Friday, June 27, 2014

E untuk Emma

E untuk Emma.

Seorang lagi pelakon yang cantik iaitu Emma Maembong.



Beliau adalah seorang pendatang baharu.

Aku hanya mengetahui tentang Emma Maembong setelah beliau hangat diperkatakan oleh media sebagai kekasih Zizan.

Oleh sebab aku berminat untuk mengetahui tentang status Zizan yang sebenarnya memandangkan sebelum ini Zizan pernah menjalinkan hubungan yang rapat dengan gadis kacukan yang cantik, aku ingin mencari tahu tentang Emma.

Menerusi klip video Keek beliau, ternyata Emma bukan sahaja cantik bahkan seorang gadis yang ceria.

Hubungan kasih sayang antara Emma dengan ayahnya, Emma dengan adik lelakinya dan Emma dengan adik beradik perempuan mampu mencairkan hati...

Antara perkara paling menarik ialah Emma mempunyai bakat melukis.

Thursday, June 26, 2014

E untuk Erin

E untuk Erin.

Gadis yang cantik ini adalah pelakon cilik yang comel dalam Terang Bulan.

Aku sedang menonton lakonannya sebagai watak utama segandingan dengan Izzue dalam drama komedi berjudul Ya Habibi.

Wednesday, June 25, 2014

D untuk Doa

D untuk Doa.

Doa adalah bicara hamba kepada Pencipta yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Mengerti dan Maha Bertindak.

Dalam bicara hamba terkandung pujian, pengakuan, luahan, penceritaan, permintaan atau permohonan dan pertanyaan.

Doa menandakan kita ada rasa bertuhan dan ada rasa kehambaan.

Tanpa doa, hubungan tidak rasmi antara hamba dan Pencipta akan hilang memandangkan solat adalah hubungan rasmi antara hamba dan Pencipta.

Kita memerlukan kedua-dua hubungan iaitu hubungan rasmi yang dikecapi melalui solat dan hubungan tidak rasmi yang diperolehi melalui doa.

D untuk Doa.

Doa tidak bersifat sehala.

Doa bersifat dua hala kerana Tuhan yang Maha Mendengar tidak sekadar mendengar bahkan menjawab atau berinteraksi dengan kita.

Bagaimana?

Ilmu, iman dan ihsan.



Ilmu tidak semestinya di sekolah mahupun daripada buku


Seandainya anak-anak menerima pendidikan di rumah dan di luar sekolah, pastikan pendidikan benar-benar berlangsung.

Aku tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh oleh anak remaja ini.

Apakah pendidikan yang diterima anak-anak kita di sekolah dihayati ?

Penghayatan.

Ilmu perlu dihayati.

Sejauh mana anak-anak kita menghayati ilmu yang diterima?

Sejauh mana ibu bapa menerapkan penghayatan dalam ilmu yang digarap?

Sejauh mana guru-guru menghayati isi pelajaran yang disampaikan?

Sejauh mana sistem pendidikan menekankan peri penting penghayatan dalam pendidikan?

Novel remaja: My Life As An Alphabet

Novel remaja bertajuk 'My Life As An Alphabet' telah selesai aku baca.

Novel ini berkisar tentang seorang remaja perempuan yang bernama Candice.

Candice tidak sama seperti remaja lain di dalam kelasnya.

Berkemungkinan, Candice seorang insan autistik.

Namun yang pasti, Candice seorang insan unik yang mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah berputus asa apatah lagi dalam usaha untuk menyatukan ibunya yang kemurungan (depressed) dan ayahnya yang kepedihan (bitter).

Ibu Candice kemurungan kerana anak keduanya yang masih bayi telah meninggal dunia.

Ayah Candice kepedihan kerana gagal dalam kerjaya yang diceburi sedangkan abangnya berjaya.

Penyampaian cerita dan pengwujudan watak lucu dan menghiburkan.

Tersenyum dan ketawa aku dibuatnya.

Tahniah kepada penulis Barry Jonsberg.

Insha Allah, akan aku cari novel lain yang ditulis oleh Barry Jonsberg.

Tuesday, June 24, 2014

C untuk Cinta

C untuk Cinta.

Cinta adalah sesuatu yang  didambakan setiap insan.

Kalau bukan kerana Cinta, mana mungkin acara Pink Dot diraikan dengan penuh gah tahun demi tahun kerana mereka amat menagih harapan agar cinta sesama jenis dapat diterima masyarakat.

Cinta tidak pernah lekang daripada menjadi tema utama dalam filem-filem dan lagu-lagu seantero dunia.

Cinta antara insan selalu dan sentiasa diperkatakan.

Ya Allah Tuhan Cinta Agung yang menjadikan insan, yang menjadikan fitrah untuk mencintai dan dicintai...

Ya Rasulullah Kekasih Allah yang memimpin insan, yang mengasihi umatnya agar bahagia dan selamat di dunia dan akhirat...

Cinta Allah, Cinta Rasulullah, Cinta Al Quran... agar cinta kita di dunia ini dapat menyelamatkan kita di akhirat hingga kita bertemu semula di syurga dengan cinta.

Wahai golongan LGBT, ayuh bermujahadah walaupun kutahu tidaklah mudah.

Bermujahadahlah demi Tuhan Cinta Agung yang menjadikan insan dan yang menjadikan fitrah untuk mencintai dan dicintai.

Bermujahadahlah demi kekasih Allah yang memimpin insan dan mengasihi umatnya agar bahagia dan selamat di dunia dan akhirat.

Wahai golongan LGBT, mungkin cinta itu tidak dapat dizahirkan di dunia kerana Allah telah memilihmu untuk mengadapi ujian luarbiasa di dunia yang sementara ini demi memperoleh cinta yang luarbiasa serta nikmat yang luarbiasa yang Allah simpan khas untuk kalian di syurga Allah yang luarbiasa.

Bukankah Allah yang Maha Pengasih yang mencipta kamu?

Bukankah Allah yang Maha Penyayang yang mencipta fitrah untuk mencintai dan dicintai?

Usah kita tertipu, menipudaya dan ditipudaya.

Insha Allah, andai ada golongan ulama yang sanggup dan sudi untuk memperbaiki masyarakat dengan  membetulkan sikap prejudis mereka terhadap LGBT, maka aku akan bersama golongan ulama itu untuk memerdekakan LGBT daripada nista prejudis.

Namun, itu tidak bererti aku menerima cinta sesama jenis kerana bukankah kita hamba Allah, umat Rasulullah serta pemegang amanah kalam Allah Al Quran yang menjadi panduan hidup.

Maka cinta sesama jenis yang perlu penzahiran dan penerimaan bukanlah sikapku.

Cinta sesama jenis perlu dimujahadahkan dengan ilmu, iman dan ihsan.

Ihsan terhadap golongan LGBT bererti mereka perlu dicintai, dikasihi dan disayangi berserta pimpinan ilmu dan belaian iman.

 
 
 

B untuk Bismillahirrahmanirrahim

B untuk Bismillahirrahmanirrahim.

Lafaz cinta yang paling agung kerana Allah bersifat Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Kita dianjurkan melafazkan basmalah sebelum memulakan segala perkara yang baik.

Sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih yang diketengahkan oleh Allah sendiri.

Bukankah sifat ini sangat menyenangkan dan amat menenangkan?