ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Monday, March 31, 2014
alma mater: Sekolah Menengah Bedok South
Sunday, March 30, 2014
BAPAK yang terlalu selalu memberi
Falsafah hidup seorang BAPAK.
Bukan aku tidak memahami dan mengerti falsafah hidupmu, wahai BAPAK.
Sekian lama telah aku dalami.
Bukan aku tidak bersimpati dan berempati dengan perjalanan hidupmu, wahai BAPAK.
Sekian lama aku tidak sampai hati.
Namun, kepada setiap insan yang kau beri, sebenarnya mereka tidak layak untuk menerima.
Kepada setiap insan yang kau layani dengan sifat murah hati, sebenarnya mereka tidak wajar untuk meminta.

You heard my words...
You heard my words but you did not listen to my emotions.
To listen means to emphatize.
To listen means to understand.
To listen means to love.
If you love, you would have listened.
If you would have listened, I would have not feel worse.
To listen means to emphatize.
To listen means to understand.
To listen means to love.
If you love, you would have listened.
If you would have listened, I would have not feel worse.
Cinta yang pernah bersemi... apakah akan berputik semula?
Mungkinkah Awie dan Erra Fazira ada jodoh... menjadi sepasang suami isteri?
Setelah kini Erra Fazira sudah keseorangan.
Aku yakin Awie masih ada hati untuk Erra Fazira.
Tidak mustahil perasaan cinta yang pernah bersemi antara mereka berdua walaupun tidak sampai ke jinjang pelamin akan berputik semula.

Teater Suara Kita: Erra, Awie dan Ziana
Baru petang ini, aku dapat tahu bahawa sebuah teaterikal Suara Kita yang menggabungkan tiga artis yang menjadi idaman pada zaman 90-an telah dipentaskan awal Mac lalu di Istana Budaya.
Bahkan, kelima-lima filem yang menggabungkan Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain akan diimbas semula melalui teater ini.
Sayang sekali tidak dapat menonton teater ini.
Seandainya aku masih seorang mahasiswi di Universiti Malaya, kemungkinan besar aku akan meluangkan masa untuk menonton teater yang lain daripada lain ini.

Monday, March 24, 2014
Apabila Aliya bertanya
Semalam, sebelum menunaikan solat Maghrib, Aliya bertanya kepadaku di dewan solat wanita Masjid Al Mukminin.... syurga itu apa dan syurga itu di mana?
Saturday, March 15, 2014
Lagu zaman kaset dan 'walkman': Kembali Terjalin
Lagu zaman kaset dan 'walkman'.
Lagu zaman sekolah menengah.
Lagu 'Kembali Terjalin' oleh kumpulan Slam.
Ketika itu, Zamani dan Slam cukup popular.
Lagu ini membawa mindaku merentas jauh kembali ke tahun 1996.
Meskipun sudah lebih kurang 18 tahun berlalu, lagu ini sentiasa 'hidup' dek lirik yang mampu merobek perasaanku.
Subscribe to:
Posts (Atom)