Monday, March 23, 2015

Peristiwa Bunga Tangan

Peristiwa Bunga Tangan telah berlangsung pada 15 Mac 2015, Ahad.
 
Alhamdulillah.
 
 
 
 

Wednesday, March 4, 2015

3 Mac 2015, Selasa dan 4 Mac 2015, Rabu

Subhanallah.

Allah swt yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Merespon dan Maha Mengasihani telah menunjukkan jalan keluar pada 4 Mac 2015, Rabu bagi permasalahan yang aku hadapi sejak minggu lalu berkaitan dengan persalinan dan perhiasan yang akan aku kenakan.

Subhanallah.

Allah swt telah menyebabkan terpaparnya entri di blog seorang wanita tentang persalinan dan perhiasan yang telah dikenakan.

Subhanallah.

Allah swt telah memberi jalan keluar yang terbaik untukku tanpa perlu menyakiti mana-mana pihak terutama sekali pihak yang telah menerima wang pendahuluan sebanyak $400 sekaligus memberi peluang kepadaku untuk mendapatkan khidmat, persalinan dan perhiasan yang terbaik.

Subhanallah.

3 Mac 2015 iaitu Selasa, aku bersyukur, gembira dan lega kerana persalinan utama untuk kami bertiga telah kami dapatkan kainnya di Arab Street iaitu Kedai Kain Suria.

Aku dan Aliya akan memakai kain lace berserta kain satin.

Aku akan berkain lace penuh dan berkain satin mint/tiffany manakala Aliya akan berkain separuh lace dan berkain satin merah jambu.

Kain lace dan kain satin kami itu akan dijahit menjadi dres yang indah oleh Kak Rosita dari Kedai Jahit Roseta Designs.

Kain bridal satin pula akan dijahit menjadi jubah untuk si dia.

Alhamdulillah.

Kain lace, kain satin dan kain bridal satin kesemuanya berharga $500.

Manakala, upah jahit untuk dua helai dress dan sehelai jubah ialah $420.

Subhanallah.

$500 + $420 = $920

Hasrat di hati mendapatkan dres berkain lace penuh tercapai tanpa perlu mengeluarkan belanja yang lebih.

Hasrat di hati mendapatkan dres berkain lace untuk Aliya tercapai tanpa perlu mengeluarkan belanja yang lebih.

Hasrat di hati mendapatkan dres selain kain sifon tercapai.

Subhanallah.

Ketika mata dan hati....

Ketika mata terpanah dan hati tertawan dengan songket hijau 'mint' milik Versari Ade.

Ketika mata terpanah dan hati tertawan dengan songket kebarung biru dan merah jambu bersanggul lintang milik Yani Mariposa.

Ketika mata terpanah dan hati tertawan dengan songket ungu merah pulasan bersanggul lintang milik Sanggar Mustika.

Hanya Tuhan yang tahu.... ketika mata berkata dan hati berbicara.

Hanya Tuhan yang tahu.... rezekiku yang mana satu akhirnya.

Hanya Tuhan yang tahu.... betapa aku diuji dengan persalinan dan perhiasan yang indah.

Saturday, February 21, 2015

Mestika

Mestika didefinisikan sebagai
(1) sejenis batu sakti (terdapat dalam kepala ular dan lain-lain), geliga, gemala
(2) permata yang bernilai (intan dan lain-lain)
(3) yang termolek, yang tercantik
(4) sesuatu yang disayangi (dikasihi)

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

Sanggar Mustika pilihanku

Sanggar didefinisikan sebagai
(1) tempat pemujaan (dalam rumah)
(2) rumah atau bahagian daripada rumah yang kemas dan teratur (tempat mengerjakan sesuatu)

Mustika pula tidak diberi sebarang definisi.

Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat

Monday, February 16, 2015

Mengintai Dari Tirai Kamar: Imbuhan Awalan meN-

 
Menerusi lagu ini, si anak-anak remaja itu mempelajari kata terbitan yang telah menerima imbuhan awalan meN-.
 
 

Sunday, February 15, 2015

Antara kenangan dan takdir

Kenangan hidup seorang remaja ketika berada di sekolah menengah merupakan kenangan terindah meskipun pahit berselang manis pengalaman hidup.

Alangkah sukar untuk menerima takdir yang pahit ketika melalui zaman remaja itu.

Namun kini takdir yang pahit itu menyebabkan aku tersenyum dengan perasaan sebak dek rindu dan terharu.

Seandainya diberi peluang, ingin aku kembali ke zaman itu dan merentas perjalanan hidup remajaku dengan lebih berhati-hati dan matang.