Friday, September 28, 2018

Invite

Surah An Nahl: Ayat 125

Invite to the way of your Lord with wisdom and good instruction, and argue with them in a way that is best. Indeed, your Lord is most knowing of who has strayed from His way, and He is most knowing of who is [rightly] guided.



Thursday, September 27, 2018

Bacalah: Buku 'Akidah Islam Pola Hidup Manusia Beriman'

Buku: Akidah Islam Pola Hidup Manusia Beriman
Penulis: Sayid Sabiq
Penterjemah: M Abdai Rathomy

Alas Kata:
Agaknya sudah dimakluminoleh setiap orang yang suka menelaah sejarah ummat Nabi Muhammad s.a.w bahawasanya keimanan ummat Islam kepada semua yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w pada zaman hidup beliau itu adalah suatu zaman yang penuh kebahagiaan, sebab secara murni menggunakan dasar Al Quran Al Karim serta Hadis beliau Asy Syarif dan dikuatkan pula dengan dalil-dalil 'aqli yang benar, dengan menempuh jalan lurus, sunyi dari segala syubhat atau kekaburan dan hawa nafsu, bersih daripada kekeliruan dan perselisihan pendapat. Oleh kerana itu maka buahnya masak sekali, bunganya indah berseri, sehingga tiap-tiap anggota ummat sama menjaga benar-benar dalam mendirikan ibadahnya, mengatur keadaan oergaulan, sama taat kepada peerintah-perintah Allah Taala serta menjauhi larangan-laranganNya, berhiaskan budi pekerti secara agama yang baik dan peradaban yang tinggi. Hal itu dapat terlaksana kerana apabila pokoknya baik, maka dahan-dahannya pun pasti baik pula, sebagaimana air tawar itu tentu mengalir dari mata air yang bersih pula.

Tidak Kenal Maka Tidak Cinta: Sahabat rapat Nabi Muhammad s.a.w

Sahabat rapat Nabi Muhammad s.a.w ialah Abu Bakar As Siddiq. Nama sebenar Abu Bakar As Siddiq ialah Abdullah Bin Uthman. As Siddiq ialah gelaran yang disandangkan kepada Abu Bakar. As Siddiq bererti 'yang benar'.

Berdasarkan video Youtube berjudul Abu Bakr As Siddiq oleh IslamforYou, Abu Bakar As Siddiq berperwatakan lembut dan penuh kasih sayang meskipun dia masih mempunyai sifat panas baran yang mudah reda.

Lelaki pertama yang memeluk Islam. Khalifah pertama setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.


J untuk Jurong East

J untuk Jurong East.

Jurong East ialah daerah kediamanku.

Wednesday, September 26, 2018

I untuk Inna lillahiwainnailayhiraji'un

Bapak sudah pulang kepada Allah s.w.t pada Selasa, 18 September 2018, lebih kurang pada jam 10:45 malam.

Bapak sudah pergi berhalaqah dengan para syuhada, para solihin dan para siddiqin ke alam kubur pada Rabu, 19 September 2018, sebelum 1 petang.