi tugasan pembentangan berkumpulan, kami berempat iaitu Nor Atiqah, Nor Falahiyah, Nurul Anis dan diriku telah menunaikan tugas dan tanggungjawab kami dalam waktu kuliah pada Isnin lalu, 14 Mei 2012.
Huhuhu.
Kamus yang dikaji ialah...
Objektif kajian kami ialah...
Berdasarkan lima kategori maklumat kamus yang dibentangkan oleh Hartmann dan James, kami telah mencipta akronim LOPEL agar lebih mudah untuk mengingati kelima-lima kategori maklumat itu.
Namun, hanya empat sahaja kategori maklumat kamus yang dapat ditemui dalam Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu...
Maklumat piktorial tidak terkandung dalam Kamus Dewan.
Setakat sampai di sini sahaja untuk perkongsian dalam pos kali ini memandangkan tugasan penulisan berkumpulan belum lagi kami selesaikan dan belum lagi kami serahkan kepada Dr Ibrahim.
Huhuhu.
Semoga diberi kekuatan pada waktu ini untuk meneruskan usaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang terakhir tetapi belum berakhir ini.
Terakhir belum berakhir.

Wednesday, May 23, 2012
Selagi termampu. Mampukah aku?
Betapa aku sedang tertekan sejak tadi.
Kini, aku masih berusaha menenangkan diri sendiri.
Selagi termampu, tidak akan aku izinkan air mataku ini daripada mengalir sedangkan adakalanya dengan mengalirkan air mata, perasaan tertekan akan reda.
Tidak!
Selagi termampu, aku akan menahan air mataku ini.
Biarlah sekadar bergenang air mataku ini.
Alah bisa tegal biasa.
Jika aku terlalu selalu membiasakan diri dengan mengalirkan air mata ketika berhadapan dengan ujian hidup, aku akan hanya melemahkan jiwaku sendiri sedangkan air mata ini lebih layak ditumpahkan ketika berbicara langsung kepada pencipta air mataku atas segala dosa-dosaku.
Selagi aku belum mampu mengalirkan air mata di hadapan pencipta air mataku, tahanlah dirimu dan tahanlah hatimu daripada menangis wahai Nuraini.
Bukan kerana aku mampu tetapi aku akan cuba selagi termampu.
Perlukah aku tertekan?
Maafkan aku wahai diri dan hati kepunyaan Nuraini kerana belum mampu memelihara diri dan menjaga hati daripada berasa tertekan.
Semoga ketenangan menggantikan ketegangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)