Alhamdulillah.
Lailahaillallah.
Allahuakbar.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Bangsa Rom
Siapakah bangsa Rom?
Berdasarkan legenda yang terakam dalam lelaman ini:
https://www.worldhistory.org/Rome/
bangsa Rom diasaskan oleh dua orang adik beradik bernama Romulus dan Remus.
Berdasarkan artikel yang ditulis dalam lelaman ini:
https://utusantv.com/2021/04/01/awas-berhati-hatilah-dengan-bangsa-rom-inilah-amaran-nabi-s-a-w-kepada-umat-islam/
bangsa Rom berasal usul daripada keturunan Nabi Nuh.
Bangsa ini disentuh dalam Al Quran yang agung melalui Surah Al Rum yang terdiri daripada 60 ayat.
https://quran.com/30
Masya Allah
Dalam Episod 3, daku berubah hati pula.
Daku tidak lagi menyukai watak Heo Yeon Woo pula.
Apabila Yeon Woo mengingkari suruhan ibunya yang baik walaupun tanpa berlaku biadab atau menafikan keresahan ibunya yang luhur walaupun dengan penjelasan yang beradab, itulah yang menyebabkan aku tidak lagi menyukai watak ini.
Empati kepada rasa hati seorang ibu tiada.
Sensitif kepada niat baik seorang ibu tiada.
Melalui Episod 2 daripada drama The Moon Embracing The Sun, aku kian suka kepada cerita ini.
Bahkan, melalui episod kedua ini, aku kian suka kepada watak utama seorang gadis remaja iaitu Heo Yeon Woo yang berbudi pekerti, berhemah, bijaksana dan tenang.
Perwatakan yang melambangkan kepribadian seorang gadis remaja yang mulia.
Persis watak yang pernah aku bayangkan untuk penulisanku.