suami: aku
jatuh hati untuk kali
kedua dengan
seorang wanita yang (lebih) cantik dan (lebih) muda
isteri pertama: sampai hati menduakan aku
seorang isteri yang setia dan telah banyak berkorban
isteri kedua: senang hatiku apabila aku dapat hidup
berdua setelah sekian lama hidup
berseorangan dan kesepian
suami: untuk
berpoligami adalah
hakku!
isteri pertama: untuk tidak
dipoligamikan adalah
hakku!
isteri kedua: untuk dibela nasib seorang janda sepertiku melalui
poligami adalah
hakku!
suami: aku
mampu menjadi suami yang adil
isteri pertama: mampukah aku bertahan dibelasah cemburu saban hari?
isteri kedua: aku
mampu menjadi isteri yang baik (bahkan lebih baik daripada isteri pertama)
suami:
aku tidak layak menjadi nakhoda untuk dua bahtera namun isteri pertamaku yang menganjurkan agar aku berpoligami demi kemaslahatan wanita lain yang memerlukan teman hidup
isteri pertama:
aku tidak layak untuk bersikap mementingkan diri bersuamikan seorang lelaki yang bertanggungjawab, beriman dan baik sedangkan wanita lain hidup melara
isteri kedua:
aku tidak layak untuk berteduh dalam keluarga poligami ini namun aku akur bahawa aku memerlukan teman sepanjang hidup iaitu suami dan maduku
suami:
aku tidak sanggup melukakan hati isteri pertamaku
isteri pertama:
aku tidak sanggup melihat institusi poligami yang bertujuan membela nasib wanita dicacatcelakan dengan sikap lelaki yang tidak bertanggungjawab
isteri kedua:
aku tidak sanggup meruntuhkan kebahagiaannya namun aku tersentuh dengan keterbukaannya
suami:
jujur aku tidak mampu berlaku adil namun aku tetap mencuba demi Allah dan Rasul
isteri pertama:
jujur aku tidak mampu untuk tidak cemburu namun aku tetap mencuba demi Allah dan Rasul
isteri kedua:
jujur aku tidak mampu untuk tidak berasa memiliki namun aku tetap mencuba demi Allah dan Rasul