Tuesday, February 17, 2026

Masya Allah! Seorang Que Haidar dan seorang Nur Fazura...

Masya Allah. Dalam fasa yang sedang berlaku dengan izin Allah yang Maha Penyayang iaitu bertunasnya kasih seorang Que Haidar terhadap seorang Fazura dalam bulan Syaaban bersamaan bulan Februari ini, Que telah menyanyikan lagu Kembali Terjalin semasa beliau Live di Tiktok.

Maklumlah, Que Haidar pernah berlakon sebagai watak sampingan bernama Ikan manakala Fazura pula berlakon sebagai watak utama bernama Putri Farhana dalam kedua-dua drama bersiri Gol N Gincu. Drama bersiri ini merupakan drama kegemaranku suatu masa dahulu meskipun aku kurang senang dengan beberapa unsur liberal yang terkandung dalam drama itu. Siri pertama drama ini telah disiarkan pada tahun 2006 dan siri kedua pula disiarkan pada tahun 2007.

Masya Allah! 20 tahun kemudian iaitu pada tahun 2026, mereka bertemu semula melalui pelancaran busana Jakel pada Khamis, 22 Januari bersamaan 3 Syaaban 1447. 

Mereka berdua juga berlakon sebagai watak utama dalam filem Selamat Pagi Cinta yang disiarkan pada tahun 2008. Uniknya babak mereka ialah watak Azam dan watak Julia hanya bertemu dalam satu babak sahaja iaitu babak terakhir sekaligus babak penutup filem itu. Seolah-olah satu petanda bahawa mereka berdua akan bertemu kelak pada masa yang Allah tetapkan. Pada tahun 2026, Allah telah menemukan mereka semula. Bukan sebagai watak Azam dan watak Julia tetapi seorang Que Haidar dan seorang Nur Fazura.

Pada tahun 2010, Que dan Fazura berlakon sebagai watak sampingan dalam filem Legenda Budak Setan 1 tetapi mereka tidak ada babak bersama. Lagipun, pada tahun tersebut, Que sudah pun mendirikan rumahtangga yang bahagia dengan wanita kacukan Melayu-British iaitu Linda Jasmine.

Namun, perkahwinan Que dan Linda sepanjang 15 tahun berakhir pada tahun 2024. Beberapa bulan kemudian iaitu pada tahun yang sama, perkahwinan Fazura dan Fattah sepanjang 7 tahun pula berakhir sehingga menyebabkan daku sebagai penyokong Fazura dan Fattah berduka (grieve) sehingga kini. 

Masya Allah.... semenjak pertemuan Que dan Fazura di majlis pelancaran busana Jakel (pada 22 Januari) apabila mereka duduk sebaris diikuti dengan klip video (awal Februari) yang memaparkan Que mengambil hati Fatima dengan menghadiahkan Slime dan Play Doh, hatiku terharu. Semakin hari, semakin banyak video antara Que dan Fazura diikuti dengan episod Live di Tiktok yang memaparkan detik-detik bertunasnya kasih antara seorang Que Haidar dengan seorang Nur Fazura. Sejauh ini, sudah ada 4 episod mereka berdua Live di Tiktok. Bukan sahaja hati Que berbunga-bunga mekar setaman, hati daku dan hati netizen turut berbunga-bunga mekar setaman sambil kami tersenyum-senyum. Taman bunga yang sedang mekar harum mewangi seluas tanah Melayu. Bahkan, lebih jauh daripada itu memandangkan ada netizen di luar negara. 

Selepas episod pertama Live antara Que dan Fazura yang 'bertemakan' tiramisu pada malam itu, Que tersenyum-senyum sambil menyanyikan lagu Kembali Terjalin. Betapa lirik lagu Kembali Terjalin itu ternyata menggambarkan perasaan Que...


Masya Allah! Betapa Allah yang Maha Berkuasa mentadbir dan mengurus Qada' dan Qadar setiap hamba-hambaNya. Semoga Allah melindungi kedua-dua Que Haidar dan Nur Fazura dalam kebaikan hendakNya.

No comments:

Post a Comment