I read this to Aliya from the book itself. She does not mind listening to me while I read this to her. However, she refused to carry out the activity. She is fearful of darkness.
Children can be scared of many things: the dark, monsters, being alone, robbers, storms, etc. It's hard to be courageous when it's dark out and your mind wanders. Here are a few ideas of things to do which will encourage your child to be brave:
* Play in the dark. Give your child a big piece of paper, and have them draw things with all the lights off. You will be sitting in the room with them, turning on the lights after each drawing is complete. Laugh together as you look at the silly picture.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Wednesday, October 8, 2014
W untuk Wardah
Nama yang indah.
Seorang insan yang pernah bertamu di hati ini sebagai seorang sahabat.
Namun aku tidak dapat melenyapkan perasaan kecewaku terhadapnya.
Segalanya telah berlalu.
Andai kita tersermpak, aku pasti akan menguntumkan senyuman.
Namun rasa percaya terhadapnya Insha Allah telah lama terkubur tanpa nisan.

V untuk VCR
Zaman VCR sudah lama berlalu.
1992 merupakan tahun yang istimewa kerana pada tahun itu, bapak membeli VCR untuk kami sekeluarga.
Jenama apa... aku tidak ingat.
Berapa harga.... aku tidak ingat.
Filem yang ditayangkan di televisyen pada malam itu (jika tidak silap aku, bapak beli VCR pada petang hari yang sama) ialah Seniman Bujang Lapok.
Filem itulah yang merupakan filem pertama yang dirakam menggunakan VCR yang baru dibeli.
Kenangan mengusik jiwa.

U untuk Universiti
U untuk Universiti.
Peluang belajar di universiti tidak pernah ada dalam perencanaan hidupku sebelum Jun 2008.
Setelah menjalani program serapan di Malaysia khususnya di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, maka terbuka pintu hati ini untuk mencari ilmu di Universiti Malaya.
Subhanallah.
Peluang belajar yang tidak ternilai.
Sayu-satunya pensyarah yang baik hati dan penyabar serta telah meninggalkan impak dalam hidupku ialah Dr Ibrahim Mohamad.
Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Mac tahun ini.
Innalillah.
Terlau banyak kenangan manis yag tercipta semasa aku belajar di Universiti Malaya.
Seandainya aku melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, Insha Allah aku tidak akan kembali ke Universiti Malaya.
Biarlah di universiti lain.
Mungkin universiti di Singapura sahaja.
Bukan Universiti Teknologi Nanyang tetapi Universiti Kebangsaan Singapura.

Tuesday, October 7, 2014
T untuk Tauhid
Tauhid ialah asas kehidupan yang diperlukan oleh seorang hamba agar diredhai Penciptanya.
Sunday, October 5, 2014
S untuk Seksa. S untuk Sebak. S untuk Sesak.
Seksa, Sebak dan Sesak.
Ketiga-tiga perkataan ini bermula dengan huruf S.
ketiga-tiga perkataan ini adalah judul lagu yang pernah popular pada zaman remajaku.
Ketiga-tiga lagu disampaikan oleh kumpulan Ukays/UKs.
Vokal Amir iaitu penyanyi dalam kumpulan itu amat lunak.
S untuk Seksa.
S untuk Sebak.
S untuk Sesak.

R untuk Remaja
Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1308 mendefinisikan remaja sebagai mulai dewasa, sudah akil baligh atau sudah cukup umur untuk berkahwin.
Aku pernah melalui zaman remaja dan kini sebagai seorang guru di sekolah menengah, aku perlu berhadapan dengan golongan remaja.
Bukan mudah dan amat mencabar berhadapan dengan golongan remaja berbanding dengan golongan kanak-kanak kerana fokus mereka tidak sepenuhnya bahkan tidak separuh pun terhadap pelajaran.
Lantas, pendekatan yang aku ambil ialah mendidik dan mengajar mereka berasaskan dalam bulatan atau yang pendekatan yang sentiasa kuujarkan di dalam kelas ialah Learning Circle.
Oleh sebab kelas 3 Ekspres ini adalah kelas pertama yang menjalani sesi mempelajari peribahasa melalui Learning Circle, langkah-langkah yang perlu mereka lalui kurang kemas.
Mereka pula seperti biasa iaitu kurang bertenaga dan langsung tidak bersemangat.
Jika dibandingkan dengan kelas 3 Normal Akademik, bahkan kelas 2 Normal Akademik dan 1 Ekspres, ketiga-tiga kelas ini ternyata melibatkan diri secara aktif.
Inilah cabaran berhadapan dengan golongan remaja yang kurang motivasi diri terhadap pelajaran.
Bukan semua yang kurang motivasi diri tetapi majoritinya, kelihatan begitu dan perlu disuntik daripada dalaman agar berminat untuk belajar.
Atas sebab itu, aku mimilih untuk menjalankan Learning Circle sekali dalam seminggu agar mereka lebih bebas beraktiviti dan lebih santai belajar.
Jawapan: takut titik lalu tumpah
Jawapan: tiada rotan akar berguna
Jawapan: biduk lalu kiambang bertaut
Jawapan: tukang tidak membuang kayu
Jawapan: besar kapal besar gelombang
Jawapan: sebab buah dikenal pohonnya

Subscribe to:
Posts (Atom)