ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, November 30, 2025
Revisiting and Rewatching: The Penthouse
Friday, November 28, 2025
Who does Han Ji Pyeong (from Start Up) deserve to be with?
Who does Han Ji Pyeong (from Start Up) deserve to be with?
Han Ji Pyeong deserves to be with Yoon Hye Jin (from Hometown Cha Cha Cha).
Crossover match!
Tuesday, November 25, 2025
Butterfly: Jalan ini jauh... Namun kita tempuh
Butterfly - Melly Goeslaw & Andhika Pratama
Ketika waktu mendatangkan cintaAku putuskan memilih dirimuSetitik rasa itu menetes dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmuMencintaiku apa lagi akuJadikanlah diriku pilihan terakhir hatimu
ButterflyTerbanglah tinggiSetinggi anganku untuk meraihmuMemeluk batinmu yang sama kacauKarena merindu
Butterfly Fly away so highAs high as hopes I pray to come and reach for youRescuing your soul the precious messed up thoughtsOf me and you
Jalan ini jauhNamun kita tempuhBagai bumi ini hanya milik berduaBiarku berlebihan mendekatimuNamun kutunggu
Tuesday, September 16, 2025
27 November 2017 yang tinggal sejarah
Sunday, September 7, 2025
Budaya Kita Tradisi Kita: Buku Aktiviti bertemakan Busana Melayu
Alhamdulillah!
Dengan izin Allah, stok Buku Aktiviti pertamaku dari siri Budaya Kita Tradisi Kita yang bertemakan Busana Melayu kini tinggal separuh sahaja lagi pada hari ini iaitu Ahad, 7 September 2025.
Manakala, edaran stok Buku Aktiviti keduaku dari siri dan tema yang sama belum pun mencecah 100 naskhah.
Bagiku, pengedaran Buku Aktiviti ini tidak mudah.
Satu percubaan dan pengalaman baharu.
Projek menerbitkan tidak sukar tetapi usaha menyampaikan buku ini ke tangan-tangan si cilik memang susah.
Adakah daku akan mengusahakan projek sebegini lagi?
Hmmm...
Friday, August 29, 2025
My Beloved Maryam / Kesayanganku Maryam
Ya Allah, aku ingin tinggal bersebelahan dengan Maryam alaihi salam di syurgaMu.
Sunday, August 17, 2025
Dek gambar kantin sekolah menengahku
Apabila aku terpandang gambar sekolah lamaku iaitu Sekolah Menengah Bedok South di TikTok semalam, khususnya satu gambar yang menunjukkan kantin sekolah lamaku, hatiku terpukul.
Aku pilu.
Perasaan yang tidak diundang.
Namun, perasaan itu menerjah masuk lalu menculik ketenteraman jiwa.
Betapa lemah kurasakan dek perasaan pilu itu.
Sesungguhnya, tidak mudah bagiku menghadapi memori masa lalu memandangkan aku ialah insan beremosi yang masih bertatih dalam mendepani emosi diri sendiri.
Masya Allah.
Kotak ingatanku terimbas semasa aku berada dalam menengah satu di sekolah itu pada tahun 1993.
Hanya dengan melihat satu gambar, perasaan hatiku diselubungi kepiluan.
Bukan kerana aku merindui sekolah itu.
Aku terkenang alangkah sukarnya pada masa itu.
Berbekalkan dua dolar, aku hanya mampu membeli makanan termurah di kantin itu iaitu mi goreng untuk mengisi perut dan juga minuman termurah untuk menghilangkan dahaga pada waktu rehat.
Jika tidak silap, mi goreng hanya sedolar atau sedolar lima puluh sen.
Subhanallah.
Kekangan kewangan menjadikan aku sangat berjimat cermat ketika berbelanja pada waktu rehat.
Aku jelas mengingati perasaan hati yang tidak mampu berlebih-lebih dengan membeli nasi dan lauk-pauk yang dijual oleh sepasang ibu dan anak perempuannya.
Harga nasi dan lauk-pauk atau dikenali juga sebagai nasi padang tidak aku mampui.
Di kantin itu, ada tiga buah gerai makanan halal.
Gerai paling hujung di sebelah kiri kantin ialah gerai mi soto manakala gerai di sebelah kanan pula gerai mi goreng.
Gerai di tengah antara gerai mi soto dan gerai mi goreng ialah gerai nasi padang.
La ila ha illallah.
Ya Allah, tenangkan dan tenteramkan jiwaku.
Segala yang berlaku ialah qada' dan qadar Allah yang sewajarnnya aku hargai.
Kemiskinan itu ialah takdir Allah yang wajar aku terima dengan lapang dada.
Bukan lagi satu tanda tanya yang perlu dipersoalkan atau disedihkan.
Dalam ketidakmampuanku dari segi kewangan pada tahun 1993, Allah menjagaku dengan penuh kasih sayang.
Sesungguhnya bersama Allah, kita tidak akan miskin kerana Allah Maha Kaya.
