Suratan Atau Kebetulan - Kenny, Remy & Martin
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang qudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi kubimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, November 30, 2014
Friday, November 28, 2014
Tidak tahan lama
Beg tangan yang comel berwarna coklat sangat manis dipandang mata.
Aku beli beg coklat Charles & Keith itu bersama Natila.
Beg yang cantik berwarna putih krim sangat anggun dipakai.
Aku diberi beg putih krim Guess itu oleh jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Rendah Yu Neng sempena kepergianku yang melanjutkan pelajaran.
Beg yang menarik berwarna merah jambu dan jingga sangat menawan.
Aku diberi beg merah jambu dan jingga itu oleh adikku, Ismail yang pernah bertugas di Amerika.
Namun, ketiga-tiga beg kegemaranku telah rosak kesemuanya.
Meskipun berjenama, beg-beg itu tidak tahan lama.

Thursday, November 27, 2014
Terlerailah genggaman mawar
Alunan instrumental piano pada permulaan lagu ini indah.
Berkaca mataku mendengarkan lagu ini.
'Terlerailah genggaman mawar dari tanganku' menandakan cinta yang tidak kesampaian.
Penyampai bunga mawar itu tidak dapat menyampaikan bunga mawar itu kepada yang ingin disampaikan.
Adakah aku..
Adakah aku telah membuat keputusan yang betul?
Adakah aku telah membuat keputusan yang benar?
Adakah aku telah membuat keputusan yang tepat?

Takdir dan Tadbir
Takdir merezekikan aku sekian jumlah.
Tadbirku memaksaku berurusan dengan pihak bank yang tentunya terlibat dengan riba'.
Takdir menemukan aku dengan rumah idaman.
Tadbirku memilih rumah idaman itu sebagai tempat kediaman.
Antara takdir dan tadbir.
Ampunkan aku kerana tadbirku terlibat dengan pihak bank dan riba' sedangkan takdirmu...
Ampunkan aku wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sunday, November 23, 2014
Bukan sekadar berbaik sangka
Kepahitan rasa tersinggung dek persahabatan yang diharapkan tetapi mengecewakan antara kawan-kawan sesama kaum telah begitu lama berlalu.
Dalam berbaik sangka untuk menjalinkan kembali ikatan yang setelah kian lama terputus, rasa terhibur dan rasa terubat rindu menyegarkan minda dan jiwa.
Namun, kepahitan rasa tersinggung sekali lagi terjadi dan menjadi realiti hari ini.
Mungkin bukan sekadar berbaik sangka tetapi aku perlu sabar, ikhlas dan redha dalam menghadapi kerenah mahkluk yang bergelar insan.
Mereka ditakdirkan sebagai kawan-kawan sesama kaum yang aku sayangi namun apakan daya, mereka ditakdirkan kurang prihatin dan kurang mengerti.

Saturday, November 22, 2014
4 hari di Darul Ihsan dan Masjid Sallim Mattar
Program menulis selama 4 hari bersama penghuni Darul Ihsan telah berakhir.
Alhamdulillah, program menulis berjalan secara santai dan lancar.
Aku ke sana dengan menaiki teksi dan pulang dengan pelbagai cara.
Pada hari pertama, aku pulang menaiki bas nombor 62 ke Stesen MRT Kallang. Kemudian, aku menyambung perjalanan dengan menaiki MRT.
Pada hari kedua, aku temui perhentian bas untuk bas 66. Alhamdulillah, aku pulang dengan menaiki bas.
Pada hari ketiga, aku tidak kecukupan wang syiling untuk menaiki bas 66. Lantas, aku berjalan kaki menuju ke Stesen MRT Aljunied dan menyambung perjalanan dengan menaiki MRT.
Pada hari terakhir, aku pulang dengan menaiki bas 66.
Selama 4 hari di sana, aku menunaikan solat Asar di Masjid Sallim Mattar.
Pemberian Nasi Goreng yang enak daripada seorang ustaz dan para pelajarnya pada hari pertama aku singgah masjid itu amat membuka selera.
Pada hari kedua, aku mengharapkan pemberian yang serupa tetapi rezeki tidak ditaqdirkan untukku.
Pada hari ketiga, aku diberi bubur ayam oleh seorang ustazah/ibu dan para pelajar yang sama.
Pada hari keempat, aku diberi dua keeping roti oleh seorang ustazah/ibu dan para pelajar yang sama..

Subscribe to:
Posts (Atom)